Friday, September 23, 2016

PERASAAN

Kuala Lumpur
23 Sep 2016

Ada perasaan yang aku harap takkan lagi datang.
Juga, ada hal aku harap tak kan berulang.

Aku memandang ke hadapan penuh dengan impian.
Kini tinggal tanya tanya yang tak punya jawapan.

Janji hanya janji pada manusia sesama manusia.
Bila bila masa boleh dipenuhi atau di mungkiri.

Siapa yang peduli..
Harap tak ada yang sakit hati..

Tuesday, August 9, 2016

Sang renggam

Kuala Lumpur
9bh Ogos 2016

Pada hari yang berbahagia pada tarikh sama ku melihat dunia dari sudut yang lebih luas.

Kamo memilih untuk berjalan pada landasan beribadah berdua berpimpingan tangan dengan pasangan yang akan halal bagi mu.

Allah telah memakbul kan doa mu, sahabat.

Ku ucap kan semoga berbahagia pada kamo hingga jannah berkekalan kasih dan sayang itu.

Semoga kekal berpasangan di dunia dan juga akhirat.

Moga kekal bersahabat kita selama nya.

#01102016

Monday, July 11, 2016

SETIA

Kuala Lumpur
11 July 2016

Setia

Lihat rangga dan cinta berpisah lama, bersatu semula bila berjumpa, cinta itu kan milik Nya.

Lihat saja aku dan dia, lama berkenalan dan pelbagai dugaan ujian, kini terbuka jua hati dia.

Kan.

Pedulikan saja apa yang kurang atau apa akan datang, kerana masa depan kita yang rancang, berserah saja mohon dipermudahkan.

Jangan kau risau kekasih ku, janji aku tetap setia pada mu, kerana pengalaman telah mematangkan, mengenal erti sebuah perhubungan.. 

Sirfaerdlie
110716

HATI

Kuala Lumpur
11 July 2016
6 syawal

Hati.

Ada hati yang gelisah membaca apa yang aku luah.

Ada jiwa mula terhiris melihat apa yang aku tertulis.

Lihat saja banyaknya bintang di langit malam.

Lebih dari itu sayang aku pada kau takkan kurang.

Tidak aku harap kau percaya segala omongan ku.

Tapi jangan kau curiga kasih ku, sayang ku, dan cinta ku, pada Kamo..

-Alwani-
110716

Thursday, April 7, 2016

ABADI

Kuala Lumpur
 7hb April 2016

Aku hilang dalam sedar ku,
Ketika di telan renungan kau.

Aku bisu dalam latah ku,
Saat suara kau berkumandang.

Kaku aku kaku,
Bila aku mengenal asal kau.

Jasad kosong adanya roh,
Lalu pergi abadi tak kembali.

Hidup mati tidak lagi peduli,
Ketika sujud ku lihat kau..

Apa yang tinggal..

Tuesday, March 8, 2016

PELUDAH BAHASA

Kuala Lumpur
08/03/2016

Engkau masih peludah bahasa,

kami ingat keringat tangis di Berakan;

percik segar darah tetes di Memali,

atau raung garau di hujung Lubuk Merbau.

Engkau masih peludah bahasa

1987 ditebas sembilan puluh tujuh ilalang;

1988 yang arif berlima dihinjak kuasa;

1998 di batas luar rumah kami -

kau baja racun nepotisme dan pakatan kroni.

Engkau masih peludah bahasa,

ke timur dipaksa kami memandang,

konon dibersih dicekap diamanah

dalam laut rasuah, kau terap naratif Islami,

sambil dirodok dirongrong pohon demokrasi.

Engkau masih peludah bahasa,

lanun perompak derhaka dan (barisan) pencuri,

penjenayah penjahat tak jelma tiba-tiba,

jika peribadi demikian keji tak dibelai diriba.

Engkau masih peludah bahasa,

dahulu berhimpun kami menuntut hak asasi,

dibilang kami upahan Barat bersalut taja,

bahawa 'kita harus cukup Asia' , atau

berhias kalung Islami,

konon demi hindari serakah -penjajah,

agar boleh kami kau titik kau jadah.

Engkau masih peludah bahasa,

kecualikan kami pemasyhuran deklarasi,

tak usah 'dikita' kami, kerna tak mudah lupa,

'kita adalah rakyat Malaysia',

tak perlu di tangan tanda dakwat basah,

waras janji terkunci dalam kalbu nurani,

'kami adalah rakyat Malaysia'

tak termasuk kalian - maaf - SEKALIAN tentunya.

Kerana kami tulen rakyat Malaysia

merana sendirian, sengsara lelah juga sendiri(an),

enam puluh tahun kami bangun negeri tak dihargai,

bah ada saudara dekat kami,

kadang ejek disuruh naik tongkang balik negeri,

sampai kini kami dah pandai membeza mana tuan dan Hamba,

sampai kami kenal belang hidung penyangak, iblis bermain bangsawan,

kami tidak bodoh, kenal muka keparat, dan kami tak mahu selalu dipantat.

usah bujuk kami sertai kumpulan jahanam,

kami ingin, malah boleh, menentu sendiri,

tak usah lagi ajari kami, memadai ini kalilah,

kami tak ternama, memang tak ternama,

namun kami punya satu nama -

kami bernama "Malaysia"; bangga,

kami yang sebenar rakyat Malaysia.

Siapa haiwan, siapa pemburu jahat?

( FAISAL TEHRANI )

Wednesday, February 17, 2016

BOTOL HIJAU

Kuala Lumpur
17hb Feb 2016

BOTOL HIJAU

Pagi ini, meja itu tak seperti selalu,
Kelihatan kosong walaupun terisi,
Seperti ada yang hilang atau ada yang kurang,

Dari jauh lelaki itu memerhati,
Mata nya liar mencari sesuatu,
Bag nya tidak di sandang tapi di pegang.

Hilang sudah senyuman si manis,
Botol hijau juga hilang dari pandangan,
Dan kerusi biru itu tinggal sendirian.

Tuesday, February 2, 2016

SENYUMAN

Kuala Lumpur
02 Feb 2016

Senyuman.

Saat senyuman itu aku pandang, aku jadi lumpuh, jatuh tak bermaya, lemas dalam khayalan ku sendiri.

Kata kata mula berubah menjadi lagu cinta, kemudian menyanyi sendiri di pentas hati.

Saat senyuman itu aku pandang,
Aku jadi seperti jalaludin rumi,  meluahkan cinta dalam setiap syair syair nya. Cinta pencipta.

"Bila tak kunyatakan keindahan-Mu dalam kata,
Kusimpan kasih-Mu dalam dada.
Bila kucium harum mawar tanpa cinta-Mu,
Segera saja bagai duri bakarlah aku.
Meskipun aku diam tenang bagai ikan,
Tapi aku gelisah pula bagai ombak dalam lautan"

Wednesday, January 6, 2016

Hadiah

Kuala Lumpur
6hb Jan 2016

HADIAH

Seperti kanak kanak itu menceceh, di seru pulang bonda nya,
Melepas marah dengan bahasa sendiri, ekor mata nya melirik pada selerakan guli guli.

Cahaya senja pelahan lahan melahap bayang manusia, dan bulan mula menarik layar nya di lautan langit yang kemerahan.

Indah..

"Lekas mandi anak ku, ayah mu akan pulang nanti." Kata bonda

Ada apa bonda, tergesa gesa begini, belum sempat dia merehat badan.

"Baik lah, baik lah" sahut nya sambil mengenggam tuala tanda geram.

Ayah dan bonda hanya bermain mata ketika di meja makan, tak seperti biasa biasa, ada saja cerita yang di dendangkan.

Dia jadi keliru.

Malam ini, bunyi cengkerik tidak lagi menemani nya, hanya nanyian katak memanggil hujan yang kedengaran. Begitu sumbang.

Kedinginan hujan di malam hari menjadi selimut, bunyi atap zink di hentak air menjadi melodi tidur nya.

Hadirlah mimpi mimpi indah.

Pagi pagi lagi bonda sudah mengejutkan nya, kemudian bergegas keluar menuju ke depan.

"Cepat, cepat" kata bonda

Sambil melambai lambai tangan berdiri di depan pintu rumah.

Ayah tidak kelihatan di ruangan seperti kebiasaan nya yang ada hanya bekas abu, dan surat khabar.

Sunyi..

Basikal warna biru itu di peluknya erat, tidak mahu lepas. Di renung wajah ayah dan bonda. Tersenyum riang.

"Selamat hari lahir anak ku" kata ayah.

Bonda hanya tersenyum melihat suasana gembira.

"Lekas lah, di bawa basikal nya." Kata bonda.

Mata nya tidak tertumpu pada longgok kan guli semalam. Pergerakkan nya meluncur laju ke hadapan mencari kawan kawan.

Hangat pagi tidak lagi di endahkan.

@sirfaerdlie 6012016

Monday, December 21, 2015

TAK PEDULI

Kuala Lumpur
21 Dec 2015

Tak peduli

Ada diri yang tersendiri dalam kumpulan manusia yang tak peduli,
Perlahan lahan di biar mati lalu semua pergi teruskan perjalanan teruskan perbualan.

Kemudian hadir satu golongan berpakaian putih suci, mencaci maki si jasad tadi dengan hujah yang mereka sendiri tak pasti tak mengerti.

Si wartawan mula memicit kamera, mencari bahan buat akhbar, usul cerita di reka reka tanpa peduli perasaan keluarga, janji jualan boleh berganda ganda.

Tinggal lah terdampar jasad tadi tak diurus malah di keji sedang mata mata banyak yang memerhati, aku busy aku busy kata mereka.

Memang begini resam manusia, saling mengejar kehidupan dunia, bangsa lagi mulia dari saudara seagama, hingga di laung laung setiap masa.

Tak peduli tak peduli.