Sunday, July 31, 2011

Ramadan Dah tiba...

Kawan Ku... pejam celik, pejam celik, dan pejam celik lagi dah nak puasa kan, cepat betul masa berlalu dah nak raya g, baru macam minggu lepas sambut raya.. huhuhuhu... kepada kawan2 ku selamat menyambut bulan ramadan, tingkatkan amalan kurangkan dosa, sama2 lah kita berusaha..
huhuhuhu.. pagi2 nie tak leh tido mcm nie la, mula ngarut2 yang bukan2.. huhuhu.. hari nie nak penuhkan dgn aktiviti la.. makan puas2, sampai leh kenyang 1bulan, main badminton sampai tercabut tangan.. hehehehe...

Tuesday, July 26, 2011

Aku hanya pemerhati..

Kawan Ku... Aku hanya pemerhati, tak bererti aku tidak mengerti apa yang terjadi, "Aku hanya pemerhati"... Kenapa perlu tipu2, pusing2, belit2?.. Nak selamatkan diri kew? nak cari simpati kew? atau tak cukup kasih sayang sampai nak tipu2??.. Kenapa perlu jerut leher sendiri? Kenapa buat diri sendiri dibenci? Takde jalan lain lagi kew selain dari penipuan???... siannya....
~ Dulu kau beriya2 sangat menghalang penipuan, wah, begitu gah bercakap, macam2 fakta kau ungkit. Betul, tak salah niat kau, tapi kau lupa 1 perkara, cara kau yang salah, Tak pikir perasaan persalah, kau hantam tanpa belas simpati padahal kau yang menemukan, dah lupa agaknya, tapi jangan kau lupa, Allah tu maha adil.. Sekarang apa dah jadi?? apa akan jadi?? lagi teruk kau rupanya, tak sangka2 kan... Kitaorang hanya pemerhati.... Ingat, kita takde hak untuk menjatuhkan hukuman, iya kau kecewa, kau sakit hati, kau juga ada perasaan tapi itu tak bermaksud kau boleh buat benda yang sama pada dia, kalau macam tu apa beza kau dengan dia?? "biar orang sakitkan kita, jangan kita sakitkan orang", Allah tu maha adil... Sekarang siapa yang lebih menyakitkan hati kau?? Bukan hendak menyebelahi sesiapa, aku cuma pemerhati, aku hanya pemerhati.. Persahabatan umpama peperangan, kita kena tahu kelemahan pihak lawan, bukan untuk menindas tapi untuk diri sendiri, agar kita bersiap sedia untuk tidak tewas..
Tak salah jika saling membantu, tapi kita kene tahu bagaimana untuk melepaskan diri agar tidak terus tercekik, cukup la hanya jika terikat. "lari" bukan menjauhkan masalah tapi akan mendatangkan banyak masalah. Jiwa yang tenang akan melahirkan sejuta idea, Senyum, gembira, ketawa, masalah akan dalam gengaman kita.. Sebelum melangkah pikir segala kemungkinan yang akan terjadi, dan jalan penyelesaian untuk apa yang bakal terjadi, biar pelahan2 asalkan jangan terjatuh.. Aku hanya pemerhati, kelemahan ku sangat banyak, tapi aku tahu cara nak mengawal kelemahan2 aku, bukan menutup kelamahan aku.. Allah maha adil..

Sunday, July 24, 2011

Puasa oh Puasa...

Kawan Ku... Minggu depan dah mula puasa, kepada kawan2 ku yang dluar sana harap2 puasa tahun nie penuh la yerk :p... aku rasa nak off kan phone untuk 1month la, apa macam owk tak??? hahahaha.... minggu depan bermula la juga hari2 yang sibuk bagi aku, nak abis kan study lagi pastu plak nak pikir2 macam mana mau cari duit lebih beb.. bulan ramadan yg mulia nie rezeki senang masuk kene usaha skit la kan... huhuhu... Tadi baru lepas layan cerita stanza cinta, nie aku selitkan skit2 sinopsis cinta dari novel karya Nurull Halawati..


Amni Sorfina(Ketenangan yang suci)…seindah namanya seindah itulah peribadinya!! Dia hanyalah seorang wanita akhir zaman yang sedaya upaya untuk menjadi solehah. Namun..jalan yang terbentang dihadapannya selalu berombak dan tidak pernah tenang. Ujian itulah teman baik yang selalu mengikutnya kemanapun dia melangkah.

Ketika bahagia mula menyapa dirinya, ketika bunga-bunga sakura mengembang dengan indahnya, ketika dia mula tersenyum bahagia….tiba-tiba sahaja segalanya menjadi begitu menyiksakan jiwa dan menikam-nikam tangkai hatinya. Seolah-olah istilah bahagia itu bukan untuknya. Apa sahaja yang diimpikan dan diharapkan tidak pernah menjelma menjadi kenyataan. Sering sahaja Allah mengambil orang-orang yang disayangi dari sisinya.

Sehingga pernah dia merintih hiba, “Ya Allah…apakah tiada yang namanya bahagia itu untukku didunia ini?? Kenapa hidup ini sering tidak menyebelahi diriku? Andai dengan segala derita ini Engkau ingin menghapuskan segala dosa-dosaku, alangkah ringannya penderitaan ini. Andai dengan derita ini Engkau ingin selamatkan aku dari neraka-Mu dan memasukkan aku kedalam syurga-Mu yang kekal abadi..alangkah indahnya penderitaan ini”

Irfan Ikmal – “Amni itu seorang bidadari yang sangat lemah lembut dan penyayang…namun dia seorang yang tegas. Amni seorang wanita yang suka menangis dan mudah tersentuh hatinya…namun dia seorang yang sangat tabah!! Amni seorang Hawa yang mempunyai cinta yang begitu besar buat Sang Adamnya….namun dilindungi ia disebalik prinsip-prinsip yang dipertahankannya. Amni menunjukkan cahaya ketika aku teraba-raba dalam kegelapan. Dialah yang membuatkan aku mampu tersenyum dengan cintanya…juga dengan cinta Tuhan yang diajarkannya padaku”

Taufiq Imran, Bandung Indonesia – “Subhanallah…Amni adalah sosok wanita solehah yang ingin aku jadikan zaujah disisiku. Aku membutuhkan dukungannya sebagai peneguhku, aku membutuhkan doanya untuk kehidupanku, aku membutuhkan senyumnya untuk mengatasi kesedihanku…dan aku juga membutuhkan dirinya untuk membuatkan hidupku menjadi sempurna. Aku ingin selamanya melalui lorong-lorong dakwah ini ditemani zaujah yang seindah dirinya…Aku sungguh mencintainya kerana Allah…..”

Simpang kehidupan Amni begitu rumit dan melelahkan. Terhidang dengan derita dan airmata. Walaupun cinta itu ada didepan matanya, namun dia tidak pernah sempat mengecapi makna bahagia itu. Hatinya sering luluh dan terluka kerana cinta yang dimiliki.

Apakah Amni akhirnya berada disisi Taufiq…seorang lelaki yang begitu dicintainya, lelaki soleh yang mula mengajar Amni makna cinta sejati, Sang Adam pertama yang telah berjaya membeli cintanya yang paling mahal itu? Atau Irfan Ikmal yang selalu hadir dengan cinta yang luhur dan suci untuk Amni. Yang rela memberikan seluruh kebahagiaan yang dimilikinya untuk Amni. Mestikah dia memilih cinta ini? Tidak bisakah dia mengecapi bahagia tanpa perlu menyakiti insan lain?

“Ya Allah….segalanya kuserahkan kepada-Mu. Aku hanya hamba-Mu yang kerdil yang tidak bisa berbuat banyak. Biarlah Engkau yang memilih cinta dan memilih kehidupan untukku. Aku tidak ingin memaksa Engkau memberikan apa yang aku mahu…berikanlah apa yang terbaik menurut ilmu-Mu itu padaku. Kerana seluruh hidupku..cintaku..dan nyawaku adalah milik-Mu yang mutlak dan hakiki!!!!” – Amni Sorfina..

malaysia u can do it... yeahhh..

Kawan Ku... Baru pulih dari kehilangan suara sejak seminggu yang lalu di sebabkan malam tadi nyaris2 suara aku hilang lagi, huhuhu.. Malam semalam skuad harimau malaya telah tewas, tapi aku tetap bangga kerana semangat melawan tetap ada dikalangan skuad harimau malaya.. 28hb sama2lah kita memberikan sokongan padu pada skuad harimau malaya kita..

BANGUNLAH - Ultras malaya

Bangunlah wahai semua penyokong
Satukan lah hatimu
Tinggikan sorakanmu
Demi Malaysia……
Ooo oooo ooooooo
~~~~~~~
Mana kamu! (Kiri)
Mana kamu! (Kanan)
Malaysia ku! (Kiri)
Malaysia ku! (Kanan)
Dimana pun kamu kami ada selalu……
Berikanlah! (Kiri)
Berikanlah! (Kanan)
Kemenangan! (Kiri)
Kemenangan! (Kanan)
Berikan lah kami sebuah kebangaan….

Monday, July 18, 2011

Bengkel usahawan..

Kawan Ku... Semalam aku teringat ade sesorang kata yang aku nie ada macam2 benda nak buat, memang betol tapi aku tak tahu nak mula dari mana, lama jgak la aku termenung memikirkan pasal masa depan, kot2 ada seseorang nak membantu dan menunjukkan aku cara yang betul agar mudah aku mengenalpasti kemahuan aku... Alhamdulillah, Allah memperkenankan permintaan aku, Pagi di nie aku dapat satu ilmu yang sangat2 berguna sekali, iaitu bagaimana untuk menguruskan kewangan serta tip2 dan strategi bagaimana untuk menjadi kaya.. Hari ini aku diundang ke 1 bengkel Usahawan yang dibiayai oleh CIDB, penceramah nya bernama "abuayabul ansari", dan mesra dikenali sebagai "AbangAbu", nama yang sama dengan nama samaran aku "Abu", harap2 aku pun bejaya macam dia jgak.. huhuhu...
Banyak jgak yang aku dapat dari penjelasan dye, aku akan cuba praktikkan dan korang doa kan agar aku berjaya ekk.. nie tip yang aku rasa penting sgt2.. nak yang lanjut bnyak2 la bertanya kat aku... huhuhu...

Aim
belive
courage
do it until u get it..

Saturday, July 16, 2011

Tahajjud cinta - Theme song

Merpati Putih

Mengering sudah bunga di pelukan
Merpati putih berarak pulang terbang menerjang badai
Tinggi di awan, menghilang di langit yang hitam

S'lamat berpisah kenangan bercinta
Sampai kapankah jadinya aku harus menunggu
Hari bahagia seperti dulu

Terserah kasih kembali mesra
Bercumbu langit memadu satu janji berjuta bintang
Dalam pelukan sehangat pagi yang cerah