Cheritera mengisahkan kehidupan Nadira selepas
pemindahan jantung, tanpa disedari dia juga menerima sebahagian
sifat-sifat penderma tersebut. Takdir menemukan Nadira dengan Ammar,
teman lelaki kepada penderma jantung tersebut. Pertemuan pertama di KLIA
antara Ammar yang baru pulang dari Australia dengan Nadira yang hendak
bercuti ke Kundasang, Sabah telah membawa seribu satu kisah
Kaki Nadira tercedera ketika bergegas
untuk bertemu dengan kawannya, Yuzra. Nadira telah jatuh di hadapan
Ammar. Ammar terpaksa membantu Nadira membeli kasut baru dan membalut
kakinya. Ketika bersama dengan Nadira, wujud satu perasaan yang sukar
dijelaskan dalam hati Ammar kerana perwatakan Nadira yang mirip kepada
arwah tunangnya, Inara
Ammar dan Nadira berada dalam pesawat yang sama menuju ke Kundasang
Sabah. Ammar pulang ke Malaysia untuk membantu sahabat baiknya, Zahir,
seorang pemilik syarikat perekaan dalaman yang akan mengendalikan sebuah
projek di Sabah. Ammar sendiri tidak pasti apakah kepulangannya dengan
satu jiwa baru ataupun Inara masih kuat bertakhta di hatinya. Kundasang
Sabah seindah kisah cinta Ammar dengan Inara, di situ berseminya cinta
mereka dan di situ juga bersemadinya tubuh seorang gadis yang amat
dicintainya. Cinta itu terlalu indah buat Ammar dan tidak semudah itu
Inara dapat dibuang dari hatinya
Yang pasti pertemuan antara Ammar dan Nadira membawa satu perasaan
dejavu yang luar biasa. Ammar tidak pernah mahu mencintai sesiapa
walaupun Inara sudah meninggal dunia pada 3 tahun lalu. Bagi Ammar,
cinta buat Inara adalah pertama dan terakhir. Ammar dan Nadira bertemu
sekali lagi di Kudansang apabila Nadira yang asyik mengambil gambar
terjatuh dalam gaung. Mereka berdua gagal naik ke atas kerana hari sudah
lewat petang dan terpaksa bermalam di situ
Selepas pulang ke Kuala Lumpur, Nadira dan Ammar berjumpa sekali
lagi. Mereka akan bekerjasama atas projek pengubahsuaian Hotel Vila
milik keluarga Bazli iaitu tunang kepada Nadira. Nadira dan Ammar selalu
berjumpa atas urusan kerja. Mereka cepat mesra kerana mempunyai banyak
persamaan dalam perbincangan untuk projek tersebut. Ammar gagal mengawal
perasaan dan telah meluahkan isi hatinya kepada Nadira. Kakak Nadira,
Uzra yang sangat menyukai Ammar telah mengetahui kaitan arwah tunang
Ammar dengan adiknya tetapi dia memilih untuk tidak memberitahu sesiapa
Benarkah cinta Ammar untuk Nadira atau sebenarnya hanya untuk Inara?
Apakah kesudahan bagi cinta tiga segi antara Ammar, Nadira dan Bazli? Sama-sama kita saksikan..