Tuesday, May 28, 2013

KELIRU

Kuala Lumpur
28 mei 2013





Bagi orang lain, hari ini aku telah mensia-siakan peluang untuk mendapatkan perkerjaan, jam 2 petang tadi, betul2 aku berdiri di hadapan greenburg sbn.bhd.. Berserabut persoalan dalam kotak fikiran aku, membuat aku terus berdiri sambil memandang factory tersebut..

Seinci, permasalahan aku fikirkan dan aku timbangkan, kemahuan aku di kemudiankan,.. sedar tak sedar sudah 30 minit aku berdiri di situ, aku harus buat keputusan, masuk atau pergi.. perlahan aku memejam mata, memohon petunjuk dari Allah, agar yang terbaik untuk aku.. seketika.... pabila aku buka mata... lalala~~

Bagi aku peluang sentiasa ada jika kita terus mencuba, mencari apa yang kita suka dan minat membawa hasil yang berbaloi, langkah aku perlahan, tapi akan aku pastikan kemudian hari aku akan berlari..

Semalam, hampir 2 jam 30 minit aku dan partner disoal dalam mesyuarat, Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar, sedikit lagi masa untuk langkah seterusnya.. permulaan untuk segalanya baru bermula, kini masa yang terluang aku harus isi dengan pengalaman, sebab itu aku hendak mencari lain-lain kerja demi menambah skil yang ada.. tidak tertumpu pada satu jalan sahaja.. banyak yang ingin aku gapai.. Aku harap kawan-kawan aku juga ada d sebelah aku untuk merentas arus bersama.. Bersama kita naik bersama kita gembira..  

Ku memohon kepada mu Allah, izinkan satu yang aku ingini sebagai dahulan d masa depan ku, bersama-sama ku memegang amanah Mu, bersama-sama ku menjunjung agama Mu, bersama-sama ku berjuang demi Mu. 



Monday, May 27, 2013

RESORT JANDA BAIK..

Kuala Lumpur
27 mei 2013

gambar sekadar hiasan

Percutian yang menenangkan fikiran yang serabut, di selangi dengan gelak ketawa seharian, aktiviti memasak dan makan sampai kembung perut.. ape pun percutian di janda baik tetap d best.. insyallah jika ada lain kelapangan kami akan kembali kesini lagi, misi belum tercapai disini, mood memancing tak sampai, sekadar ala kadar sahaja, ikan gelak ketawa memerhati kan kami bersusah payah menjerat mereka2, aduh cilaka nye... hahaha..

Petang harinya kami disapa mesra oleh tuan empunya resort, entah ape ke namanya kami pun tak nak sibuk2 tahu, kalau dye support penginapan memang beriya-iya kami mesra. huhuhu..  satu hari nanti hope aku pun ada satu resort macam nie, tempat berhimpun sanak saudara, bergurau bersama gembira bersama, meluangkan masa berborak bersama-sama. hurm.. best kan.. huhuhu.. satu lagi impian yang mesti aku gapai..

"tak mudah nak jadi senang, tak susah nak jadi mundur" dun give up abu.. yeahhh..

Tuesday, May 21, 2013

HOLDING

Kuala Lumpur
21 mei 2013



Membina empayar perniagaan sendiri menjadi idaman semua manusia, siapa yang tak nak hidup mewah dan senang.. indah kata-kata tapi tak semudah perbuatan, hakikatnya, tidak mudah menjadi senang tapi mudah menjadi susah.. 

Senang hati, gambira bila isu perniagaan menjadi tajuk ketika melepak, gurauan dan angan2 boleh menjadi realiti jika bersatu, syurgia aku melihat suatu hari nanti semua rakan2 termasuk aku memakai kenderaan mewah senyum ke pipi..

Keluar, lari, lompat, atau pecah kan tempurung yang membelenggu kehidupan kita, keluar dari zon selesa demi mencapai sesuatu, berusaha sedaya upaya, dan bertawakal menjadi ramuan untuk mencapai kejayaan, semua itu berbalik semula kepada diri sendiri, kemana arah tuju kehidupan yang kau inginkan.. ditawan atau bebas.. 

SYUKUR..

Kuala Lumpur
21 mei 2013



Alhamdulillah..
Alhamdulillah.. 
Alhamdulillah..  
Alhamdulillah.. 

Berbanyak2 aku mengucapkan kesyukuran kepada Mu Allah di atas limpah kurnia segalanya, Besar Sungguh rahmat Mu, Tinggi sungguh Kasih Mu ke atas ku, Moga2 Kau kurniakan yang serupa kepada ku juga kepada kawan2 ku dan semua yang memohon kepada Mu, ya Allah.. Semoga ini menjadi permulaan dan semoga  jalan yang aku lalu ini diberi hidayah Mu, petunjuk Mu dan Redha Mu.. 
Amin..

Alhamdulillah, juga buat kawan aku, Mohd fitri (zain) dan  pasangan inil yang selamat bersanding semalam hope korang bahagia sampai ke akhir hayat,  kepada zain, buang ego jauh2 ye ingat kau tu dah jadi suami orang, jangan nak melepak sangat.. wkakaka..
Semalam Team takara kalah 3-1, walaupun kalah ia masih lagi satu pengajaran berguna bagi kami, aku perlukan lagi 3 friendly sebelum aku uat postmotem, defragment keputusan penuh.. hahaha.. nak tukar nama la lepas ni, "sir abu ferguson" hahaha.. 



Wednesday, May 15, 2013

RARA MENDUT: SEBUAH TRILOGI

Kuala Lumpur
15 mei 2013


Tragedi cinta tersebut terjadi di tahun 1600-an, pada masa kerajaan Mataram. . Kisah ini menceriterakan perjalanan hidup dan tragedi cinta seorang perempuan cantik dari pesisir pantai Kadipaten Pati (sekarang Kabupaten Pati) yang hidup pada zaman Sultan Agung, penguasa Kesultanan Mataram abad ke-17 di Jawa.

Kisah Kasih yang tidak kesampaian ini menjadi popular di indonesia lalu kisah ini di bukukan dan dikarangi oleh Y.B. Mangunwijaya pada tahun 1982 dan diterbitkan oleh HARIAN KOMPAS sehingga 1987 dan mempunyai sambungan nya iaitu "Rara Mendut", "Genduk Duku", dan "Lusi Lindri"..

Dan pada tahun 2008, trilogi tersebut telah digabungkan sebagai sebuah buku novel yang berjudul " rara mendut: Sebuah trilogi" oleh Gramedia Pustaka Utama..

p/s: Susah nak dapat buku ni kat malaysia.. kene la g indonesia mencari.. insyallah satu hari nanti..

Tuesday, May 14, 2013

DASH YONKURO

Kuala Lumpur
14 mei 2013



Malam tadi duk borak2 ngan kawan2 tersingkap pulak kisah lama, ketika bermain permainan kereta tamiya, menjadi ikutan daripada cerita siaran tv3 jam, 4.30 petang yang bertajuk "DASH YONKURO"..

Sudah menjadi lumrah kehidupan mengenang yang kebelakang, ia sesuatu yang indah..
kenangan lalu merapatkan lagi hubungan dan membungakan kegembiraan.. 

Kita berkawan sehati sejiwa sentiasa bersama
Dari kecil malam siang dewasa menjelma
Satu tempat menjadi tempat selama
harap hubungan kekal sehingga kekal dunia
Hidup ini singkat cepat pantas dan mati ketawa
Ada ruang jangan buang ketawa gembira
Kita bersama di tempat ini harap selama
Ketawa gembira sentiasa kekal lama selama

Monday, May 13, 2013

ZINE

Kuala Lumpur
13 mei 2013

Salam semua..

Semalam takara united mengadakan perlawanan persahabatan dengan sekumpulan pemain bolasepak daripada afrika (konon nye). Alhamdulillah kami telah memenangi dengan keputusan 5-3 walaupun separuh mati mempertahankan kedudukan.. hahaha.. Tak tahu la apa diorang makan, mak datok tinggi-tinggi dan lari laju macam pak cik mereka usain bolt jugak.. ape pun ktorang tetap d best.. hahahah.. 

Tentang aku..

Masih lagi membuat apa yang aku suka, walaupun mak saban hari marah2, hahaha.. kepada Mak aku "selamat hari ibu". semoga panjang umur, doa kan anak mu ini ketemui apa yang dia minat dah hajati.. hehehe.. 



Lagi tentang aku, sekarang aku sedang membuat satu "ZINE", hampir 90% nak siap.. semua yang aku tulis berkisarkan tentang aku, cinta aku, kisah aku, pendapat aku, dah semua tentang aku semasa mengenai erti cinta semasa aku digelar pelajar.. bila dah siap nanti aku print untuk collection aku, gempak jgak kalau ade collection sendiri kan. hahaha. kalo sesiapa berminat mintak je kat aku.. 


Saturday, May 11, 2013

KETENTUAN YANG MAHA ESA

Kuala Lumpur
11 mei 2013

 


Tahun ini, ramai yang aku kenal telah pergi menemui penciptanya, dan malam tadi En. Rosli suami kepada cik wani, kawan baik mak aku juga telah pergi meninggalkan kita semua, kepada warga warga takara yang pastinya mengenali beliau sedekahkan lah al-fatihah kepada arwah, semoga Allah mencucuri rahmat dan mempermudahkan segala urusannya disana..

Berita ini yang aku terima pagi tadi membangunkan kan aku dengan penuh kesedaran, bagaimana agaknya kematian aku nanti, dan dimanakah tempat untuk aku di akhirat nanti, sayu hati bila mengenangkan bagaimana keadaan ahli keluarga yang kehilangan orang yang disayangi, Mak aku pun tadi menyuarakan hasrat “jika mak meninggal nanti, kuburkan mak kat kampung ya”. Terus aku memotong supaya jangan perucapan itu tidak diteruskan..

Memang kematian itu sudah tertulis untuk sesiapa yang diberi nyawa, bagi aku apa yang penting ialah persiapan menempuh kematian, yang akan membawa kita kesyurga atau neraka itu ketentuan Allah, Dia yang maha mengetahui setiap ciptaanNya.. Ketelusan dan keikhlasan amalan kebaikan dan ibadah ciptaan Nya.. Dan semoga kita tergolong dari kalangan orang orang yang beriman dan yang menerima rahmat daripada Nya.. Amin..

Kepada aku yang tidak kurang belum sempurna ini, kepada mu Allah hamba mu memohon, Ampunkan lah segala kelakuan dosa yang telah aku lakukan, turunkan lah rahmat Mu kepada hamba mu ini, Dan sesungguhnya Engkau lah yang maha pengasih dan maha penyayang. Kau ampunkan lah dosa dosa ibu bapa ku juga orang yang mengenali ku dan orang orang yang sentiasa memohon kapada Mu, dan sesungguhnya Engkau lah yang Maha besar dengan segala puji pujian..
amin..

Friday, May 10, 2013

JANGAN KAU TERUS MENANGIS


Walaupun kau sudah tiada pergi damai
Akan aku pegang nasihat panduan ajaran kau
Walaupun tiada sayang kasih ciuman dari kau
Akan aku kirimkan doa anak yang soleh untuk kau
Aku memohan kepada mu ALLAH,
Kau tempatkan dia di antara kekasih kekasih mu
Permudahkan ringankan segala urusan hukuman nya


Kepada mu adik ku, janganlah bersedih
Kuatkan tabahkan kukuhkan iman diri mu
Yang datang hidup akan pergi dan mati
Kau di sini teruskan hidupmu
Ibadat sedekah doa lah sentiasa selalu
Agar tenang damai iya di alam sana
Anak yang soleh penentu segalanya..

Al-Fatihah untuk ayahanda NUR RAIHAN ( Maiddin B. Surateman ) semoga rohnya sentiasa  dicucuri rahmat.

P/S : Abang abang kau sentiasa ada disini, jika ada keluhan luahkan
Jika ada masalah nyatakan, segala terdaya termampu kami hulurkan bantuan.


abu 10052013 ~

SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT

Kuala Lumpur
10 mei 2013





Demokrasi sudah mati

Terjabak aku bukan terpaksa tetapi rela
tunjukkan solidariti untuk menentang penipuan
amanah di khianat demokrasi sudah mati
kini suara aku disekat suara aku tersekat
kini kaki aku dipasak kaki aku terikat
Bangkit anak watan menentang penipuan
angkara pemimpin yang takut kebenaran

Kini hasil watan dirampas peluh rakyat terus dikerah
demi  meneruskan kekayaan sendiri dan kroni
bangkit rakyat semua bangkit semua
demokrasi sudah mati hak kita dikhianati
watan tercinta penuh dengan kecurangan
bukti demi bukti terpamir terlihat dilihat
hanya kenafian dalih pusingan dipamirkan
Demokrasi sudah mati hak kita dikhianati

Abu 10052013 ~~