Tuesday, July 16, 2013

RAMADAN PENUH KETENANGAN

Kuala Lumpur
16 julai 2013


 Ramadan kali ini, aku tampil dengan lebih bersemangat, daya tahan yang kental dengan keimanan yang tinggi aku tempuhi hari2 yang mendatang..
Alhamdulillah atas segala nikmat yang diberi, Syukur atas segala dugaan yang di terima. segala puji-pujian hanya untuk Mu..

Di kesempatan ni, aku susun 10 jari memohon limpah rahmat kurnia serta keberkatan ramadan menyesuli setiap prilaku dah tutur kata aku, berpuasa tidak sekadar menahan lapar dan dahaga, iya nya juga bermaksud menahan nafsu dari segala macam cara.. mengajar kita mengenali erti kesabaran, dan kelangsungan hidup ke arah lebih baik.. dendam di lupuskan, bersihkan hati memuji Allah yang esa..

Thursday, July 4, 2013

SERABUT

Kuala Lumpur
4  july 2013



Pening aku Bingung pelik hilang
Lupa aku jatuh terbang tinggi
Meraba dalam gelap aku mencari
Melompat mengapai yang tak pasti
Jatuh aku bangun jatuh kembali
Lari aku berlari tapi tak pergi pergi
Kembali aku duduk merenung kembali
Silap di mana salah di mana mengkaji
Syukur satu yang mudah sukar dibuat
Hati mati siapa yang sudi berubat
Di masa depan samar samar kehidupan
Tidak pasti mana betul jalan berjalan
Buang sana amat indah syurga di sini
Ambil sana dapat pakej mimpi ngeri
Hidup ini satu perjalanan saling berebut
Siapa menang yang pasti banyak serabut.. ( AbuGarcia 1403-04072013 )