Sunday, August 25, 2013

BULAN KEMERDEKAAN MERDEKA "KAH" DIRI KITA..

Kuala Lumpur
25 Ogos 2013
 

Jika mengulas dan memperkatakan tentang kemerdekaan ada sesetengah masyarakat yang tidak tahu maksudnya, apa yang mereka tahu ialah bila tiba hari merdeka kita dapat lihat pesta bunga api, dan laungan kemerdekaan dilaungkan dengan sekuat-kuat tanpa mengenal erti kemerdekaan tersebut..
 
Merdekanya seseorang ialah dia tidak terikat dengan mana-mana kuasa atau pun diugut oleh mana-mana kuasa. "Bebas" adalah erti kata yang tepat Maksud Kemerdekaan, tetapi di watan anda, adakah anda berkuasa untuk bersuara?? tidak diugut di kawal diancam oleh apa-apa kuasa? jika ada anda tergolong daripada mereka-mereka yang merdeka.. jika anda takut resah untuk berkata-kata anda masih lagi dibelenggu ketidakmerdekaan..
 
Nampak Bebas tapi leher dan kaki anda diikat oleh lutsinarnya besi, bagaimana untuk memustuskan besi tersebut.. Memahami erti kemerdekaan dan bertindak mengikut erti kate kebebasan yang sebenar cukup untuk memecahkan besi yang membelenggu anda..
 
Menurut pendeta Za’aba, erti kemerdekaan ialah :
Berubah daripada kepercayaan bodoh yang melemahkan akal dan ikhtiar kepada kepercayaan yang cerdik yang membebaskan fikiran; daripada ajaran yang mematikan hati kepada ajaran yang menghidupkan dan menyuburkan dia; daripada i‘tiqad-i‘tiqad yang serong dan terpesong kepada i‘tiqad yang subur dan merdeka; daripada kezaliman pemerintahan berdasarkan hawa nafsu kepada kesolehan; dan daripada fikiran-fikiran yang menahankan dan menyekat kemajuan kepada fikiran yang membebaskan kemajuan dan menggalakkan kemaraan yang baik-baik dan mulia.

Apa maksud sebenar erti kemerdekaan menurut perspektif Islam?
Kemerdekaan yang sebenar menurut Islam sepertimana yang terkandung di dalam kata-kata Rub’ie bin A’mir ketika bertemu panglima tentera rom yang bernama Rustum :

Maksudnya: Allah mengutuskan kami (orang-orang islam), untuk kami merdekakan manusia, daripada mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah, daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat. Rub’ie bin Amir menyimpulkan kefahaman Islam yang diperolehinya daripada pentarbiyahan Nabi SAW bahawa penjajahan bukan sahaja boleh berlaku melalui penguasaan bangsa asing terhadap sesuatu kaum, tetapi ia juga boleh berlaku melalui penguasaan bangsa sendiri.


Jika kemerdekaan bererti kebebasan daripada penguasaan bangsa asing, kenapa Rasulullah saw berjuang membebaskan diri dan manusia daripada kekuasaan musyrikin Makkah yang sebangsa dan seketurunan dengan Nabi???

Kemerdekaan menurut Islam ditakrifkan ditaksirkan diterjemahkan apabila seseorang, sesuatu bangsa atau umat mendapat kemerdekaan daripada penjajahan dalam segala bentuk, baik penjajahan zahir atau batin. Umat yang merdeka, mereka dapat berfikir dengan bebas apa yang baik dilakukan untuk diri, bangsa atau untuk kepentingan umat seluruhnya tanpa khuatir kepada makhluk yang menghalangi, tiada yang ditakuti kecuali Allah SWT dan segala tindakannya berpandukan al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW.

Jadi, adakah kita benar-benar sudah MERDEKA?

Kita megah melaungkan kalimah MERDEKA. Tapi, merdeka hanya menjadi sekadar laungan. Hakikatnya kita masih belum faham erti sebenar kemerdekaan. Kerana kita masih belum mencapai merdeka sebenar. Jiwa yang merdeka bukan terletak pada megahnya mengibarkan jalur gemilang semata-mata.

Merdeka Kah anda?? Laungan Bebas atau laungan kurungan yang anda ucapkan sebenarnya??

Wednesday, August 14, 2013

ERTI RAYA

Kuala Lumpur
14 ogos 2013



Bulan Syawal ialah bulan kemenangan menahan dugaan dan cubaan sepanjang berpuasa di bulan Ramadhan. Kebiasaannya masyarakat kita menyambut Hari Raya Aidilfitri atau biasa disebut Hari Raya Puasa selama 2 atau 3 hari. Masuk hari keempat biasanya kehangatan Raya Puasa dah semakin berkurangan dan dimeriahkan pula dengan majlis-majlis kenduri perkahwinan. Namun ada juga masyarakat yang menyambut Hari Raya Puasa selama sebulan lama, iaitu sepanjang bulan Syawal bersamaan juga berpuasa selama sebulan dan puasa juga sebulan.. :-)

Sejarah Hari Raya Aidilfitri

Sejarah hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah s.a.w. berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati terdapat dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka dengan segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.
Lalu Rasulullah s.a.w. menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya Aidiladha dan Hari Raya Aidilfitri...

Raya Adalah Ibadah

Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadah. Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadah puasa Ramadan dengan sempurna.
Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya. Kerana itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu...

Aidilfitri Adalah Fitrah

Kalimat ‘fitri’ sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah yang asal. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda.
Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran... 
so tunggu pe g. Jom g raya geng.. huhuhu.

Ogos Bulan Merdeka Beb.. so.. Apa Pula Erti kemerdekaan dari sudut pemahaman kita...

Wednesday, August 7, 2013

AKU TELEPON TUHAN DALAM TAHAJJUD

Kuala Lumpur
08 ogos 2013
 
 
Semalam, aku telefon Tuhan dalam tahajjudku.
 
“Tuut, tuut… tuut, tuuut!” Terus diangkat. Dan sebaik sahaja kudengar talian di sebelah sana diangkat, saat itu terus ku luahkan isi hatiku bagai mencurah-curah ke ladang gandum!
 “Wahai Yang Maha Agung, aku ini hambaMu. Aku menghubungimu semata-mata ingin mengadu padaMu ya Allah. Wahai Yang Maha Mendengar, aku ingin mengadu kepadaMu bahawa hatiku telah berlubang!”
“Wahai hambaKu. Jika Aku menimpakan suatu musibah ke atas kamu pada badanmu, lalu kamu menerima musibah itu dengan penuh kesabaran, nescaya di hari kiamat Aku malu untuk menegakkan bagimu neraca timbangan atau membuka buku catatan amalmu.” [1]
“Akan tetapi Allah, lubang di hatiku ini sangat menyakitkan. Dan ini juga bukan kemahuanku.”
“Wahai hambaKu, barangkali kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” [2]
“Yang penting lubang di hati ini sangat dalam. Dan aku mohon pertolonganMu, mengapa tidak Engkau tutupkannya saja.”
“Jika sekiranya Aku mahu, nescaya akan Kuberikan kepadamu wahai kekasihKu. Akan tetapi telah tetaplah kata-kataKu: Wahai dunia! Pahitkanlah kehidupan para kekasihKu, janganlah sekali-sekali engkau memaniskannya, kelak engkau akan memfitnahinya.” [3]
“Oh begitu rupanya… Sungguh Maha Penyayang Engkau wahai Tuhanku, melindungi aku daripada fitnah dunia. Maka, sekarang aku memohon agar Engkau memberikan aku kekuatan ya Allah.”
“Sesungguhnya Aku sekali-kali tidak membebani seseorang, melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” [4]
“Terima kasih Tuhan, bolehkah Engkau selalu mengingatkan aku di saat aku lupa wahai Tuhanku…?”
“Tentu. Sesungguhnya Akulah yang menciptakanmu dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatimu, dan Aku lebih dekat kepadamu daripada urat lehermu sendiri.” [5]
“Tuhanku, aku sangat-sangat berharap Engkau sentiasa ada bersama denganku.”
“Wahai hambaKu, ketahuilah bahawa Aku sentiasa berada dalam sangkaanmu, dan Aku ada bersamamu ketika kamu menyebutKu. Bila kamu menyebut-Ku dalam dirimu, Aku menyebutmu dalam Diri-Ku. Bila kamu menyebut-Ku dalam khalayak ramai, Aku menyebutmu dalam khalayak yang lebih baik daripada itu. Bila kamu mendekat kepada-Ku satu jengkal, Aku mendekat kepadamu satu hasta. Bila kamu mendekat kepada-Ku satu hasta, Aku mendekat kepadamu satu depa. Bila kamu datang kepada-Ku dengan berjalan kaki, Aku datang kepadamu berlari-lari.” [6]
“Aku ingin menjadi hambaMu yang sebenar-benarnya wahai Tuhanku…”
“Tanda pengenalan hamba-hamba-Ku di hatinya terhadap-Ku ialah dengan menyangka baik terhadap qadar-Ku, tiadalah dikeluh-kesahkannya hukum-hukum-Ku, tiadalah dirasakannya lambat kurnia-Ku dan senantiasa malu berbuat maksiat.” [7]
“Wahai Allah! Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah. Dan aku berjanji akan selalu mengingatiMu lebih daripada segala yang lain.”
“Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah shalat untuk mengingati Aku.” [8]
SubhanAllah. Alhamdulillah. Allahuakbar. La ilaaha illAllah. La hawla wala quwwata illa billah.
Lalu ku putuskan talian itu kerana ku tahu sebentar lagi akan ku hubungiNya lagi.
Terima kasih Allah.
Yang tak pernah jemu melayan kerenah ku.
Yang lebih dekat kepadaku berbanding urat leherku.
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang terhadap hamba-hambaNya.
Terima kasih ya Allah!
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Al-Baqarah: 186)

Tuesday, August 6, 2013

MENGIMBAU KENANGAN

Kuala Lumpur
6 Ogos 2013


Salam Ramadhan semua.. Sedar tak sedar syawal sudah menghampiri kita, sedih rasanya bila terkenang ramadan akan meninggalkan kita.. Harap segala amal kita di bulan ini akan diterima seadanya.. Kepada aKu Perbaiki lagi diri agar dikau dapat disisi Nya.. Harapan pasti hanya amalan menjadi penentu disana..

Semalam sedang aku menunggu untuk trawikh aku terpandang segerombolan kanak-kanak sedang enak bermain permainan penutup botol, sampaikan aku sendiri termenung melihat keasyikan kanak-kanak tersebut.. Terimbau kenangan lalu ketika di bangku sekolah rendah, sedang permainan ini menjadi kegilaan kanak-kanak di zaman tersebut, ke sekolah bukan untuk belajar tetapi menguji siapa yang lebih cepat mendapatkan mata dalam permainan tutup botol ini, sampai didenda oleh cikgu kerana tidak menumpukan perhatian dalam kelas..

Kenangan tetap kenangan, kekadang menjadi keseronokkan bila diceritakan, kekadang menjadi terkilan bila dikenangkan.. Biasa la Lumrah kehidupan.. huhuhu..