Kuala Lumpur
23 sept 2013
Salam. kepada semua kenalan dan semua semua.. Cepatnya masa berlalu, sedar tak sedar dah di penghujung september, lastly aku menulis pasal Kemerdekaan, tapi aku nie still tak merdeka2 lagi.. Jemu dah diperkatakan orang tentang aku, berbuih mulut mak aku menghantam aku hari2.. Hahaha..
Buka aku tak mencuba, tapi lately ni aku memilih sikit, tawaran ada tapi aku rasa masih ada yang terbaik yang aku boleh dapat.. Kawan-kawan aku cakap "ko kerja je dulu pastu ade tawaran baik ko cabut arr" Senang je cakap kan.. Bila aku tanya diorang satu soalan "Korang suka ke dengan kerja ko sekarang? Usaha dengan hasil yang kau perolehi Berbaloi tak" haa.. senyap semua..
Ada betul ada tak persoalan yang aku aju kan.. jika tak cuba manakan tahu hasilnya..
Mungkin rezeki aku Allah dah tetapkan ada di tempat lain.. Apa pun aku tetap akan usaha sampai aku ketemui sesuatu yang membuat hati aku terdetik untuk mengerjakannya.. Tawaran yang datang tetap akan aku pertimbangkan, mungkin dalam masa terdekat ni aku akan take mana2 tawaran yang sampai.. Untuk melegakan kerisauan Mak aku.. Mungkin dengan itu boleh buat dia gembira.. Apa pun misi aku untuk membuat apa yang aku suka akan aku teruskan... Abuu.. Fightingg!!! hahaha..
Malam ni keputusan Mesyuarat tentang usul yang aku kemukakan bakal terjawab, harap2 ianya berita yang mengembirakan semua pihak.. Demi masa depan Sukan Bolasepak Takara.. Aku tetap perjuangkan... Kawan2 semua ada sentiasa disisi membantu.. hasilnya kita semua nantikan.. Like Semua.. hahaha..
Kawan aku "Adik" dah selamat menyerahkan diri hampir 3 minggu, setelah lebih 100hari melarikan diri diri tugasan.. weekand lalu kawan2 ajak aku melawat dia, tapi terpaksa aku tolak.. Sungguh belum sedia aku untuk melihat kawan aku berkeadaan begitu.. Sesama Berjuang di arena hujau sakit suka bersama, kini terpaksa melihat dia terkurung dalam sangkar sementara tanpa ada kuasa untuk membantu.. Terasa lemahnya Diri.. Hurm.. Mungkin masa satu hari nanti akan aku melawatnya.. tapi tidak dalam masa terdekat ni.. Maksimun hukuman boleh mencecah 1 tahun setengah.. Harap2 hukumannya tidak selama itu...
Apa pun Takara FC tetap Mendoakan "Adik" agar sentiasa selamat dan sihat di "dalam" sana..
Adikkk.. Fightingg!!! hahaha...
KEpada Kamo2 dan MEreka2 juga hope tidak pernah berputus asa.. ingat cehh,, "jika kita rasa kita dalam kesusahan yang amat sangat, sentiasa ingat ada lagi orang yang lebih susah dari kita" so.. jangan pernah berputus asa, teruskan berjuang di arena ini.. hope kita semua ketemui apa yang dihajati... Terbaek...