Kuala Lumpur
17 Oct 2015
JEANS
Ada seorang lelaki yang sangat menyukai jeans dan membuka sebuah kedai jeans dan menjual pelbagai jenis jeans.
Suatu hari datang seorang pelanggan wanita ke kedainya, dia mencari jeans yang sepadan mengikut citarasa nya.
Lama dia mencari, akhirnya dia memilih satu, malangnya wanita tersebut mahu jeans itu diubah suai.
Pemilik tersebut merasa berat hati untuk mengubah suai jeans itu kerana baginya jeans yang asal sudah cukup sempurna.
Tapi memandang kan ia adalah kehendak wanita itu sebagai seorang pelanggan, pemilik dengan berat hati mengubah suai jeans itu mengikut cita rasa wanita berkenaan.
Bila sudah selesai mengubah suai jeans tersebut, pemilik itu menyerahkan jeans kepada wanita itu untuk dicuba.
Wanita itu kemudian nya berkata. "Maaf saya tidak jadi untuk membeli jeans ini"
Pemilik jeans tersebut terkejut dengan kenyataan wanita itu, baginya jeans yang telah diubah suai tidak lagi sama seperti jeans yang asal.
"Kenapa kamo tidak mahu membeli jeans i pemilik jeans itu.
"Saya rasa jeans ini tidak padan dengan saya, saya mahu pilih jeans yang lain."
Pemilik tersebut sedih kerana wanita itu tidak menghargai usahanya. Kenapa setelah selesai pengubahsuaian baru wanita itu mengatakan tidak untuk membelinya.
"Begini lah, saya beri secara percuma sahaja jeans ini. Kamo boleh ambilnya" Kata pemilik jeans kepada wanita itu.
"Kan saya sudah cakap, jeans ini tidak sesuai dengan saya, saya tak mahu!!" Tegas wanita berkenaan.
Dengan nada yang perlahan pemilik tersebut berkata pada wanita itu. "Begini lah. Jeans ini telah diubahsuai, jadi saya tidak boleh menjualnya pada orang lain kerana ianya bukan lagi seperti yang asal. Kamo ambil lah, jika kamo tidak mahu memakai nya sekalipun, kamo boleh gunakan sebagai alas pemijak kaki."
Pemilik jeans terpaksa merayu pada wanita itu, sekali gus merendahkan dirinya semata mata mahu wanita itu mengambil jeans tersebut.
Melihat akan kesungguhan pemilik jeans itu, wanita itu pun mengambil jeans tersebut dari tangan pemilik itu dan merenung lama pada jeans tersebut.
Jelas kelihatan senyuman mula mekar di wajah pemilik jeans itu apabila wanita berkenaan sudi mengambil jeans nya.
Dia tidak kisah wanita itu hendak memakai atau tidak jeans tersebut, bagi nya cukup lah wanita itu sudah mengambil nya.
"Saya sudah cakap, saya tak nak, saya tak nak lah!!" Jerit wanita itu.
Kemudian di baling nya jeans tersebut ke muka pemilik jeans yang sebenar dan pantas berjalan keluar dari kedai itu.
Sakit sungguh hatinya dengan perbuatan wanita itu. Tak sangka dirinya telah di hina sebegitu rupa.
Salahkah dirinya hanya kerana mahu wanita itu memiliki jeans tersebut, bukan kah jeans itu telah diubah sesuai dengan kehendak wanita itu.
Adakah wanita itu sekadar mahu mempersendakannya? Apakah salah dirinya pada wanita itu hingga dia di hina sebegini rupa?
Bertalu talu soalan bermain dari kotak pemikirannya hingga tidak perasan ada titis air mengalir keluar dari kelopak matanya.
Perlahan lahan dia mencapai jeans yang berada di lantai itu.
"Apa salah kau ni? Kenapa dia tak nak kau? Bukan kah kau dah berubah mengikut kehendak dia? Apa sebenarnya yang dia nak?" Bertanya pemilik tersebut pada jeans nya..
Bila hati mulai mati, nilai kemanusiaan makin hilang. Lidah bertukar menjadi senjata, menikam dalam hingga parah terluka.
Pergi terus ketawa..