mengapa menyatakan sayangmu pada ku
andai hati mu bukan untukku
mengapa enggan melepaskan aku
sedangkan bukan aku yang bertaktha di hati mu
bertanya aku pada hati apa erti sayang, erti rindu, erti cinta
masihkah ada sayang di hatimu?
masihkan ada rindu untuk ku?
masihkah ada cinta buatku?
puas aku mencari dalam gelap malam
namun sinar terang tidak juga kunjung tiba
lantas aku mencari sebuah makna
dalam senyum ada duka
dalam kemanisan hidup ada hempedu
jiwa hati merintih sayu
pintar agar ku memahami
namun kasih ini masih juga menyepi
duhai hati berikanlah aku jawapan penuh ketulusan
kerana kasih ini tersimpan kemas buatmu
ku harap kau kan mengerti
maksud di hati....
No comments:
Post a Comment