Friday, November 25, 2011

Lalalala~~

Kawan Ku... dah lame aku tak post sesuatu, kan2.. Tahun nie kalo boleh aku nak skip jerk, masa cepat sangat berlalu, sedar tak sedar dah nak hujung tahun, dan macam2 dah jadi, tapi tahun nie tetap bukan tahun aku, semua yg aku buat tak menjadi, bukan rezeki aku kot atau aku nie cepat sangat berputus asa.. Apa pun aku tetap aku, dan ini lah aku, siapa aku, aku yang tentukan..
"Aku belari tapi aku sendiri tak pasti arah larian ku, aku melompat tapi masih tak tergapai apa yang aku hajati, sedang aku merasakan aku dihadapan, rupa2nya aku masih lagi dibelakang, mungkin masih ada sesuatu yang tidak lengkap, atau mungkin aku tidak layak untuk kehadapan.."

Saturday, November 12, 2011

Tentang Dhia


"Jangan kau salahkan takdir jika kau tidak pernah mencintai ku..." Raffi (Tentang Dhia)

Monday, October 24, 2011

Glory 4 manchester city...

Kawan Ku... Memang berbaloi musim nie aku tukar team.. Bukan bermaksud aku tak setia tapi aku seorang penyokong yang kecewa, kecewa dangan sikap pengurus manchester united yang tak reti2 nak cari player yang berkualiti, alex nie pon satu, suka2 jerk nak ubah2 position player, tgk hasil nya??? kekalahan yang teruk... hurm... zaman ko dah berlalu alex, dah tua sangat nie, lepas nie paham2 lor... huhuhu..

Tuesday, September 27, 2011

Minggu2 terakhir..

Kawan Ku...
Sedar tak sedar, perasan tak perasan tahu2 aku dah nak abis study, skunk nak kene cari tempat pratical, padahal aku rase macam banyak g aku kene blajar, tak cukup g apa yang aku dapat nie, bukan tamak, cuma tak mahu blurr jerk masa berkerja lagi.. hurm.. mcm lec aku cakap, t dah kerja ko tahu la ape nak buat, cakap senang lor, yg menanggungnya dri nie..huhuhu.. ape pon aku kene cuba, nak tak nak tahan laa, hidup kan banyak rintangan.. huhuhu... kawan2 aku pon dah sibuk skung, tinggal la aku sorang2, ngat kan nak join sibuk sekali dengan dorg, ble pkir2 dengan semasak2 nya timbul rasa tak bersedia.. biasa lor, aku bru abis blajar, kerja pon belum tentu dapat, masa depan belum nampak g.. takpe, relex, kayuh pelan2 abu.. kita rancang betul, tak dapat berlari, berjalan pon takpe, asal kan jangan berhenti... huhuhu..

Sunday, July 31, 2011

Ramadan Dah tiba...

Kawan Ku... pejam celik, pejam celik, dan pejam celik lagi dah nak puasa kan, cepat betul masa berlalu dah nak raya g, baru macam minggu lepas sambut raya.. huhuhuhu... kepada kawan2 ku selamat menyambut bulan ramadan, tingkatkan amalan kurangkan dosa, sama2 lah kita berusaha..
huhuhuhu.. pagi2 nie tak leh tido mcm nie la, mula ngarut2 yang bukan2.. huhuhu.. hari nie nak penuhkan dgn aktiviti la.. makan puas2, sampai leh kenyang 1bulan, main badminton sampai tercabut tangan.. hehehehe...

Tuesday, July 26, 2011

Aku hanya pemerhati..

Kawan Ku... Aku hanya pemerhati, tak bererti aku tidak mengerti apa yang terjadi, "Aku hanya pemerhati"... Kenapa perlu tipu2, pusing2, belit2?.. Nak selamatkan diri kew? nak cari simpati kew? atau tak cukup kasih sayang sampai nak tipu2??.. Kenapa perlu jerut leher sendiri? Kenapa buat diri sendiri dibenci? Takde jalan lain lagi kew selain dari penipuan???... siannya....
~ Dulu kau beriya2 sangat menghalang penipuan, wah, begitu gah bercakap, macam2 fakta kau ungkit. Betul, tak salah niat kau, tapi kau lupa 1 perkara, cara kau yang salah, Tak pikir perasaan persalah, kau hantam tanpa belas simpati padahal kau yang menemukan, dah lupa agaknya, tapi jangan kau lupa, Allah tu maha adil.. Sekarang apa dah jadi?? apa akan jadi?? lagi teruk kau rupanya, tak sangka2 kan... Kitaorang hanya pemerhati.... Ingat, kita takde hak untuk menjatuhkan hukuman, iya kau kecewa, kau sakit hati, kau juga ada perasaan tapi itu tak bermaksud kau boleh buat benda yang sama pada dia, kalau macam tu apa beza kau dengan dia?? "biar orang sakitkan kita, jangan kita sakitkan orang", Allah tu maha adil... Sekarang siapa yang lebih menyakitkan hati kau?? Bukan hendak menyebelahi sesiapa, aku cuma pemerhati, aku hanya pemerhati.. Persahabatan umpama peperangan, kita kena tahu kelemahan pihak lawan, bukan untuk menindas tapi untuk diri sendiri, agar kita bersiap sedia untuk tidak tewas..
Tak salah jika saling membantu, tapi kita kene tahu bagaimana untuk melepaskan diri agar tidak terus tercekik, cukup la hanya jika terikat. "lari" bukan menjauhkan masalah tapi akan mendatangkan banyak masalah. Jiwa yang tenang akan melahirkan sejuta idea, Senyum, gembira, ketawa, masalah akan dalam gengaman kita.. Sebelum melangkah pikir segala kemungkinan yang akan terjadi, dan jalan penyelesaian untuk apa yang bakal terjadi, biar pelahan2 asalkan jangan terjatuh.. Aku hanya pemerhati, kelemahan ku sangat banyak, tapi aku tahu cara nak mengawal kelemahan2 aku, bukan menutup kelamahan aku.. Allah maha adil..

Sunday, July 24, 2011

Puasa oh Puasa...

Kawan Ku... Minggu depan dah mula puasa, kepada kawan2 ku yang dluar sana harap2 puasa tahun nie penuh la yerk :p... aku rasa nak off kan phone untuk 1month la, apa macam owk tak??? hahahaha.... minggu depan bermula la juga hari2 yang sibuk bagi aku, nak abis kan study lagi pastu plak nak pikir2 macam mana mau cari duit lebih beb.. bulan ramadan yg mulia nie rezeki senang masuk kene usaha skit la kan... huhuhu... Tadi baru lepas layan cerita stanza cinta, nie aku selitkan skit2 sinopsis cinta dari novel karya Nurull Halawati..


Amni Sorfina(Ketenangan yang suci)…seindah namanya seindah itulah peribadinya!! Dia hanyalah seorang wanita akhir zaman yang sedaya upaya untuk menjadi solehah. Namun..jalan yang terbentang dihadapannya selalu berombak dan tidak pernah tenang. Ujian itulah teman baik yang selalu mengikutnya kemanapun dia melangkah.

Ketika bahagia mula menyapa dirinya, ketika bunga-bunga sakura mengembang dengan indahnya, ketika dia mula tersenyum bahagia….tiba-tiba sahaja segalanya menjadi begitu menyiksakan jiwa dan menikam-nikam tangkai hatinya. Seolah-olah istilah bahagia itu bukan untuknya. Apa sahaja yang diimpikan dan diharapkan tidak pernah menjelma menjadi kenyataan. Sering sahaja Allah mengambil orang-orang yang disayangi dari sisinya.

Sehingga pernah dia merintih hiba, “Ya Allah…apakah tiada yang namanya bahagia itu untukku didunia ini?? Kenapa hidup ini sering tidak menyebelahi diriku? Andai dengan segala derita ini Engkau ingin menghapuskan segala dosa-dosaku, alangkah ringannya penderitaan ini. Andai dengan derita ini Engkau ingin selamatkan aku dari neraka-Mu dan memasukkan aku kedalam syurga-Mu yang kekal abadi..alangkah indahnya penderitaan ini”

Irfan Ikmal – “Amni itu seorang bidadari yang sangat lemah lembut dan penyayang…namun dia seorang yang tegas. Amni seorang wanita yang suka menangis dan mudah tersentuh hatinya…namun dia seorang yang sangat tabah!! Amni seorang Hawa yang mempunyai cinta yang begitu besar buat Sang Adamnya….namun dilindungi ia disebalik prinsip-prinsip yang dipertahankannya. Amni menunjukkan cahaya ketika aku teraba-raba dalam kegelapan. Dialah yang membuatkan aku mampu tersenyum dengan cintanya…juga dengan cinta Tuhan yang diajarkannya padaku”

Taufiq Imran, Bandung Indonesia – “Subhanallah…Amni adalah sosok wanita solehah yang ingin aku jadikan zaujah disisiku. Aku membutuhkan dukungannya sebagai peneguhku, aku membutuhkan doanya untuk kehidupanku, aku membutuhkan senyumnya untuk mengatasi kesedihanku…dan aku juga membutuhkan dirinya untuk membuatkan hidupku menjadi sempurna. Aku ingin selamanya melalui lorong-lorong dakwah ini ditemani zaujah yang seindah dirinya…Aku sungguh mencintainya kerana Allah…..”

Simpang kehidupan Amni begitu rumit dan melelahkan. Terhidang dengan derita dan airmata. Walaupun cinta itu ada didepan matanya, namun dia tidak pernah sempat mengecapi makna bahagia itu. Hatinya sering luluh dan terluka kerana cinta yang dimiliki.

Apakah Amni akhirnya berada disisi Taufiq…seorang lelaki yang begitu dicintainya, lelaki soleh yang mula mengajar Amni makna cinta sejati, Sang Adam pertama yang telah berjaya membeli cintanya yang paling mahal itu? Atau Irfan Ikmal yang selalu hadir dengan cinta yang luhur dan suci untuk Amni. Yang rela memberikan seluruh kebahagiaan yang dimilikinya untuk Amni. Mestikah dia memilih cinta ini? Tidak bisakah dia mengecapi bahagia tanpa perlu menyakiti insan lain?

“Ya Allah….segalanya kuserahkan kepada-Mu. Aku hanya hamba-Mu yang kerdil yang tidak bisa berbuat banyak. Biarlah Engkau yang memilih cinta dan memilih kehidupan untukku. Aku tidak ingin memaksa Engkau memberikan apa yang aku mahu…berikanlah apa yang terbaik menurut ilmu-Mu itu padaku. Kerana seluruh hidupku..cintaku..dan nyawaku adalah milik-Mu yang mutlak dan hakiki!!!!” – Amni Sorfina..

malaysia u can do it... yeahhh..

Kawan Ku... Baru pulih dari kehilangan suara sejak seminggu yang lalu di sebabkan malam tadi nyaris2 suara aku hilang lagi, huhuhu.. Malam semalam skuad harimau malaya telah tewas, tapi aku tetap bangga kerana semangat melawan tetap ada dikalangan skuad harimau malaya.. 28hb sama2lah kita memberikan sokongan padu pada skuad harimau malaya kita..

BANGUNLAH - Ultras malaya

Bangunlah wahai semua penyokong
Satukan lah hatimu
Tinggikan sorakanmu
Demi Malaysia……
Ooo oooo ooooooo
~~~~~~~
Mana kamu! (Kiri)
Mana kamu! (Kanan)
Malaysia ku! (Kiri)
Malaysia ku! (Kanan)
Dimana pun kamu kami ada selalu……
Berikanlah! (Kiri)
Berikanlah! (Kanan)
Kemenangan! (Kiri)
Kemenangan! (Kanan)
Berikan lah kami sebuah kebangaan….

Monday, July 18, 2011

Bengkel usahawan..

Kawan Ku... Semalam aku teringat ade sesorang kata yang aku nie ada macam2 benda nak buat, memang betol tapi aku tak tahu nak mula dari mana, lama jgak la aku termenung memikirkan pasal masa depan, kot2 ada seseorang nak membantu dan menunjukkan aku cara yang betul agar mudah aku mengenalpasti kemahuan aku... Alhamdulillah, Allah memperkenankan permintaan aku, Pagi di nie aku dapat satu ilmu yang sangat2 berguna sekali, iaitu bagaimana untuk menguruskan kewangan serta tip2 dan strategi bagaimana untuk menjadi kaya.. Hari ini aku diundang ke 1 bengkel Usahawan yang dibiayai oleh CIDB, penceramah nya bernama "abuayabul ansari", dan mesra dikenali sebagai "AbangAbu", nama yang sama dengan nama samaran aku "Abu", harap2 aku pun bejaya macam dia jgak.. huhuhu...
Banyak jgak yang aku dapat dari penjelasan dye, aku akan cuba praktikkan dan korang doa kan agar aku berjaya ekk.. nie tip yang aku rasa penting sgt2.. nak yang lanjut bnyak2 la bertanya kat aku... huhuhu...

Aim
belive
courage
do it until u get it..

Saturday, July 16, 2011

Tahajjud cinta - Theme song

Merpati Putih

Mengering sudah bunga di pelukan
Merpati putih berarak pulang terbang menerjang badai
Tinggi di awan, menghilang di langit yang hitam

S'lamat berpisah kenangan bercinta
Sampai kapankah jadinya aku harus menunggu
Hari bahagia seperti dulu

Terserah kasih kembali mesra
Bercumbu langit memadu satu janji berjuta bintang
Dalam pelukan sehangat pagi yang cerah



Sunday, June 26, 2011

Jalan-Jalan: Melaka

Kawan Ku... Semalam aku g makan asam pedas selara kampung yang berhampiran dataran pahlawan di melaka , sedap uiii,, thanks kat wan sbb blanja mkan, thanks jgak kat mereka2 yang tunjukkan tempat yang superb tue... huhuhu.. Pastu makan ktorg g jalan2 kat bangunan2 merah (tak tahu nama)... Sempat la ktorg singgah g makan cendol jam besar yang berhampiran kat kawasan situ.. Kalo korang datang melaka mesti try makan kat situ, sure best... huhuhu.. Lepas dah borak2 sembang2 ktorang dibawa pergi ke masjid selat melaka, ... Wahh segar betul udara kat situ, rasa nak tido jerk, nasib baik masa tak mengizinkan...hehehe.. setelah segala urusan selesai, masa untuk ktorg pulang plak.. Terima kasih untuk semua yang terlibat dalam perjalanan ini.. huhuhu.. Alhamdulillah semuanya seperti dahulu, walaupun ade sdikit kekurangan tapi tetap ada senyuman...
Minggu depan Krew takara nak g penang island plak.. Tapi aku tak dapat ikut, sbb terlibat dengan pertandingan kemahiran malaysia... sedih sehhhh.. huhuhuu..
Tapi nsib baik seseorang ade bgi sikit semangat, dye cakap..
"stdy lagi penting, pas dah abis blajar buleh round satu dunia".. harap2 termakbul la kata2 dye.. Aminnnnn....





Sunday, June 19, 2011

going n going~~..

Tanpa kita sedari begitu cepat masa berlalu pergi meninggalkan kita.. lama jugak la aku tak update blog nie, al-maklum la aku sibuk skunk, bnyak masa aku digunakan utk berehat jerk (tido) sampai kawan2 dah tahu rutin harian aku n malas nak ajak g kuar... huhuhuh..Kat umah Aku dah ade pendatang baru, tapi dah tinggal 2ekor je anak harimau tu, yang 2 ekor lagi dah kene curi, geram betul.. baru nak bagi nama sempena nama kawan2 aku.. huhuhuhu.. Sejak aku dah jadi pelajar nie makin malas aku nak menulis sbb hari2 aku kene menghadap tulisan n garisan, nak bercerita pun dah takde idea.. sorry kawan2... nanti aku cari balik "Abu garcia" ek... huhuhu...
daa~~

life is a lottery
by night and by night
life is a lottery
keep going n going... (la vida tombola)

Sunday, May 29, 2011

Kalah sudah...



Tahniah buat pasukan BARCELONA atas kejayaan merangkul piala liga juara-juara.. Pasukan terbaik dan permainan yang terbaik, walau apa2 pon Man Utd tetap di hati, kalah kew menang kew aku tetap sokong.. Musim depan harap2 ade muka2 baru dan corak permainan yang baru.. Buat penyokong2 Man Utd jangan sedih2 sangat, sekurang2 nya Man utd musim ni masih lagi dapat merangkul kejuaraan dalam english premier league dari team2 yang lain Man Utd tetap yang terbaik...

Tuesday, May 17, 2011

Manchester United juara EPL untuk kali ke 19..



Manchester United akhirnya berjaya meleburkan rekod liverpool bagi mencatat kemenangan buat kali ke 19 sekali gus melakar sejarah baru dalam liga EPL.. Kini hanya menanti kunjungan barcelona pula.. Harap2 menchester dapat mengekalkan kecemerlangannya...

Monday, May 9, 2011

Letihnya... sibuknya...

Kawan Ku...
Diam2 dah 1 week aku kat abm nie, 1 week yang memenatkan.. 1st day, aku dah basah kuyup masuk kelas, niat nak belajar punya pasal ku gagah kan jua.. Dari bawa kereta pastu sangkut sesak rela aku basah, takpe boleh kering takde hal nye.. balik kelas niaga pulak, kira2 aku dapat tido 4jam je dalam 1 hari je.. nasib baik ade sabtu dan ahad dapat la aku balas dendam.. Bukan aku nie kuat tido, tapi bayi yang sihat kene tido cukup 9 jam... huhuhuhu..
Kepada kawan2 yang aku terlepas wish birthday korang, Selamat hari jadi, semoga dimakbulkan segala yang di inginkan dan maaf sangat2 sbb tak wish, bnyak sangat benda yang nak di uruskan, akhir2 nie kepala aku pun dah weng skit.... huhuhuhu.. Jangan korang ingat aku lupa kat korang, memang dari dulu aku dan kawan2 mcm nie, tak reti nak wish birthday2 nie, bagi kitaorg apa yang penting kawan ada bila susah, tu yang penting..kan2~~
Tak lupa juga buat team bola aku, Tahniah!! Manchester Unites sbb berjaya mengalahkan Chelsea malam semalam, (Sorry apai).. tinggal Bercelona jerk, itu aku tak berani jamin sbb kedua2 team ade kelebihan dan kekurangan masing2, ape3 pon kita tgk nanti.. huhuhuhu...

p/s: Terima kasih bnyak2 sbb memberi semangat, tak tersangka2 dan tak lena tido jadinya.. Ape2 pon harap2 setiap langkah yang kita ambil akan menjadi yang terbaik buat kita semua.. :)

Saturday, April 30, 2011

Study lagi...

Kawan Ku...
Setelah tertunggang, berguling2 memikirkan mengenai masa depan aku, akhirnya aku mengambil keputusan untuk belajar lagi.. 3hb 5 nie bergelar la aku sebagai pelajar, aku harap percaturan aku kali ini berjaya. Dengan berat hati mak aku merelakannya jadi aku kene buktikan aku boleh. amin~...
Aku telah menghabiskan masa selama 5tahun dalam bidang kejuruteraan, setelah ditolak ditambah bahagi kali semua aku rasa aku tak boleh nak teruskan dengan gaya kerja tersebut, so aku amik keputusan untuk tukar ke bidang pembinaan pulak dengan amik course Architectural Drafting kat Akademi binaan malaysia sebagai pemulaan, sebab aku rasa peluang untuk pergi lebih jauh tu tinggi. Course nie mengambil masa 6 bulan jerk dan ditaja sepenuhnya oleh CIDB, nanti kalo2 ade peluang boleh la sambung kat peringkat yang tinggi lagi itu pun kalo kewangan aku mengizinkan.. huhuhu.. nie jerk yang dapat aku kongsi bersama. kawan2 doa kan untuk aku yerk, harap yang terbaik untuk kita semua.. Amin~~

Bukan aku inginkan yang terbaik,
Cukup la jika diberi peluang,
Akan aku berusaha sebaik2,
Doa kan kejayaan untuk aku bawa pulang..

Sunday, April 24, 2011

Kawan Ku...
Dah lama jgak la aku tak kemaskini blog aku nie, mesti korang rindu kat aku kan.. huhuhuhu~~
Dalam 2~3 minggu nie banyak gak la peristiwa2 yang berlaku, kalo korang ingat kat coretan aku yang terdahulu "HATI" ada aku cerita tentang kawan2 aku.. Alhamdulillah, akhirnya Allah menemukan mereka berdua semula.. "Taii mat, segala kata2, doa kau dah dimakbulkan, harap kau hargai peluang yang diberikan ni, kalau ada rezeki lebih ikat la dia, Doa kawan2 kat sni agar kau cepat2 dijodohkan.. amin~~
Minggu lepas jgak member baik aku dah ditunangkan, aku doakan agar hubungan kau berkekalan ke jinjang pelamin dan bahagia ke akhir hayat.. amin~~

Dengan izin Allah kita pasti bertemu, nanti segala pertanyaan akan terjawab.. harap2 segalanya pulih seperti biasa.. sama2 kita doa kan..

Wednesday, April 13, 2011

SUka nya~~

Kawan Ku...
Akhirnya..... terbukti la yang Manchester lagi kuat dari chelsea, Thanks to chicarito n j park kerana menjaringkan goal.... so penyokong2 Chelsea harap bawak2 bersabar yee jangan bising2 sangat, cukup2 la tu.. kalo rase2 nak tukar team, kami mengalu2 kan kedatangan anda.. huhuhuhu...

Nie petikan dari cerita kemboja putih..
"Walau jasad kita tidak bersama, tapi hati kita tetap bersatu" kemboja putih

Thursday, April 7, 2011

Manchester united kalah kan chelsea

Kawan Ku...
Pagi nie aku gembira skit sbb man utd dah menang kat Stamford Bridge. walaupun tak banyak goal tp cukup la utk bekalan kat old trafford nanti.. Perlawanan nya 13hb nie harap2 manchester dapat mengekang asakan dari chelsea nanti... huhuhuhu...

Nie satu g kawan aku yang sorang nie, Hidup ni mudah jika kita fikirkan nya mudah dan sukar jika kita fikirkan sukar, jalan kita pilih tapi Allah yang tentukan, tak semua pilihan kita ditolak, ada juga yang diterima.. Apa yang keluar dari mulut mesti terdetik dari hati, perbuatan yang dilakukan juga terdetik dari hati, hati yang memainkan semua peranan. Kadang2 kita tak harap semua nie terjadi kat diri kita, tapi kita kena ingat apa yang terjadi kat kita nie adalah dari kita sendiri.. Salah siapa itu bukan hak kita nak tentukan, kita sendiri tak sempurna. hak kita hanya pada diri kita sendiri.. Orang sekeliling kau tak kenal siapa kau, tapi jangan kau sendiri tak kenal diri kau sendiri.. Aku hanya pandai berkata2 sebab aku pun tak sempurna, tapi aku tahu siapa diri aku, apa yang aku mahu.. aku pasti kau sendiri tahu ape yang kau mahu dan kau kenal diri kau..

Friday, April 1, 2011

Letih la awok macam nie... huhuhuhu

Kawan Ku...
Aku ade sedikit buah pikiran untuk diluahkan kepada kawan2, tidak perlu bagi ulasan apa2 cuma baca sahaja dan renung2 kan lah...
Kalau kita sudah ada sesuatu yang pasti menjadi milik kita kenapa perlu teringat2 kepada yang lain?? bukan mahu nyibuk atau menganggu urusan, tapi sekadar mnjalankan tnggungjwb sbgai kawan, sekadar mahu saling mengingati.. Jangan ikut kan hati sangat, merana kau nanti..
Aku ade baca beberapa petikan "jika kau benar mencintainya rebut lah iya dengan sesungguhnya", Ada juga yang pernah berkata begini "jika kau mencintai nya dengan setulus hati lepas kan la iya"
Mana satu yang betul pun aku tak tahu, ape pun kita dikurniakan akal fikiran, diberi ilmu jadi kenapa kau tidak tahu membezakan keinginan dan tanggungjawab.. Bukan mudah nak memulihkan hati yang terluka kawan, sbb tu dalam berkawan kene jujur selalu, jangan suka menjerut leher sendiri, nanti diri sendiri yang menerima akibatnya.. Apa pun. kami kat sini tetap ada disebelah ko, hanya menyokong yang terbaik untuk diri kau, yang tak baik kami hantam ko jerk, jgan terasa plak dah nama kawan kan.. nie dah baca nie kalo tak puas hati kew ape kew ko tahu nak cari kat mana kan.. huhuhuhu..
akhir kata selamat membaca coretan yang ngarut2 nie dan terus kan dengan undian anda.. hahahaha~~

Aryon "kadang2 apa yang paling kita nak, itu lah yang kita tidak akan dapat"

Thursday, March 31, 2011

BErsuka Ria Bersama2..

Kawan Ku...
SEmalam satu lagi kegembiraan sbb dapat jumpa rakan yang lama terpisah disebabkan kesibukannya, hampir 2~3 tahun la tak jumpa, selamat untuk dikau rakan "segari ku".. huhuhuhu. Ahad nie semua rakan2 pergi ke PD untuk bersuka ria sambil kita bakal kehilangan rakan2 yang pergi berjuang demi menentukan nasib mereka si masa depan.. kepada ayie, semoga selamat kau di perantauan orang, walaupon tak selama mana, kita orang kat sini tetap akan ingat kat ko.. kepada Syuk n beeb-beeb yang bakal berjauhan jgak harap2 pandai2 la jaga diri yerk, pesan ku "jangan hanyut sangat".. hahahahaha....

Wednesday, March 23, 2011

Geram.....

Kawan Ku...
Hari nie aku marah betul, geram sangat2... mentang2 la aku takde lesen niaga suka2 hati jerk nak kacau2, nasib baik aku tak sempat buka, kasian kat bro burger, ayam kepak n nasi kukus tu tak pasal2 kene saman.. Niaga kecik2 nie untung bukan sampai 1k sehari pon itu jgak dorang nak kacau, iye la kan dah kerja dorang tp kat area2 cina tu dorang tak pulak buat kerja, nampak tak nampak la pulak, nak doa kan buta mata tu kasihan la plak, Salah aku jgak, kenapa tak amik lesen, tapi kalo dah sampai 1 tahun pun apply lesen tak dapat2 jgak, agak2 nya bila nak boleh niaga, takkan nak HULUR BAWAH kot, nak tak nak sabar je la.. Nie tgh mengenang nasib untuk esok hari plak.. Ape pon jadi kene jgak buka, demi mencari sesuap nasi (cerita sedih la plak) huhuhuhu....
Lepas nie aku nak amik lesen, try pakai kabel mana2 yang boleh, kalo dorang datang aku seliki-seliki kepala dorang tu, padan muka dorang... sabar abu, sabar...
korang doa kan la aku berjaya dalam misi aku yang tak serupa misi nie ekk..
Haa.. satu lagi, kepada apai ko macam kenal kita orang nie 1, 2 hari jer kan, nie bukan pertama kali ko atau kita orang kene mcm nie, so relex beb, ape masalah pon takde effect pada persahabatan kita, nie cuma misunderstanding jer... ke ko perlukan kasih sayang yang banyak niee.. huhuhuhu... . grau jerk apai.. ape2 pon masalah nanti kita selesai kan kat court badminton owk... paham2 je la... huhuhhu..
kawan2 ku cau cin cau... daa~~

Tuesday, March 22, 2011

Tak boleh tido laa~~~

Kawan Ku...
Malam nie aku tak boleh tido sbb petang tadi dah tido, ngape la susah sangat nak tido sejak kebelakangan nie..
Kemarin libya telah diserang, ape la nasib rakyat2 di sana yerk, disebabkan oleh peminpin yang tinggi ego nya rakyat yang sengsara.. Terpikir plak apakah nasib dengan negara tercinta kita ini di masa akan datang, lihat sendiri politik di negara kita ini, saling menunding jari antara satu sama lain. agak2 nya pernah kah "mereka memikirkan tentang orang lain sebelum mereka memikirkan tentang diri sendiri".. mungkin tidak...
Pikir pasal masa depan negara2 nie, masa depan aku pulak macam mana.. hahahahaha.. aku kene usaha lebih lagi nie.. zaman sekarang nie makin laju, lambat skit kene pijak, kalau dah jatuh nak bangun boleh tapi susah sangat...
Harap rakan2 aku tabah menghadapi halangan di hadapan, teguh berusaha, bersama saling membantu.. insyallah... amin~~

Sunday, March 20, 2011

kawan lama...

Kawan Ku...
Pada jam 5.30am nie aku n rakan (ijat, prof arterk, bibi emo) nak naik bukit broga, sambil menunggu waktu nak kejutkan diorang aku post la somthng kat blog nie, untuk membuang masa, sbb tak mahu tido, nanti tak bleh bangun, nanti bila settle semua program baru best tido. badan dah letih2 terasa nikmat tido tu.... huhuhuhu..
Tadi aku jumpa dengan kawan lama, dye bawak adik2 dye datang ke gerai aku, memang lama sangat tak jumpa, walaupun dye duduk pun bukan nya jauh sangat, tapi sebab kesibukan masing2 sampai nak bersua muka pun susah, bnyak jgak la yang diborak kan tadi sempat jgak la bercerita kisah2 lalu yang membuat ketawa di hati, dengar2 dye dah nak bertunang dalam pertengahan tahun nie, Alhamdulillah, moga2 Allah memberi kebahagiaan kepadanya.. Kepada kawan ku yang sorang lagi nie, pun dah lama tak jumpa petang semalam baru jumpa dah timbul satu permasalahan baru, baru kawan2 yang lain tak jawab call, dye dah touching2 plak.. apai.. relex.. jangan bnyak pikir2 ktorang owk jerk, cuma ko call pada masa yang tak sesuai.. sorry apai.. huhuhuhu..
Tak lupa jgak, hari nie hari jadi kawan aku, aku ucapkan selamat hari jadi raihan, semoga dipanjangkan umur serta diberi punuh keberkatan dalam setiap langkah mu, dalam setiap doa mu dan dalam setiap keputusan yang dilakukan.. Amin~~

Saturday, March 19, 2011

Syukur~~

Kawan Ku...
Hari ni aku termenung lama di screen ni, mencari sekelumit memori yang mengembirakan, Pelbagai perkara telah berlaku sejak akhir2 ini, aku tetap bersyukur kerana masih ada lagi anugerah dari Allah yang bisa membuat aku tersenyum, sesungguhnya aku beruntung mempunyai kawan2 yang tidak pernah kenal erti penat untuk mewarnai dan mencorak tawa ketawa dalam setiap sepi ku, ada pun sedikit ralit di hati kerana telah kehilangan beberapa kebahagian yang telah membuka satu helaian baru dalam setiap jalan kegembiraan ku, satu pengalaman baru tidak akan padam dalam ingatan ku. Walau apa pun yang telah berlaku atau akan berlaku kita tidak ada pilihan atau pun talian hayat, jalan kita telah ditakdirkan walau segigih mana pun kita lakukan kita tetap terpaksa akur dengan ketentuan Nya,
Yang penting kita jangan pernah lupakan apa yang indah, dan kita tidak sempurna selagi bergelar manusia.
"Kadang2 apa yang paling kita nak, itu lah yang kita tidak akan dapat"..

Wednesday, March 16, 2011

Wajah Baru, Cerita Baru, Kisah Baru..

Kawan Ku...
Akhirnya siap jgak wajah baru Blog aku nie.. Wajah baru aku harap segalanya baru, yang lama jadi kan kenangan yang dihadapan kita tempuh bersama, agar yang lama akan jadi sesuatu yang indah.. Kawan Ku sekalian sila la sudi2 komen ape yang tak kene, tak patut atau tak senang di mata, aku terima kritikan seadanya..
Akhir kata, selamat membaca... Daa~~

Wednesday, March 9, 2011

kadang2

Kadang2 terpikir jgak betul kew dengan keputusan yang dah dibuat.. Tapi ade yang kata biar la, yang penting kita tahu ape yang kita buat.. Walau dilempar dengan pelbagai andaian dan penyataan, simpan dalam jerk la.. Kadang2 pengorbanan diperlukan dalam mencari erti kebahagian.. Apa yang penting mereka2 bahagia..
"Dunia kita berbeza, cara kita berbeza"

Friday, February 25, 2011

Sembunyi2

Masing2 membawa diri, masing2 menyepikan diri, kenapa yerk? hurmmm..
Jangan salah sangka, bukan nak membawa diri cuma nak main sembunyi2, bukan nak menyepikan diri cuma nak menambahkan rindu di hati.
Untuk apa dan kenapa?
Maaf tiada jawapan dan itu bukan satu soalan, tidak sampai niat nak membuat sakit di hati, cuma sekadar mampu memerhati, apa kan daya kami insan yang kerdil tak lekang dari salah silap..
Tak kan la sikit masa pun tak terluang?
Banyak masa yang terbuang cuma tiada kesempatan bermacam2 dugaan dan halangan, niat di hati setiap saat sentiasa disisi bergelak ketawa bergurau senda..
Sekali lagi k.a.m.i terpaksa mengundurkan diri silap salah tak perlu simpan di dalam hati ada kesempatan pasti kita bertemu lagi... :)

Monday, February 21, 2011

Celup~Celup!!!

Alhamdulillah....
Ari nie dapat gak aku bukak gerai celup2, thanks kepada rakan2 taman kerana memberikan sokongan.. Ini permulaan yang baik dan harap2 selepas nie rezeki akan bertambah-tambah.. Amin~~
Kepada kawan2 jangan la segan silu untuk datang ke gerai aku di section 3 bangi perdana berhadapan 7eleven, mari memeriahkan lagi gerai celup2 aku.. huhuhuhu..

Friday, February 18, 2011

Hati.

Perghhh.. Mendengar cerita kawan2 aku pada malam tadi membuat aku berfikir sendiri.. Tak sangka aku mempunyai kawan yang boleh digelar " pencinta agung ".. Demi seorang yang di cintai sanggup menunggu sampai 10 tahun, ada yang 7 tahun, dan ada yang melihat orang yang dicintai dikahwini oleh orang lain..

"Aku tidak kisah dia sudah berkahwin ke, atau sudah ada anak ke, aku cuma ingin jumpa dengan dia sekali sahaja, hanya mahu melihat dia sihat atau tidak, itu sahaja"( taii mat )

Mungkin satu hari nanti aku nak buat 1 aktiviti jejak kasih la utk kawan aku nie.. aku nak lihat reaksi kawan aku, sejauh mana perasaan cinta yang dikatakan nya tu.. Kepada E, aku harap kau buka hati kau semula, hanya nak melihat kau bahagia tapi tak bermaksud untuk kau melupakan yang lepas, mcm kawan aku cakap, "kenangan yang lepas tu jadi kan pengalaman dalam menempuh kehidupan yang akan mendatang". Dan kepada Si kurus, dia sudah ada di depan mata kau, jangan sesekali kau biarkan dia terlepas lagi, mengapa kau harus menunggu, jika ade rezeki terus jadi kan dia milik kau, supaya kau tidak gigit jari kaki lagi. huhuhuhu....

Saturday, February 12, 2011

Kadang2 semakin kita cuba melupakan kenangan lama, semakin itu lah kenangan itu mekar bermain dalam fikiran.. walau pelbagai cara digunakan tapi selagi hati tidak rela melepaskan selagi itu la ia akan kekal bermain dalam fikiran.. mungkin dengan menemui sesuatu yang baru kenangan lama akan terkubur, atau ia nya akan kekal sampai bila2.. Adakah berbaloi jika kita korbankan kebahagiaan orang lain demi mendapatkan kebahagian untuk diri kita, bukan kah itu di katakan mementingkan diri sendiri..

Di sisi gelap ku cari segelumit cahaya,
Bukan ku minta untuk terangi seluruh alam ini
Tapi hanya terangi hati ku yang kian gelita ini
Dalam ku terjelumus kearah kegelapan diri
Ku harap seseorang hadir untuk menarik aku keluar
Bukan ku meminta untuk aku boleh berlari
Tapi cukup la sekadar aku boleh berdiri
Hanya untuk aku melihat cahaya yang kau berikan
Agar dikau boleh menerangi aku yang kegelapan ini.
(Abu Garcia)

bila rindu ku sebut namamu (siti fairuz)

Tanpa Ku Sedar Aku Tersebut Namamu
mengapakah Hanya Dengan Tiba-Tiba
aku Pun Menjadi Rindu
dan Wajahmu Ku Terbayang
adakah Engkau Pun Begitu Merindu

bila Ku Rindu Aku Tersebut Namamu
bila Ku Resah Ingin Rasa Ku Bertemu
aku Jadi Tak Menentu
menunggu Kehadiranmu
mengapakah Lama Hilang Tanpa Berita

apa Khabarmu Di Sana Kekasihku
semoga Engkau Tak Lupa Padaku
jangan Biar Ku Merindu
jangan Biar Ku Tertunggu
sepinya Di Hatiku Menunggumu

Tuesday, January 25, 2011

Minggu yang Dikelilingi olah orang2 yang demam..

Dari hari jumaat sampai la hari nie still lagi tak baik2 demam aku nie, ingat kan hari ahad tu dah kebah la skit, tak sangka bersambung dengan selesema lagi, banyak2 bersabar la abu oiiii... Nie semua Adik aku punya angkara, bob pun bersubahat sama, Apai pembawa virus jugak... last2 aku yang terkene diorang dah owk. aku plak yang still tak owk2 g.. lepas nie aku tak nak lepak dengan orang yang kene demam g..
Kepada yang berkenaan terima kasih atas kata2 semangat yang diberikan, Tapi tak nak jadi kungang2 tukar jadi bintang boleh tak?? huhuhuhu..

Thursday, January 20, 2011

Lalala~~

Sinaran bulan penuh sungguh terang menerangi langit pada pagi ini, di temani hanya satu bintang sahaja, begitu indah sangat2.. Dalam aku tercari2, kenangan lama datang mengingati, membuat aku senyum dan ketawa lagi.. Kepada kawan2 disana, maaf d pinta, bukan niat nak menyepi hanya meminta seketika waktu untuk menyendiri, mencari2 apa yang tidak pasti, mencari diri sendiri mencari satu erti..

Monday, January 17, 2011

Malam nie aku tido awal, tapi awal jgak aku dah bangun.. pukul 3.. nak tido balik tak boleh, nak mencari seseorang untuk bercerita tp sape yang ade, dah 3 pagi kot.. hurm.. Terpaksa la bercerita dalam blog sendiri semoga tenang skit.. huhuhu..
Pagi nie aku nak start kerja, sbgai sales executive... Tapi kerja nie yang aku paling tak suka.. Nak kew tak nie.. Kalo aku terima pun tapi hati tak suka pasti kerja tak jalan jgak.. Kew aku nie yang pemalas, dah ske duk umah,nak kerja pun dah malas.. hurm. mcm mana nie ekk.. Dengar lagu dari mershanda nie tenang skit.. still ade masa nak pikir g nie.. hope aku buat keputusan yang sebaik2 nya.. doa kan la ekk..

ketulusan hati (marshanda)




Sedihku sakitku ku terima
Ku rela ku pasrah jalanku
Ini suratan aku dicoba
Demi rahmat-Mu ku memohon

Yaa Allah ridhoi ketulusan hati
Yaa Allah beri aku ketabahan
Yaa Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Yaa Allah

Yaa Allah ridhoi ketulusan hati
Yaa Allah beri aku ketabahan
Yaa Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Yaa Allah

Thursday, January 6, 2011

Pasti ada hikmahnya..

“Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri, jalan berliku tiada bertepi, ku percaya tidak sia-sia aku diuji, demi cinta, tersembunyi hikmah nya pasti”

Walau apa pun yang terjadi, walau apa pun yang akan terjadi kita perlu tenang dan sabar menghadapi setiap dugaan dan c0baan, kerana disebalik semua hal yang terjadi pasti ada kebahagiaan yang menanti, itu pasti… Setiap masalah itu mesti ada jalan penyelesaian nya, setiap sakit ada ubatnya dan setiap kejadian ada sebab nya.. Macam mana dan bagaimana itu bukan pers0alaannya, jika kita yakin pada diri sendiri dan tidak pernah berputus asa, kita pasti menemuinya..