Friday, February 18, 2011

Hati.

Perghhh.. Mendengar cerita kawan2 aku pada malam tadi membuat aku berfikir sendiri.. Tak sangka aku mempunyai kawan yang boleh digelar " pencinta agung ".. Demi seorang yang di cintai sanggup menunggu sampai 10 tahun, ada yang 7 tahun, dan ada yang melihat orang yang dicintai dikahwini oleh orang lain..

"Aku tidak kisah dia sudah berkahwin ke, atau sudah ada anak ke, aku cuma ingin jumpa dengan dia sekali sahaja, hanya mahu melihat dia sihat atau tidak, itu sahaja"( taii mat )

Mungkin satu hari nanti aku nak buat 1 aktiviti jejak kasih la utk kawan aku nie.. aku nak lihat reaksi kawan aku, sejauh mana perasaan cinta yang dikatakan nya tu.. Kepada E, aku harap kau buka hati kau semula, hanya nak melihat kau bahagia tapi tak bermaksud untuk kau melupakan yang lepas, mcm kawan aku cakap, "kenangan yang lepas tu jadi kan pengalaman dalam menempuh kehidupan yang akan mendatang". Dan kepada Si kurus, dia sudah ada di depan mata kau, jangan sesekali kau biarkan dia terlepas lagi, mengapa kau harus menunggu, jika ade rezeki terus jadi kan dia milik kau, supaya kau tidak gigit jari kaki lagi. huhuhuhu....

No comments: