
Disini ada satu coretan pendapat aku yang tak seberapa kepada kawan ku yang berhati walang dengan memikirkan tentang ketaatan atau kehandak sebagai satu punca permasalahan.. Hanya ini sahaja yang termampu aku lakukan sebagai kawan mu, semoga ia akan menjadi satu landasan untuk mu dalam membuat sebarang keputusan..
Kadang-kadang aku tertanya-tanya, tersoal-soal kenapa keputusan atau persembahan yang aku tunjukkan tidak mendapat restu dari yang sepatutnya memberi perkenaan tersebut… Adakah keputusan aku yang salah atau keputusan mereka yang betul, adakah persembahan aku yang betul atau cara mereka menilai persembahan aku yang salah?.. Jangan dipersoalkan mereka yang mengikut tuntutan islam sebagai sandaran membuat pilihan, tapi adakah keputusan dan hak aku untuk memilih harus diketepikan? Aku akan bersamanya, bukan sehari dua, tapi bertahun lamanya, jika ditakdirkan semati juga bersamanya, adakah hak aku itu selayak dengan hak mereka yang melahirkan aku di dunia ini..
Kadang-kadang aku tertanya-tanya, apa perbezaan atau kelainan dalam keputusan mereka dan aku?.. BAHAGIA, bukankah itu satu-satunya permintaan mereka yang berhak dah keinginan aku yang berhak..
Jadi apa kesalahannya???...
Cinta tidak boleh dipaksa??.. Ape ayat yang mengarut ni?? Tuiii, tuiii, tuiiii.. wkaka..
Adakah kau berani memberi jaminan bahawa si dia tidak akan tinggalkan kau sampai ke akhir hayat kau?…
Jika tidak..
Salahkah kau berkorban demi orang yang nyata menyayangimu?
Tak semua pilihan mereka bencana tsunami buat kau, mungkin ianya satu permulaan kepada banyak keindahan untuk kau. Tapi tak salah jika kau mencuba dan terus mencuba mempamerkan atau mempersembahkan pilihan kau, Mungkin satu hari nanti pintu hati mereka terbuka dengan pameran kau.. Tapi jangan kau lupa untuk terus meminta pada yang Esa kerana Dia lebih mengetahui mana yang terbaik untuk kau..
Allah memberi kau dugaan yang hebat ini kerana Allah sayangkan kau, Dan percayalah, selepas ini kebahagiaan akan bersama kau selamanya.. Kan Allah dah berjanji, Kesudahan yang baik hanya untuk orang-orang yang bersabar.. Bukan abu yang berjanji, tapi Allah..
Nota:
Kata orang, yang tua lebih awal menikmati asam garam kehidupan..
Kata abu, zaman makin berubah, asam garam kehidupan pun berbeza..
Kata orang, yang tua hanya mahukan yang terbaik dalam kehidupan warisnya..
Kata abu, Zaman kini, semua mahukan yang terbaik untuk diri sendiri..
Kata abu lagi, dulu dan kini banyak berbeza tapi banyak juga yang serupa.. Walau apa pun perbezaan dan persamaannya, ianya tetap sementara..
Nota lagi: Aku takde p.h.d dalam hal-hal perkahwinan ni, dan aku rasa aku tak layak nak berhujah pasal-pasal ni, Tapi peduli apa aku, yang aku tahu aku tetap nak kongsi sesuatu, terpulang nak dengar atau tidak...
Walau dengan pilihan kita atau bukan pilihan kita sekali pun, tetap kita sendiri yang mencorak atau mewarnai gerbang perkahwinan itu sendiri, tiada siapa boleh menjamin apa yang akan berlaku selepas 4 or 5 tahun berkawin kecuali kita sendiri yang berusaha mengekalkannya.. Jadi jangan la dikusutkan, dipeningkan atau diserabutkan kepala otak tu, siapa atau siapa pun biar masa tentukan, kita ikut rentak kita dan mereka, jika sampai detiknya pasti takkan kemana jua..
No comments:
Post a Comment