Monday, April 29, 2013

PINK CAKE

Kuala Lumpur
29hb april 2013


Cake untuk kamo..
Ape pe pun, hope kamo sentiasa gembira terus gembira dan gembira berterusan..
may Allah give bless a lot for u..

Happy Birthday my Buddyz...

FLY AWAY MY FRIEND

Kuala Lumpur
29hb april 2013



Run for your life..
Untuk kearah kebaikan yes, tapi jika kearah sekadar menjauhi masalah, itu Salah!!!

Setiap orang, insan, si polan, manusia tidak lari dari segala masalah, so jangan jadikan masalah itu sebahagian dari kehidupan, tenang dan relax sure akan ada jalan penyelesaian..

Come on my friend,
Tempuhi hidup ini dengan gembira, masalah hanya mainan kehidupan bro..
aku boleh menjadi peneman kau jika sekadar untuk fly away, tapi untuk kau pergi jauh dari itu, aku sendiri akan terajang dan sepak kau untuk kau kembali ke landasan yang betul..
aku pun tak sempurna kot, tapi sekurangnya aku menghargai apa yang aku ada dan bakal aku ada, tidak perlu kau ikutkan sangat perasaan itu bro.. 

Life just life, die is sure..
Jangan kau ingat kau sendirian di sana, aku dan kawan2 sentiasa ada, just shared, kita gelak dan ketawa bersama tapi kenapa susah kau tidak kita bersama-sama, Gurau dan senda hanya mainan biasa bro, nama dah berkawan mesti ada gurauan, tapi aku pasti dalam gurauan itu hati2 mereka terasa dan ingin membantu, kau hanya perlu share je.. kita tak malu untuk buat kerja gila kot, tak kan malu untuk bercerita masalah.. come n shared.. 


DEMAM PILIHANRAYA DEMAM NAK RAYA..

Kuala Lumpur
29hb april 2013


Tanggal 5 mei ni, kita akan menjalankan satu proses demokrasi, yang akan menentukan hala tuju negara ke pelbagaian arah..

Dapat di lihat media2 sibuk dengan segala promosi, kontrovesi serta manifestosinya, membuat kepala berserabut jika demokrasi diperkatakan, jalan raya dan lebuhraya berselerak dengan timbunan tampalan poster2 gambar si polan dan sui polan menjadikan perang postersi sah bermula..

Seperti aku juga, tidak terkecuali menjadi salah satu anggota pemerhati bagi pilihanraya nanti, pada 5 mei akan datang penuh la jadual aku, dari pagi ke petang menghadirkan diri sebagai pacar pru bagi pihak hijau berbunga..

Niat untuk mengetahui proses demokrasi di negara ini melontar aku ke sekolah sek7 pada 5 mei nanti, sekali gus akan menjadi salah seorang yang mencipta sejarah jika pertukaran kerajaan berlaku.. Aku jentera kerja bagi pihak hijau berbunga..

Bagi aku politik bukan sekadar penentu siapa pemerintah, tapi politik ini hanya untuk mendengar keluh resah rakyat.. Aku sanggup mengambil risiko untuk TUKAR pemerintah kearah negara yang lebih baik, semakin lama di atas semakin banyak kepincangan yang berlaku, Kita berkuasa serta berhak keatas negara kita sendiri.. 

INI KALI LAH!!!

Thursday, April 18, 2013

PEMERGIAN YANG TIDAK DISANGKA..

Kuala Lumpur.
18hb april 2013

 Tanggal 8 april, jam 11 pagi, aku menerima panggilan dari mak yang berada di kampung.. Permulaan panggilan bermula dengan tangisan, sedetik hati ku berkata, ini lah ketentuanNya, Kesedihan kerana kehilangan mula melanda tanpa ku sedar ada titis yang mengalir.. Kemunculan pelbagai kenangan membuat aku bertambah resah sementara menunggu adik aku tiba untuk berangkat pulang bersama2. tepat jam 5.30 aku sampai di halaman kampung,


Aku sampai selepas selesainya solat jenazah, rasa terkilan juga sebab tidak dapat berjemaah bersama-sama untuk kali yang terakhirnya.. Ketika proses pemergebumian arwah, serak tangis sanak saudara kedengaran, membuat aku turut menitiskan air mata, Kembali segala kenangan pahit manis menyelubungi kotak pemikiran aku, dalam keriuhan talkin kedengaran aku termenung sendirian tanpa peduli keadaan sekeliling, kemudian aku lamuan aku di sapa dan tanpa aku sedari segalanya sudah selesai.. Dan ketahuilah aku yang aku sudah kehilangan satu-satunya Nenek yang aku ada..

Al-fatihah kepada nenda ku
semoga dipermudahkan segala urusan mu..

2nd..

kuala lumpur..
18hb april 2013..


Bulan mac yang memenatkan, tapi berbaloi, melihat segala usaha berjalan lancar, terima kasih pada semua yang tolong untuk menjayakan program pertandingan bola sepak 9 sebelah ini..

 Walau pun aku lambat update, tapi kenangan ini telah aku pahatkan dalam sejarah kehidupan aku, agar menjadi kataan serta ingatan kepada kawan2 ku sekalian..

Apa pun team aku tetap yang terbaik dari kawasan sg.chua ini, tempat ke2 pun owk la.. persediaan pun tunggang langgang, kalo bersungguh2 sure dapat no 1.. huhuhu..  

Program selepas ini kami akan memperbanyakkan lagi perlawanan persahabatan, untuk mencari lebih pengalaman.. agar tidak la dikatakan hanya jaguh kampung.. Selepas ini kami akan pastikan piala pusingan akan kami bawa pulang ke Taman Kajang Raya..