18hb april 2013
Tanggal 8 april, jam 11 pagi, aku menerima panggilan dari mak yang berada di kampung.. Permulaan panggilan bermula dengan tangisan, sedetik hati ku berkata, ini lah ketentuanNya, Kesedihan kerana kehilangan mula melanda tanpa ku sedar ada titis yang mengalir.. Kemunculan pelbagai kenangan membuat aku bertambah resah sementara menunggu adik aku tiba untuk berangkat pulang bersama2. tepat jam 5.30 aku sampai di halaman kampung,
Aku sampai selepas selesainya solat jenazah, rasa terkilan juga sebab tidak dapat berjemaah bersama-sama untuk kali yang terakhirnya.. Ketika proses pemergebumian arwah, serak tangis sanak saudara kedengaran, membuat aku turut menitiskan air mata, Kembali segala kenangan pahit manis menyelubungi kotak pemikiran aku, dalam keriuhan talkin kedengaran aku termenung sendirian tanpa peduli keadaan sekeliling, kemudian aku lamuan aku di sapa dan tanpa aku sedari segalanya sudah selesai.. Dan ketahuilah aku yang aku sudah kehilangan satu-satunya Nenek yang aku ada..
Al-fatihah kepada nenda ku
semoga dipermudahkan segala urusan mu..
No comments:
Post a Comment