Kuala Lumpur
28 Feb 2014
Alhamdulillah atas segala nikmat dan dugaan yang diberi, hanya Kau yang maha mengetahui akan setiap kejadian, hanya kepada Mu tempat kami berserah..
Seperti yang dilihat sekarang musim kemarau melanda watan ini, memperlihatkan kebanyakkan empangan telah mula menunjukkan kesurutan air yang makin hari makin merunsingkan semua pihak.. Tak kiro la seratus ke empangan yang ada jika kemarau la yang melanda semua akan kering.. Kepada yang ingin mempolitikkan isu air harap-harap buka minda ye fikir banyak-banyak...
Peningkatan penyakit juga bertambah dari ke hari membuat ramai berjaga-jaga dan berwaspada tentang kesihatan.. Saranan Perbanyakkan minum air makin luar diperkatakan.. Suatu isu yang harus digariskan daripada merawat lebih baik mencegah, kot-kot nanti tak cukup ruang nak letakkan pesakit berikutan bertambah-tambah yang sakit...
Musim kemarau hanya dugaan melihat kepada siapa yang dicari kepada siapa yang di minta hanya dugaan semata-mata.. Banyak bersabar wahai rakan-rakan dan musuh.. Baru sebulan kita diuji daripada yang diuji bertahun-tahun tanpa ada air bersih hanya guna apa yang ada.. Ingat lah disaat kita masih mampu untuk minum-minum di kedai mamak atau makan maggie sahaja ketika tangah bulan, ada yang lebih teruk daripada kita.. Jadi sentiasalah bersyukur kerana mereka tidak pernah merasa seperti apa yang kita rasa disini..
#renungrenungkanlah...
Alhamdulillah kerna kita masih lagi disini..
Terima kasih to Allah...
No comments:
Post a Comment