Tuesday, May 27, 2014

ADI

Kuala Lumpur
27 Mei 2014

raksasa dalam kotak

Penciptaan seterusnya berjudul "ADI-raksasa dalam kotak"..

Sinopsis ADI-raksasa dalam kotak

Novel ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang telah menempuh satu liku kehidupan gelap dan daripada pengalaman itu satu impian dan pemikiran yang luarbiasa telah terhasil dan kini dia nekad untuk mengapai dan melaksanakan rangka perancangannya. 

Dia seorang yang sangat berbeza daripada kanak-kanak sebaya dengannya, ia dapat di lihat daripada tutur kata, perwatakan dan pemikirannya. Yang pasti dia akan membuat seseorang akan  tertarik dan terpegun jika berbual dengannya. 

Segala-galanya bermula apabila dia kehilangan ibubapanya dan dan di hantar ke rumah jagaan anak-anak yatim. Di situ jugalah rancangannya_...

Nantikan kemunculannya..


Monday, May 26, 2014

ALL GONE

Kuala Lumpur
26 Mei 2014




Assalamualaikum semua semua..

Cerita malam tadi menyaksikan kekalahan Malaysia di tangan negara matahari terbit (Jepun) dalam perebutan Piala Thomas.. Walaupun tewas tapi aksi mereka tetap membanggakan, bersama mengharungi Piala Thomas dengan pasukan yang tidak di jangka mampu untuk melangkah jauh mereka telah membuktikan pada seluruh rakyat malaysia bahawa mereka Boleh untuk ke pusingan akhir.. Syabas Pasukan Badminton Malaysia.

Topik utama bukan berkaitan sukan tetap berkaitan kehilangan.. Belum pun sempat melegakan hati yang gundah, aku sekali lagi kejutan dengan berita pemergian ayah kawan aku pada jam 7 pagi..

Jenazah meninggal di rumahnya dan disamping isteri tercinta seperti mana mereka berdua memulakan kehidupan di rumah itu dan berakhirnya kehidupan jua berdua di rumah itu.. 

Jenazah kemudiannya di bawa ke Serdang untuk di khafankan dan di sembahyangkan di Masjid UPM dan akan terus di bawa ke Muar untuk di kebumikan bersebelahan pusara Ibunda nya adalah permintaan Arwah sebelum menghembuskan nafas terakhir.. Sinopsis pantas

Ketidakhadiran anak ke 2 dan ke 4 daripada 5 beradik menambah lagi ceritera para pengunjung yang datang. Walaupun aku tahu di mana mereka, pabila diajukan soalan berkaitan mereka berdua lidah kelu tidak terkata. Terus perasaan sedih melanda jiwa akhirnya jawapan selamat keluar "Tak tahu la." Maksudnya aku dipaksa menipu demi? Keaiban? Maruah? Perasaan? Fitnah? hanya Allah yang tahu..

"Macam mana bro ok ke?" Antara soalan yang di ajukan. Dan jawapannya...
"Semua dah tiada." Terus dia menangis..

Al-Fatihah
Semoga Roh beliau bersama orang-orang yang beriman..
Amin..

Wednesday, May 7, 2014

JANJI MAYA

Kuala Lumpur
7hb Mei 2014




Pertemuan di alam maya menyaksikan penyatuan cinta dua insan berbeza latar belakang luka dan gembira.. Suka dan duka ditempuhi mereka berdua susah dan senang sama sama berjalan seiringan. Dan disaksikan keindahan ciptaan Tuhan mereka saling mengukir janji, Bila hubungan semakin akrab diberi ujian kepada mereka dan janji itu mula dituntut dan menggenggam erat mereka berdua seterusnya__...

nantikan kemunculannya..