Kuala Lumpur
26 Mei 2014
Assalamualaikum semua semua..
Cerita malam tadi menyaksikan kekalahan Malaysia di tangan negara matahari terbit (Jepun) dalam perebutan Piala Thomas.. Walaupun tewas tapi aksi mereka tetap membanggakan, bersama mengharungi Piala Thomas dengan pasukan yang tidak di jangka mampu untuk melangkah jauh mereka telah membuktikan pada seluruh rakyat malaysia bahawa mereka Boleh untuk ke pusingan akhir.. Syabas Pasukan Badminton Malaysia.
Topik utama bukan berkaitan sukan tetap berkaitan kehilangan.. Belum pun sempat melegakan hati yang gundah, aku sekali lagi kejutan dengan berita pemergian ayah kawan aku pada jam 7 pagi..
Jenazah meninggal di rumahnya dan disamping isteri tercinta seperti mana mereka berdua memulakan kehidupan di rumah itu dan berakhirnya kehidupan jua berdua di rumah itu..
Jenazah kemudiannya di bawa ke Serdang untuk di khafankan dan di sembahyangkan di Masjid UPM dan akan terus di bawa ke Muar untuk di kebumikan bersebelahan pusara Ibunda nya adalah permintaan Arwah sebelum menghembuskan nafas terakhir.. Sinopsis pantas
Ketidakhadiran anak ke 2 dan ke 4 daripada 5 beradik menambah lagi ceritera para pengunjung yang datang. Walaupun aku tahu di mana mereka, pabila diajukan soalan berkaitan mereka berdua lidah kelu tidak terkata. Terus perasaan sedih melanda jiwa akhirnya jawapan selamat keluar "Tak tahu la." Maksudnya aku dipaksa menipu demi? Keaiban? Maruah? Perasaan? Fitnah? hanya Allah yang tahu..
"Macam mana bro ok ke?" Antara soalan yang di ajukan. Dan jawapannya...
"Semua dah tiada." Terus dia menangis..
Al-Fatihah
Semoga Roh beliau bersama orang-orang yang beriman..
Amin..
No comments:
Post a Comment