Kuala Lumpur
30 jun 2014
2nd Ramadhan
Walau sejuta harapan dan impian,
Tetap kepada Mu mohon berserah,
Walau bertahun tahun jauh berlari,
Kepada Mu aku pergi tetap kembali,
Biar sebesar aku berkuasa merintah,
Tetap di hadapan Mu aku bersujud,
Biar kuat aku mengarah arah,
Tetap aku tunduk berserah,
Tiada daya aku di hadapan Mu,
Tiada kuasa aku melainkan Mu,
Tiada apa apa yang aku miliki,
Semuannya hanya milik Mu,
Kepada Mu tuhan aku memohon,
Ampunkan segala dosa dosa ku,
dan kepada Mu tuhan aku meminta,
Agar kau menerima aku di sisi Mu..
30062014-AbuGarcia-Ramadhan
Follow your dream. Take one step at a time and don't settle for less, Just continue to climb. Follow your dream.... If you stumble, don't stop and lose sight of your goal Press to the top. For only on top can we see the whole view, Can we see what we've done and what we can do; Can we then have the vision to seek something new, Follow your dream.
Monday, June 30, 2014
RAMADHAN
Kuala Lumpur
30 jun 2014
2nd ramadhan.
30 jun 2014
2nd ramadhan.
Seperti tahun tahun yang berlalu, pasti juga Ramadhan kan datang, cuma kali ini tampak berbeda dari tahun-tahun yang lain. Semangat seperti pertama kali menyambut ramadhan. Bersama kawan-kawan memenuhi masjid terdekat dengan penuh harapan dan impian di bulan Ramadhan ini. Bulan penuh keberkatan dan kemaafan, memberi peluang kepada semua meminta dan beramal.. Tidak terkecuali aku, jika terdahulu banyak masa di sia-sia dengan bergitu sahaja, tapi tahun ini niat dan semangat menyambut seperti ini adalah ramadhan yang terakhir bersama. huhuhu..
Lebih banyak senyum lately ni, gembira dengan semua yang aku lihat, walau banyak tersirat tapi Alhamdulillah kerna Dia masih menyayangi hambanya ini. Masih memberi semangat dan kekuatan yang acap kali aku memohon.. Sentiasa menemani saat aku duka dan suka walau aku kadang-kadang sentiasa alpa, cepat-cepat Dia mengingati aku dengan petunjuk-petunjuk Nya. Tiada kata untuk diucapkan tanda syukur, hanya mampu menadah tangan memuji Mu selalu.. Terima Kasih Allah..
Tuesday, June 24, 2014
TENANG TENANG
Kuala Lumpur
24 Jun 2014
Bertahun lena tak sedar,
Di kejut dengan berita duka,
Meniti hari di ambang usia,
Cerita suka tapi sia-sia.
Angan kekal menjadi angan,
Sedang diri sentiasa ketinggalan,
Sendiri dijerut dengan pengalaman,
Siapa tahu apa dalam ingatan.
Keluar berbekal kecekalan,
Demi mata memberi harapan,
Dengan azam jauh kedalam,
Mengapai langit dalam diam.
Hidup satu roda pusingan,
Kau di atas belum kekalan,
Di bawah aku tak lama menunggu,
Kelak rungsing aku menganggu.
Jadi terus kekal tenang,
Jangan pernah ada bengang,
Kita semua tak kekal senang,
Satu hari bala kan mengundang.
Tenang-tenang-24062014-abugarcia
24 Jun 2014
Bertahun lena tak sedar,
Di kejut dengan berita duka,
Meniti hari di ambang usia,
Cerita suka tapi sia-sia.
Angan kekal menjadi angan,
Sedang diri sentiasa ketinggalan,
Sendiri dijerut dengan pengalaman,
Siapa tahu apa dalam ingatan.
Keluar berbekal kecekalan,
Demi mata memberi harapan,
Dengan azam jauh kedalam,
Mengapai langit dalam diam.
Hidup satu roda pusingan,
Kau di atas belum kekalan,
Di bawah aku tak lama menunggu,
Kelak rungsing aku menganggu.
Jadi terus kekal tenang,
Jangan pernah ada bengang,
Kita semua tak kekal senang,
Satu hari bala kan mengundang.
Tenang-tenang-24062014-abugarcia
DIA DATANG
Kuala Lumpur
24 Jun 2014
Minggu depan dia datang, membawa sejuta kemaafan dan sejuta pahala ibadah pada siapa yang ikhlas menjalankannya.
Ramadhan telah datang
Alam pun turut riang
menyambut bulan penuh berkah
umat berdendang adzan berkumandang
bertanda hati yang senang.
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Kawan-Kawan. Semoga semua amalan kita akan di berkatinya..
24 Jun 2014
Minggu depan dia datang, membawa sejuta kemaafan dan sejuta pahala ibadah pada siapa yang ikhlas menjalankannya.
Ramadhan telah datang
Alam pun turut riang
menyambut bulan penuh berkah
umat berdendang adzan berkumandang
bertanda hati yang senang.
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Kawan-Kawan. Semoga semua amalan kita akan di berkatinya..
Monday, June 16, 2014
World Cup 2014
Kuala Lumpur
16hb june 2014
16hb june 2014
World Cup 2014 dengan rasminya bermula 14hb lalu. Penantian selama 4 tahun bagi negara-negara yang layak menyertainya.
Pilihan aku tahun ini brasil n belgium. Kenapa dua? sebab keduanya menarik minat aku baik dari segi reputasi atau taktikalnya. kau orang pula bagaimana?
Dalam keseronokkan menghadapi piala dunia jangan lupa pada kewajupan yang utama. tidur kena cukup jangan di tempat kerja nanti mengantuk.
Aku seperti biasa, sendiri berkerja sendiri mengatur masa.
Semoga pilihan aku menjadi juara dan pilihan anda semua turut di peringkat akhir..
M
Tuesday, June 3, 2014
POLITIK DI LUAR KOTAK
Kuala Lumpur - 3hb June 2014
POLITIK
DI LUAR KOTAK
Politik
berskala
“Rakyat
menentukan siapa yang berkuasa dalam politik” satu kepercayaan umum
dan alasannya adalah rakyat yang akan menentukan dalam proses
pilihanraya wakil yang akan dipilih. Walau pun begitu satu topik
iaitu “Siapa yang sebenarnya yang berkuasa dalam skala kuasa
politik” sentiasa diperkatakan. Sentiasa ada berpendapat bahawa
ahli-ahli parti politik lah yang berkuasa kerana mereka yang
menentukan “siapa yang sewajarnya mendapat apa, bila dan
bagaimana.” Persoalan terus menjadi tanda tanya.
Dalam
sains politik hal di atas dikategorikan sebagai pengagihan skala
kuasa politik di mana ia melibatkan beberapa pengagihan dalam kuasa
politik melalui beberapa aliran tertentu di antaranya:-
- Pluralisme Politik (penglibatan banyak pihak dalam pengagihan kuasa politik)
- Elit Politik (Kuasa diagihkan oleh kumpulan kecil namun mempunyai keistimewaan)
- Marxis (Kuasa politik dikawal oleh perniagaan gergasi)
Pluralistik
Aliran
ini mellihatkan tiada mana mana kumpulan yang dianggap mentadbir
kerajaan di negeri ini. Sebaliknya, segala keputusan penting mengenai
polisi negara dibuat oleh pelbagai kumpulan berbeza yang terdiri
daripada kalangan menteri-menteri tertentu, NGO, perwakilan perti,
golongan ulama, kumpulan pemikir yang terdiri daripada professional
muda, pendidik dan sebagainya. Parti-parti politik dipengaruhi oleh
kumpulan-kumpulan tersebut.
Namun
begitu tiada satu pun diantara kumpulan-kumpulan tersebut berupaya
memberi arahan kepada orang lain dan kumpulan-kumpulan itu hanya
berupaya melindungi kepentingan masing-masing dari sudut reality. Ini
dapat dilihat melalui perhimpunan-perhimpunan agung yang diadakan,
beberapa isu yang penting diabaikan dan tidak dipertimbangkan hanya
semata-mata untuk menjaga kepentingan masing-masing dan parti.
Elitis
Satu
kumpulan kecil yang berada di bawah dagu Perdana Menteri yang turut
“mengendali” dan “mentadbir” kerajaan. Kumpulan yang terdiri
daripada ketua-ketua syarikat-syarikat perniagaan besar, termasuk
perbadanan Negara, individu-individu tertentu pegawai-pegawai
tertinggi kerajaan dan sector pertahanan, serta beberapa ahli politik
kanan dan bebas ahli politik yang masih berpengaruh.
Kumpulan
ini mempunyai kepentingan dalam parti-parti politik kerajaan dan
kerana itulah mereka digelar kumpulan istimewa. Urusan rasmi mereka
tidak hanya di pejabat tetapi turut di kediaman pemimpin-pemimpin
tertinggi semata-mata menyelesaikan kerja-kerja rasmi yang masih
tertangguh.
Pendominasi
Ekonomi
Dan
kumpulan yang ketiga terdiri daripada ahli-ahli perniagaaan dan
syarikat-syarikat korporat yang berkuasa, yang benar-benar menguasai
negara. Parti-parti dominan dalam kerajaan di kuasai oleh ketua-ketua
pentadbir syarikat yang menyaksikan urusan pemerintahan Negara
dikendalikan dan ditangani dalam cara agak sehala dengan strategi
perniagaan dilaksanakan.
Membolehkan
hala-tuju corak pemerintahan Negara pada peringkat eksekutif, atau
pembuat keputusan membuktikan mereka ini adalah kumpulan yang terkuat
dan berkuasa. Namun begitu pengaruh kumpulan ini bergantung kepada
jangka hayat politik Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri
dan seperti biasa hanya orang yang bijak sahaja akan dapat melepasi
tindakan cantasan politik semasa apabila kepemimpinan tertinggi
Negara bertukar orang..
Dengan
system politik yang mempunyai budaya, peraturan dan undang-undang
tersendiri dan dapat menyakinkan rakyat membuat sesiapa yang
“berkuasa” secara politik tidak pernah dipersoalkan. Ini
dikukuhkan lagi dengan penerimaan secara dasar oleh ahli parti
politik bahawa siapa yang patut berkuasa dan siapa yang patut sekadar
mengikut dan seterusnya begitu juga mereka yang menentukan sama ada
sesuatu agenda bangsa itu releven atau tidak pada masa dalam konteks
siapa sebenarnya yang berkuasa.
Dan
dalam soal kematangan politik ia juga melibatkan beberapa unsur-unsur
asas antaranya:-
- Ciri-ciri profersional yang ditunjukkan oleh ahli politik dan pentadbir kerajaan dalam sama-sama menyokong sistem semasa. Walaupun ada diantaranya yang tidak memahami secara menyeluruh mengenai sistem dan hanya sokongan penuh terhadap parti dan kerajaan.
- Keupayaan untuk menjiwai prinsip demokrasi asas di kalangan semua pengamal dan peserta dalam sistem politik.
- Menerima factor kepelbagaian dalam sistem politik (pandangan, pendekatan dan kepercayaan)
- Dan yang perlu dipastikan adalah keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan kepimpinan dan sistem semasa secara sepenuhnya.
Kuasa
media dalam politik
Ada
yang berpendapat media masa kini salah satu senjata yang terulung
buat para pemimpin. Jika anda menguasai media anda pasti menguasai
rakyat. Kenyataan ini tidak bermaksud untuk merendah-rendahkan
sesiapa tetapi kuasa media dalam era moden ini memberi impak yang
besar buat parti politik.
Antara
pengaruh media adalah:-
- Keupayaan untuk mencetuskan emosi dan seterusnya melahirkan pertimbangan dan tindakan seperti dalam bentuk keputusan dan pendirian politik.
- Panduan unsur-unsur budaya yang mengakrabkan individu dengan sesuatu yang mungkin dalam bentuk sentimental yang membuai-buai perasaan dan mencetuskan emosi.
- Boleh menyakinkan pembaca, pendengar bahawa berita itu sememangnya “berita” dan bukannya “fiksyen”.
- Penggunaan mengejutkan dan di luar jangkaan.
- Keupayaan sesuatu berita untuk terus kekal sebagai berita.
- Kebijaksanaan media mengambarkan sesuatu berita dengan cara berimbang dan rasional serta dapat dipercayakan.
Dalam
mana-mana Negara sekalipun media memainkan peranan yang sangat besar
dan tidak boleh diketepikan. Pengaruh media dalam konteks budaya
politik dalam lingkungan sistem politik menjadi bukti kekuatan
pengaruh media. Tidak hairanlah jika dikatakan Kuasa media bersamaan
dengan kuasa memiliki bom atom. Bila-bila masa sahaja boleh
mencetuskan perbalahan atau persengketaan.
Budaya
politik masa kini makin dinamis dengan adanya gabungan internet dan
kelebihan media cetak. Seharusnya pembingkaian yang dibuat terhadap
sesuatu berita seharusnya menonjolkan peristiwa atau isu yang
mengaitkan dengan teliti dan beradab untuk mencetuskan pentafsiran
dan penilaian yang murni dan berimbang. Seharusnya peranan media
begitu melainkan hal itu disepakati dan diamalkan segera, budaya
politik konteks sistem politi dan politik Negara ini akan diragui
kandungan dan hala-tujunya.
Mengenai
kebebasan
“Kebebasan”
juga boleh dijadikan senjata. Jika anda yang mengawal anda pasti
boleh memerintah.
Kerajaan
yang bersifat tidak berperikemanusiaan dan merendahkan martabat
manusia akan mengawal perkara dibawah:-
- Unsur-unsur ketakutan diamalkan ke atas rakyat.
- Pengawalan ke atas tiga cabang pemisahan kuasa iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman yang mengandungi unsur-unsur kesangsian.
- Tekanan melampau ke atas pihak pembangkang.
- Ketiadaan ruang untuk meluahkan pemikiran secara terbuka.
- Penubuhan akta yang memudahkan penangkapan di lakukan.
- Memainkan sentiment perkauman, agama.
- Mengawal proses pembelajaran.
- Pengawalan media sepenuhnya.
Pengawalan
ke atas golongan muda juga boleh menjadikan tiket untuk terus
berkuasa pada masa hadapan. Jesteru daripada itu tidak hairanlah ada
jika kerajaan sanggup merasuah golongan muda dengan pelbagai tarikan
aktiviti “budaya pesta-pestaan” dan bukannya menggunakan
aktiviti-aktiviti pendidikan dan kebebasan. Dengan pelbagai aktiviti
hiburan diadakan dapat menjauhkan golongan muda daripada mendalami
ceritera politik Negara.
Maka
dengan demikian akan lahirkan golongan muda yang sentiasa leka dengan
hiburan dan tidak memikirkan tentang hala tuju masa depan politik
Negara. Begitulah kehendak yang memegang kuasa agar terus dapat
memerintah, pemikiran di kunci dengan hiburan pasti tidak berupaya
untuk menyuarakan hak dan terus menjadi hamba kepada pemerintah.
Monday, June 2, 2014
PENULISAN
Kuala Lumpur
2hb June 2014
Assalamualaikum..
Begitu cepat masa berlalu sedar tak sedar sudah tiba kita di pertengahan tahun 2014. Banyak dah berlalu dan banyak akan berlaku, sama ada kita sedia atau ketinggalan.
Lagi masih tentang aku. kebelakangan ini banyak menghabiskan masa menulis, meluahkan perasaan dan pendapat melalui pena, mencoret serta menconteng helaian demi helaian. Mencari identiti diri melalui penulisan, memcencari bakat diri yang tersembunyi. Idea mencurah-curah tiba. terima kasih pada Dia dan dia..
2hb June 2014
Assalamualaikum..
Begitu cepat masa berlalu sedar tak sedar sudah tiba kita di pertengahan tahun 2014. Banyak dah berlalu dan banyak akan berlaku, sama ada kita sedia atau ketinggalan.
Lagi masih tentang aku. kebelakangan ini banyak menghabiskan masa menulis, meluahkan perasaan dan pendapat melalui pena, mencoret serta menconteng helaian demi helaian. Mencari identiti diri melalui penulisan, memcencari bakat diri yang tersembunyi. Idea mencurah-curah tiba. terima kasih pada Dia dan dia..
Subscribe to:
Posts (Atom)