Sunday, October 5, 2014

KORBAN

Kuala Lumpur
05 Okt 2014
10 Zulhijjah



Selamat menyambut ibadah korban kepada seluruh umat islam di dunia, Bersama-sama kita nikmati makna sebalik korban itu.

Inilah hari di mana hari untuk memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.  

Ini juga hari  untuk menunjukkan keikhlasan seseorang melakukan pengorbanan kerana Allah dan terus menerus mendekatkkan diri kepada Nya. 

Ibadah ini juga telah menjadi amalan tradisi para Nabi sejak Adam dan Nabi Muhammad s.a.w dan sebagai umat islam haruslah kita turut menyambut Hari Raya Korban ini selaras dengan tuntutan Rasulullah s.a.w..

Dalam satu riwayat daripada Aisyah, disebutkan bahawa Nabi S.a.w bersabda yang bermaksud "Tidaklah keturunan Adam melakukan sesuatu perbuatan pada hari nahr yang lebih dicintai Allah selain mengalirkan darah (menyembelih haiwan korban). Haiwan sembelihan itu akan datang pada hari kiamat membawa tanduknya, kukunya, dan bulunya. Sesungguhnya darah haiwan sembelihan itu sampai kepada Allah lebih dahulu daripada sampai ke tanah. Maka sucikanlah diri kamu dengannya." (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tamizi).

Bagi mana yang berkemampuan adalah berkewajipan melaksanakan ibadah ini kerana Baginda Rasulullah S.a.w sendiri pernah bersabda "Barang siapa yang mempunyai keluasan rezeki, lalu tidak berkorban, maka janganlah mendekati tempat solat kami. (Riwayat Ibnu Majah).

Begitulah Ibadah korban ini merupakan antara salah satu ibadah yang menunjukkan keikhlasan dan kesanggupan kita dalam mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Semoga kita semua tergolong dalam kalian mereka-mereka yang beriman dan beramal soleh.. 

Amin..




No comments: