AKU DAN DIA.
PERMULAAN. (01)
Hi,-
Asl plezz-
Area mana tu.-
Bla, bla, bla mencarut lagi dan lagi,
mIRC ( internet relay chat ) ciptaan Khaled Mardam-bey, satu gerbang yang melontar aku untuk mencari beribu dan berjuta-juta kawan di alam maya. Juga diantara penghubung perkongsian minat serta kerenah pelbagai remaja serta dewasa.
Pada usia di sekolah menengah, Ketika jiwa sedang memberontak dan sifat ingin berkenalan membuak-buak, mIRC menjadi satu tempat untuk mencari kawan, pasangan, teman seFly away, dan tidak terkecuali sebagai flatfom melepaskan tekanan serta kemarahan..
Begitu juga aku tidak terkecuali diantara jutaan mereka-mereka yang terjebak dalam wabak chating tersebut.. Hampir setiap hari selepas pulang dari sekolah aku berchating, mencari kenalan-kenalan baru,
TizzyCrazy
Seorang perempuan melalui tulisannya ku simpulkan sebagai seorang yang sedikit gila-gila, keras kepala, degil, dan seorang yang misteri.. berikutan misteri itulah yang membuat aku ingin lebih mengenali beliau. Kami berhubung selama hampir setahun di dalam chating, sebagai seorang sahabat dan kawan, Pelbagai cerita masalah dan kerenah kami suarakan di ruangan tersebut.
Ketika memasuki tahun yang kedua, hubungan menjadi rapat akrab kerana di kesiangan kami berchating pabila malam menjelma kami lanjutkan ketalian suara pula.
Di dalam kegilaan ini dengan tidak pernah bersua muka, muncul satu perasaan yang tidak tersangka-sangka, dan perasaan itu tidak dapat dirungkai oleh kami berdua sehinggalah..
AKHIR TAHUN 2001
No comments:
Post a Comment