Tuesday, June 9, 2015

OH PEMIMPIN KU

Kuala Lumpur
9hb Jun 2015

Mereka berkata tentang menuju ke negara maju, tapi kenapa pemikiran masih ke taraf negara dunia ketiga..

Debat.

"Bukan tradisi"

"Tidak perlu kerana di zaman pemerintahan nya dulu tidak pernah berdebat dengan sesiapa"

Adakah ini pemikiran yang mahu di contohi oleh generasi baru, tidak berani bersemuka ber"debat" tentang pendapat dan pandangan tentang hala tuju dan masa depan??

Lari daripada menjawab sebarang soalan dengan memberi pelbagai alasan sedangkan generasi baru membuak sifat ingin tahu.

Sedang maklumat sepantas cahaya bertaburan, alasan dan pengelakkan bukannya satu tindakan yang bijak dilakukan.

Generasi baru serba maju usah di bodoh-bodohkan dengan kenyataan jawapan budak-budak belasan, kelak diperbodoh dan diketawakan.

Jangan terus-terusan memalukan diri anda sendiri, anda pemimpin peneraju sebuah watan yang lama merdeka dan seharusnya minda juga harus merdeka.

Biar hilang jawatan jangan hilang harga diri di depan generasi baru, kesannya akan kekal hingga akhir hayat.

Oh malaysiaku..

Milik pemimpin berotak beku, sorok tangan selepas membaling batu, tak sedar ramai yang melihat perilaku.

LIHAT GADIS ITU

Kuala Lumpur
9hb Jun 2015

Lihat gadis tu, ada sinar pelangi di mata nya, redup mententeramkan jiwa.

Lihat gadis itu, senyum seindah mawar mekar, buat rusuk mula bergetar.

Lihat gadis itu, sopan tutur kata, terserlah ayu nya, yang memandang pasti terpesona.

Lihat gadis itu, ciptaan terindah dari yang Maha Esa, moga kekal terindah selamanya.

Lihat gadis itu.
Siapakah empunya.
Siapakah namanya.

Lihat gadis itu.

Monday, June 8, 2015

BILA KATA DERHAKA PADA AKAL

Kuala Lumpur
8hb Jun 2015

Pendirian yang di luah khianat jika di tarik balik, muncul rasa tertekan dan goyah bila sekutu menetapkan pendirian..

Kini terhegeh mula mencari alasan untuk tidak hilang kepercayaan, sedangkan sudah parah luka kerna tikaman yang kau lakukan.

Dengan segera meminta perjumpaan di adakan, meminta simpati atau meminta tidak di singkirkan??

Inikah sikap mereka yang mereka mereka agung-agungkan.

8/6/25-9.30am

Sunday, June 7, 2015

SEPAKAT ATAU BERPAKAT

Sejak dari dahulu dia berjalan berseorangan, menentang arus demi menegakkan tujuan penubuhan..

Pantasnya masa berlalu mengubal corak permainan yang sekian lama di mainkan, membuat pengikut mula keliru arah tujuan pertubuhan.

Kini muncul dua tangan bersarung perjanjian mencipta "pakatan" bersama mengharungi arus menentang musuh yang sama.

Dan masa terus berlalu..

Sekarang, setelah "pakatan" tersebut mulai kukuh, musuh pula hampir tersungkur, muncul pula seorang yang ditangannya menggenggam surat tujuan penubuhan.

Dia merasakan masanya telah tiba untuk tujuan penubuhan di laksanakan, tidak perlu berbincang dengan "pakatan" tujuannya murni dan pasti mendapat sokongan.

Sedang musuh hampir tumbang belum lagi ditewaskan, datang dia menghulur tangan memberi bantuan.

Dengan kenyataan inilah tujuan sebenar penubuhan, terus terlupa dia akan perjanjian dengan "pakatan."

Retak meniti belah kata tepat buat perjuangan bersama "pakatan."

Dan "musuh" bergelak-ketawa penuh harapan semula akan kekal sentiasa kerana musnah sebuah "pakatan".

7/6/15-10.30pm