Sunday, June 7, 2015

SEPAKAT ATAU BERPAKAT

Sejak dari dahulu dia berjalan berseorangan, menentang arus demi menegakkan tujuan penubuhan..

Pantasnya masa berlalu mengubal corak permainan yang sekian lama di mainkan, membuat pengikut mula keliru arah tujuan pertubuhan.

Kini muncul dua tangan bersarung perjanjian mencipta "pakatan" bersama mengharungi arus menentang musuh yang sama.

Dan masa terus berlalu..

Sekarang, setelah "pakatan" tersebut mulai kukuh, musuh pula hampir tersungkur, muncul pula seorang yang ditangannya menggenggam surat tujuan penubuhan.

Dia merasakan masanya telah tiba untuk tujuan penubuhan di laksanakan, tidak perlu berbincang dengan "pakatan" tujuannya murni dan pasti mendapat sokongan.

Sedang musuh hampir tumbang belum lagi ditewaskan, datang dia menghulur tangan memberi bantuan.

Dengan kenyataan inilah tujuan sebenar penubuhan, terus terlupa dia akan perjanjian dengan "pakatan."

Retak meniti belah kata tepat buat perjuangan bersama "pakatan."

Dan "musuh" bergelak-ketawa penuh harapan semula akan kekal sentiasa kerana musnah sebuah "pakatan".

7/6/15-10.30pm

No comments: