Kuala Lumpur
3 Nov 2015
Jawapan
Aku percaya akan nama nya jodoh, sebab itu aku masih menanti, malah hingga kini aku masih setia menanti.
Bukan bermaksud menanti itu, aku sekadar berdiam diri. Pernah juga aku mencari. Tapi, seperti kata orang, cinta pertama sukar hendak di lupakan.
Mungkin betul kata mereka. Kerana aku percaya, aku masih terkenang pada kisah lama, masih menanti dan masih mencari dia. Mengharap jodoh itu ada antara aku dan dia.
Jika itu di katakan kolot. Ya, aku mengaku aku memang kolot. Kerana itu cara aku, aku pasti anda juga punya cara anda tersendiri. Bagi aku, sekali bercinta, cinta itu adalah untuk selamanya. Untuk aku bercinta semula, tunjuk kan aku sebab yang nyata untuk aku tinggal kan cinta yang lama, bukan hanya cuma serangkap kata.
Dan semalam.
Ketika malam terus berlalu panjang, hingga mata tidak kenal erti pejam. Saat kenangan lama mula memutarkan cerita cerita silam. Teringat aku pada dia. Sama
seperti ada ketika ketikanya aku terkenangkan dia, saat diri tertanya tanya di mana dia, setelah bertahun cuba mencari tidak pernah jumpa, seperti ghaib begitu sahaja.
Pada masa subuh mula menjelma, saat segala pintu permintaan terbuka, penuh rasa lelah menanti, aku memohon pada yang Esa, kerana aku percaya "jodoh" ada untuk setiap manusia. Tidak sesekali aku meraguikan Nya.
Selang seketika aku capai handphone dan membeleknya. Isu perkembangan dunia yang isi nya semakin kejam meragut nyawa sesama manusia makin berleluasa. Inilah dunia, akhir zaman kata mereka.
Aku terpandang dalam satu ruangan "people you may know". Pantas jari ku menguis ke kiri seolah mencari cari sesuatu. Kemudian jari aku terhenti di satu gambar.
Jantung aku mula berdegup kencang. Perasaan bercampur baur antara gembira dan berduka mula tiba. Ada selang ketika bibir mengukir senyum bahagia.
Inilah wajah yang bertahun bertandang dalam mimpi mimpi aku, hingga mengganggu lena ku.
Inilah wajah yang membuat aku setia menanti dari dulu hingga kini atau mungkin untuk selamanya.
Tapi..
Di dalam gambar nya bukan hanya dia seorang, malah berempat. Ketiga tiganya lelaki, seorang dewasa, dan dua kanak kanak.
Aku teruskan lagi membaca tentang nya. Hingga mata aku terpaut pada satu petikan.
"Married since October 3, 2009"
Aku terdiam seketika.
Hati mula bertanya tentang maksud "penantian".
Aku merenung terus gambarnya. Kemudian aku tersenyum gembira, kerana aku melihat dia tersenyum bahagia.
"Cukup dengan melihat dia bahagia, terasa penantian aku cukup bermakna." Jawab aku pada pertanyaan hati.
Aku pejamkan mata.
Ya. Allah. Bertapa besarnya kasih sayang Mu. Bukan hanya Kau memberikan aku jawapan, tapi Kau juga menghentikan aku dari terus melakukan kesilapan.
Terima Kasih Allah.
Kerana Kau tunjukkan aku jalan untuk melangkah terus ke hadapan.
Ya. Allah. Jika itu takdir yang kau tentukan antara aku dan dia. Aku redha ya Allah. Kau berkatilah hubungan mereka hingga ke jannah.
Dan untuk aku. Pasti yang lagi baik menanti. Itu aku pasti.. :-)
Amin...
No comments:
Post a Comment