8 Nov 2012
0830 ~ 1630
Kuala Lumpur
Cuaca di pagi hari ini tidak aku peduli, kerna aku lewat bangun dan tergesa-gesa bersiap-siap, tanpa memanaskan engine kereta kupandu laju meluru laju untuk pejabat, rasa-rasanya semua yang melintas aku langgar, huhuhu..
Hari ini aku lihat mood bos baik, muka ada senyum, hati ade bunga-bunga, menang KTM (kuda,toto,magnum) kot, tak pun duit jatuh dari langit.. apa pun hari ni tetap ceria, harap keadaan tetap seperti ini sampai aku balik nanti..
Lagi berita baik tentunya buat penyokong-penyokong obama, yang sedia dimaklumkan obama telah dipilih oleh rakyat sebagai pemimpin untuk sepengal lagi..
Berita baik juga bagi keluarga ahmad, mahkamah telah membebaskannya dah pertuduhan akan dibicarakan pada 28hb nov nanti, untuk pengatahuan ramai, ahmad akan dibicarakan atas dua tuduhan dan kedua-duanya dibawak akta hasutan..
Bermula dari pertengahan tahun sampai la ke akhir tahun ini berebut-rebut member-member aku nak mendirikan masjid, ada yang tak sabar-sabar sampai tarikh perkahwinan pun bertindih-tindih dengan kawan-kawan lain.. apa pun harap korang semua happy dan rumah tangga korang berkekalan.. huhuhu.
Disebalik kegembiraan ini, terselit pula episod duka, niat yang suci untuk menyatukan satu pasangan membawa ke malapetaka terhadap diri sendiri.. Tetapi tak semestinya sesuatu yang buruk itu akan sentiasa buruk, pilihan sentiasa ada ditangan kita, aku tahu impian mu mahu seperti orang-orang yang lain, tapi apa kan daya itu yang sudah tertulis, bersyukur lah kau masih lagi diberikan beberapa pilihan.. fikir betul2 dan buat rancangan mengikut keadaan semasa, kawan-kawan sentiasa ada jika kau memerlukan pertolongan.. insyallah.. diatas segala kejadian, pasti ada hikmahnya, bnyak-bnyakkan bersabar kawan, Allah menyayangi orang-orang yang bersabar.. Disebalik segala kesusahan ini pasti ada kebaikan pada masa yang akan datang.. Meminta lah pada Nya, kerana Dia yang lebih mengatahui segala rahsia dalam segala rahsia... Doaku hanya yang terbaik untukmu sahabat, moga-moga dipermudahkan segala-galanya...
"kadang-kadang apa yang paling kita nak itu lah yang kita tidak akan dapat ~"Aryon"..
Follow your dream. Take one step at a time and don't settle for less, Just continue to climb. Follow your dream.... If you stumble, don't stop and lose sight of your goal Press to the top. For only on top can we see the whole view, Can we see what we've done and what we can do; Can we then have the vision to seek something new, Follow your dream.
Thursday, November 8, 2012
Wednesday, November 7, 2012
AKU SEORANG PELAKON
07 Nov 2012
0830 ~ 1630
Kuala Lumpur
Pagi Rabu yang ceria, kelihatan sang mentari dengan angkuhnya menyinari tanah yang bertuah ini meskipun sudah beberapa ketika
tugasnya terhenti disebabkan oleh sahabatnya iaitu awan..
Seperti juga aku, walaubagaimana indah sekalipun mimpi yang aku alami,
tetap perlu aku sedar dari tidur yang lena kerna tugas aku masih belum selesai, skrip telah ku hafal, penghayatan watak masih samar-samar, lakonan aku di pentas dunia ini masih belum berakhir, panduan telah diberi dan soalan telah dibocorkan, aku cuma perlu kuat dan fokus agar aku masih mampu terus berdiri dan melangkah jika aku tersungkur. Aku seorang pelakon, insan yang kekadang alpa dengan kemasyukkan duniawi, tetapi aku tetap pada pegangan ku, lakonanku hanya dikau yang layak menilai, hadiah serta ganjaran bukan hajatan, hanya mencari redha dan restu Mu, agar aku berjaya pentas sementara dan berjaya di pentas kekal abadi..
Dan sama juga seperti hari-hari yang lain, aku mulakan hari dengan langkah yang penuh dengan keyakinan, sebelum ke tempat mencari sesuap nasi, kedai k.k menjadi persinggahan utama, semuanya demi mencari secebis pengetahuan dan maklumat terkini.. Terpampang di ruang-ruang koran kisah persaingan dua penjuru diantara perdana menteri amerika syarikat Obama dan lawannya romney, .. Juga dapat kita saksi bagaimana sistem demokrasi itu betul-betul digunakan di amerika syarikat, berbeda dengan apa yang berlaku di malaysia..
Di amerika ucapan dan penerangan tentang agenda-agenda serta matlamat pemimpin kedua-dua yang bertanding terpampang di kaca-kaca television seluruh amerika,
media masa atau cetak mereka tidak terikat pada apa-apa undang-undang, rakyat amerika juga bebas mengutarakan pendapat mereka.. Berbeda pula dengan situasi
yang berlaku di malaysia, para pemimpinnya menyatakan negara ini mengamalkan sistem demokasi, tetapi sebaliknya pula yang berlaku, media-media di negara ini
dikalung dengan akta cetak dan hasutan, tidakkah itu akan membantutkan serta menakut-nakutkan para penulis untuk melakarkan kebenaran.. Di kaca-kaca televison pula
asyik menyiarkan ucapan serta kata nikmat hanya daripada pihak kerajaan sahaja, tetapi tidak ada sebarang ucapan daripada parti pembangkang.. Dimana demokrasi yang dilaungkan oleh pihak-pihak kerajaan??.. sendiri kita renung-renungkan..
Jam 3.30 petang cuaca terus terik walaupun ada sedikit kemunculan mendung tak bertuan..
hari ini teruk aku dimarahi, rasa nak lempang-lempang je boss tu, sendiri silap taknak ngaku, siap salahkan orang lain.. Pak kantor, lain kali jangan marah2, contohi anak anda yang berbudi bahasa, lagi pekerja senang nak berkomunikasi, kalau marah2, siapa pun takde mood nak buat kerja.. pekerja gembira boss pasti dapat untung, kalau pekerja marah pasti syarikat pelingkup, jahanam + semua yang tidak elok.. (marah ni)...

Tuesday, November 6, 2012
MENTARI MENYEMBUNYIKAN DIRI
6 Nov 2012
08.30 ~ 16.30
Kuala Lumpur
Keadaan cuaca masih lagi seperti semalam lembap dan mendung,
juga kelihatan sang mentari diseliputi gebuan awan tersipu-sipu menampakkan sinarnya..
Seperti juga diriku ini, bermula dengan lesu dan tidak bermaya, setelah perkena kopi secawan baru cergas minda dan mata, nampak semua kerja-kerja yang perlu disiapkan.. huhu
Kebiasaannya sebelum aku melangkah kaki ke pintu office, aku singgah sebentar d kedai mini kk, arahan dilarang membaca tidak aku endahkan, dengan muka yang bongkak dan angkuh, aku capai kepingan akhabar, dibelek-belek depan dan belakang sekadar melihat tajuk2 cerita dan menagih secebis pengetahuan.. terpaku aku seketika pabila melihat "majlis pernikahan bertukar majlis kesyukuran" sebagai permulaan cerita, sempat juga beberapa rangkap perkataan aku baca sebelum keasyikan aku diragut oleh pandangan sinis mat bangla yang berkerja di kedai itu, renungan matanya seperti mengharap aku berambus jika tidak mahu membeli, dengan berat hati dan gulana gundahnya aku meletakkan kembali akhbar tersebut dan mencapai 2 buku roti untuk bekalan kalau-kalau aku lapar nanti..
Dan yang Sebenarnya sudah menjadi kebiasaan aku tidak membeli surat khabar pada hari-hari berkerja, hanya waktu cuti sahaja aku akan membeli itu pun jika bangun awal, bagi aku tiada ketenangan membaca semasa membuat kerja, waktu kerja kita berkerja,
waktu cuti itu hak kita..
Bercakap pasal HAK, semalam di tv2 ada menyiarkan ulang tayang filem p.ramlee yang bertajuk "hang tuah", Masih terpahat kata-kata hang tuah (p.ramlee) di akhir
rancangan yang berbunyi "jebat kah yang benar atau aku kah yang benar", Walaupun filem itu telah ditelan dek zaman, tetapi persoalan itu tetap hidup sehingga ke sekarang, walaupun ada ketika kita digemparkan dengan kepalsuan hikayat hang tuah.. tapi yang penting pesanan dalam filem itu, bagaimana raja menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa dan bagaimana keadilan ditegakkan dalam pelbagai cara, perkataan kenapa dan mengapa perluas digunakan untuk merungkai persoalan itu..
"Tangan sultan yang mencincang" bahu sultan yang memikulnya"
"tuah yang tidak menderhaka dikatakan derhaka, kini jebat yang akan derhaka,
jika suatu hari nanti ada yang bertanya mengapa jebat menderhaka, pasti ada yang menjawab kerana sultan nya yang tidak adil" ( kata2 hang jebat dalam filem hang tuah )
Hahaha. sowy, beremosi sikit mungkin sebab si AHMAD ditahan gara-gara menghina sultan johor, hurm.. bukti penghinaan beliau pada sultan tidak nampak sepatah haram pun, macam mana boleh kene tangkap.. hurmm. musykil.. skrang ni maklumat di hujung jari, kebenaran tak boleh nak sorok2.. ingat ini zaman sultan melaka ke?? hurm.. harap2 takde jebat alaf baru muncul.. huhuhu.. ape pun kita teruskan dengan rencana kita..
Jam 14.40 Bandar kajang di sirami hujan lagi, Benarlah tilikan ahli nujum pengkaji cuaca dijangka hujan pada petang sehingga ke hujung minggu ini. Walaupun hari ini tidak seperti yang aku bayangkan, tetap ada berita yang meriangkan hati ini,
Terima kasih di atas segala kenikmatan dan peluang yang akan dberikan ya Allah.. Mohon berkat Mu agar aku tabah dan kuat menghadapi ujian dari Mu..

Monday, November 5, 2012
KEDINGINAN
5hb NOV 2012
08.30 ~ 16.30
Kuala lumpur..
Kuala lumpur..
Permulaan pagi dengan suasana yang dingin, hujan menyiram tanah tanpa berhenti-henti sejak berminggu lalu menyebabkan pelbagai aktiviti outdoor terhalang,
setitik air menitis di kulit pun sudah rasa hingga ke tulang..
Berkerja pada hari isnin bagai tersedar dari mimpi yang indah, sifat malasnya muncul mencurah-curah seperti empangan yang pecah, tapi apa kan daya, aku kerja untuk hidup.. Sambil menjalankan amanah yang diberi aku terintai-intai diluar jendela mencari sedikit idea dan ketenangan, dengan telinga disumbat dan didendangkan dengan alunan bunyi-bunyian bercampur baur genre muzik mengharapkan penumpuan terhadap kerja meningkat tapi hasilnya hampeh, kekadang fikiran jauh merewang dan kadang pelbagai persoalan muncul di fikiran, walau sejauh manapun hilangnya tumpuan aku, tetap amanah yang diberikan dapat aku selesaikan tepat pada masanya..
Semalam aku ada membaca buku tulisan Syed hussien alattas yang berjudul "Setan, syaitan, sultan".. Bagi seseorang yang telah menulis sejak tahun 1960 lagi, penulisannya sangat ringkas dan mudah difahami.. Buku yang berjudul "setan, syaitan sultan" ini mempunyai pengisian tentang pendapat penulis terhadap keadaan semasa, bagi manusia yang bertuhankan melayu wajib membaca buku ini,
kerna ianya memberi pencerahan pada minda serta mempunyai beberapa fakta yang ditidakkan oleh sesetengah pihak yang berkepentingan..

Aku membaca untuk menambah ilmu pengetahuan dan mencari kebenaran, seperti wajibnya seseorang itu mengenali akan Allah dan siapa dirinya agar mengetahui asal kewujudanya.
semua orang mempunyai hak untuk memilih dan membuat keputusan, tapi apakah berhak seseorang itu menyembunyikan kebenaran.. walau bagaimana pun kita semua mempunyai pendapat tersendiri, kita tidak berhak menjatuhkan hukum, juga tidak berhak menafikan kebenaran..
jadi faham-faham sahaja la..
Suasana waktu petang memperlihatkan hujan terus-menerus membasahi bumi, di tambah pula dengan suhu penghawa dingin dalam pejabat ini,
makin memberatkan lagi mata ini untuk terpejam.. Sejenak di dalam kelekaan ini, teringat pula keadaan di amerika yang dilanda ribut sandy, mengakibatkan puluhan kematian serta kerugian jutaan ringgit..
tertanya-tanya akan aku pada diri sendiri, adakan ini balasan atas penindasan serta kekejaman yang dilakukan amerika terhadap negara-negara lain,
satu persatu musibah melanda negara itu, apa gunanya berkuasa besar dimata dunia jika bencana alam tidak dapat elakkan, melakukan kerosakan dan kezaliman pada negara-negara lain hanya kerana ketamakkan dan keegoan..

Kalau dikehendaki oleh Nya akan sesuatu musibah, tiada sesiapa pun dapat menghalanginya..
Bersyukur tersangat-sangat ke hadrat ilahi atas keselesaan dan segala nikmat,
berdoa sebanyak-banyaknya agar dijauhi segala bencana, amin, amin, amin..

Subscribe to:
Posts (Atom)