08.30 ~ 16.30
Kuala Lumpur
Keadaan cuaca masih lagi seperti semalam lembap dan mendung,
juga kelihatan sang mentari diseliputi gebuan awan tersipu-sipu menampakkan sinarnya..
Seperti juga diriku ini, bermula dengan lesu dan tidak bermaya, setelah perkena kopi secawan baru cergas minda dan mata, nampak semua kerja-kerja yang perlu disiapkan.. huhu
Kebiasaannya sebelum aku melangkah kaki ke pintu office, aku singgah sebentar d kedai mini kk, arahan dilarang membaca tidak aku endahkan, dengan muka yang bongkak dan angkuh, aku capai kepingan akhabar, dibelek-belek depan dan belakang sekadar melihat tajuk2 cerita dan menagih secebis pengetahuan.. terpaku aku seketika pabila melihat "majlis pernikahan bertukar majlis kesyukuran" sebagai permulaan cerita, sempat juga beberapa rangkap perkataan aku baca sebelum keasyikan aku diragut oleh pandangan sinis mat bangla yang berkerja di kedai itu, renungan matanya seperti mengharap aku berambus jika tidak mahu membeli, dengan berat hati dan gulana gundahnya aku meletakkan kembali akhbar tersebut dan mencapai 2 buku roti untuk bekalan kalau-kalau aku lapar nanti..
Dan yang Sebenarnya sudah menjadi kebiasaan aku tidak membeli surat khabar pada hari-hari berkerja, hanya waktu cuti sahaja aku akan membeli itu pun jika bangun awal, bagi aku tiada ketenangan membaca semasa membuat kerja, waktu kerja kita berkerja,
waktu cuti itu hak kita..
rancangan yang berbunyi "jebat kah yang benar atau aku kah yang benar", Walaupun filem itu telah ditelan dek zaman, tetapi persoalan itu tetap hidup sehingga ke sekarang, walaupun ada ketika kita digemparkan dengan kepalsuan hikayat hang tuah.. tapi yang penting pesanan dalam filem itu, bagaimana raja menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa dan bagaimana keadilan ditegakkan dalam pelbagai cara, perkataan kenapa dan mengapa perluas digunakan untuk merungkai persoalan itu..
"Tangan sultan yang mencincang" bahu sultan yang memikulnya"
"tuah yang tidak menderhaka dikatakan derhaka, kini jebat yang akan derhaka,
jika suatu hari nanti ada yang bertanya mengapa jebat menderhaka, pasti ada yang menjawab kerana sultan nya yang tidak adil" ( kata2 hang jebat dalam filem hang tuah )
Hahaha. sowy, beremosi sikit mungkin sebab si AHMAD ditahan gara-gara menghina sultan johor, hurm.. bukti penghinaan beliau pada sultan tidak nampak sepatah haram pun, macam mana boleh kene tangkap.. hurmm. musykil.. skrang ni maklumat di hujung jari, kebenaran tak boleh nak sorok2.. ingat ini zaman sultan melaka ke?? hurm.. harap2 takde jebat alaf baru muncul.. huhuhu.. ape pun kita teruskan dengan rencana kita..
Jam 14.40 Bandar kajang di sirami hujan lagi, Benarlah tilikan ahli nujum pengkaji cuaca dijangka hujan pada petang sehingga ke hujung minggu ini. Walaupun hari ini tidak seperti yang aku bayangkan, tetap ada berita yang meriangkan hati ini,
Terima kasih di atas segala kenikmatan dan peluang yang akan dberikan ya Allah.. Mohon berkat Mu agar aku tabah dan kuat menghadapi ujian dari Mu..
No comments:
Post a Comment