5hb NOV 2012
08.30 ~ 16.30
Kuala lumpur..
Kuala lumpur..
Permulaan pagi dengan suasana yang dingin, hujan menyiram tanah tanpa berhenti-henti sejak berminggu lalu menyebabkan pelbagai aktiviti outdoor terhalang,
setitik air menitis di kulit pun sudah rasa hingga ke tulang..
Berkerja pada hari isnin bagai tersedar dari mimpi yang indah, sifat malasnya muncul mencurah-curah seperti empangan yang pecah, tapi apa kan daya, aku kerja untuk hidup.. Sambil menjalankan amanah yang diberi aku terintai-intai diluar jendela mencari sedikit idea dan ketenangan, dengan telinga disumbat dan didendangkan dengan alunan bunyi-bunyian bercampur baur genre muzik mengharapkan penumpuan terhadap kerja meningkat tapi hasilnya hampeh, kekadang fikiran jauh merewang dan kadang pelbagai persoalan muncul di fikiran, walau sejauh manapun hilangnya tumpuan aku, tetap amanah yang diberikan dapat aku selesaikan tepat pada masanya..
Semalam aku ada membaca buku tulisan Syed hussien alattas yang berjudul "Setan, syaitan, sultan".. Bagi seseorang yang telah menulis sejak tahun 1960 lagi, penulisannya sangat ringkas dan mudah difahami.. Buku yang berjudul "setan, syaitan sultan" ini mempunyai pengisian tentang pendapat penulis terhadap keadaan semasa, bagi manusia yang bertuhankan melayu wajib membaca buku ini,
kerna ianya memberi pencerahan pada minda serta mempunyai beberapa fakta yang ditidakkan oleh sesetengah pihak yang berkepentingan..
kerna ianya memberi pencerahan pada minda serta mempunyai beberapa fakta yang ditidakkan oleh sesetengah pihak yang berkepentingan..
Aku membaca untuk menambah ilmu pengetahuan dan mencari kebenaran, seperti wajibnya seseorang itu mengenali akan Allah dan siapa dirinya agar mengetahui asal kewujudanya.
semua orang mempunyai hak untuk memilih dan membuat keputusan, tapi apakah berhak seseorang itu menyembunyikan kebenaran.. walau bagaimana pun kita semua mempunyai pendapat tersendiri, kita tidak berhak menjatuhkan hukum, juga tidak berhak menafikan kebenaran..
jadi faham-faham sahaja la..
Suasana waktu petang memperlihatkan hujan terus-menerus membasahi bumi, di tambah pula dengan suhu penghawa dingin dalam pejabat ini,
makin memberatkan lagi mata ini untuk terpejam.. Sejenak di dalam kelekaan ini, teringat pula keadaan di amerika yang dilanda ribut sandy, mengakibatkan puluhan kematian serta kerugian jutaan ringgit..
tertanya-tanya akan aku pada diri sendiri, adakan ini balasan atas penindasan serta kekejaman yang dilakukan amerika terhadap negara-negara lain,
satu persatu musibah melanda negara itu, apa gunanya berkuasa besar dimata dunia jika bencana alam tidak dapat elakkan, melakukan kerosakan dan kezaliman pada negara-negara lain hanya kerana ketamakkan dan keegoan..

Kalau dikehendaki oleh Nya akan sesuatu musibah, tiada sesiapa pun dapat menghalanginya..
Bersyukur tersangat-sangat ke hadrat ilahi atas keselesaan dan segala nikmat,
berdoa sebanyak-banyaknya agar dijauhi segala bencana, amin, amin, amin..
berdoa sebanyak-banyaknya agar dijauhi segala bencana, amin, amin, amin..
No comments:
Post a Comment