Monday, June 24, 2013

BLACKOUT #505 PADANG MERBOK

Kuala Lumpur
24 jun 2013






Minggu ketiga yang serabut, yang menaikkan darah, banyak sangat tekanan,  apa pun ini lah kehidupan nak tak nak tetap kena tempuh.. 22hb lalu, bersama gerombolan aku berarak menuju ke padang merbok, berserta semangat lawan tetap lawan aku ikatkan, walaupun kehadiran dianggarkan sebanyak 55k orang bagi aku matlamat utama untuk berhimpun telah berjaya, tapi matlamat serta hasrat puncanya himpunan tersebut masih belum tercapai.. 

Ketahuilah semakin degil mereka, semakin seronok lah anak muda untuk berhimpun.. 

Ketidaktelusan serta kepincangan dalam proses pilihan raya lalu menaikkan kemarahan ramai pihak, dengan bersungguh-sungguh menyatakan dakwat itu kekal, sekarang dengan penuh rasa bersalah dan kesal diluahkan di media cetak.. permainan bodoh apa kah ini, begitu mudah kau nafikan setelah beriya-iya kau mempertahankan.. pelik + ajaib

Berkaitan dengan anak muda mudah terpengaruh, sebenarnya tidak munasabah kerana daya fikir serta pemahaman anak muda sekarang berbeza dengan yang lama, pemikiran ini yang menimbulkan penentangan jika hak mereka dicabuli, anak muda yang berani bangkit untuk mendapatkan hak mereka yang disekat dan dikawal.. bagaimana kemajuan kendiri akan meningkat jika semuanya dikawal, daya fikir sendiri lebih menjurus kepada kemajuan..

Apa pun aku dengan pendapat aku, korang dengan pendapat korang, sendiri punyai hak untuk berhujan, menghasut atau tidak sendiri ada otak boleh fikir, tak tahu baca, tanya, jangan nak telan bulat2, bodoh jika kau dihasut tapi bijak jika kau dituduh menghasut kerana kenyataan kau di ambil berat. ape pun demokrasi in malaysia is dead..

No comments: