Kuala Lumpur ~ 13 jun 2013
TENTANG
Jika
kau berjumpa dengan seseorang yang bisa membuat diri kau tersenyum
riang, apa yang akan kau lakukan? Jika kau bertemu dengan seseorang
yang bisa membuat kau ketawa, apa yang akan kau lakukan? Jika kau
berkenalan dengan orang yang bisa membuat setiap hari-hari kau
bahagia hanya dengan suaranya sahaja, apa yang kau akan lakukan?
Pasti
setiap insan akan merebut peluang untuk memilikinya..
Dia
mampu untuk membuat kau merasa segala rasa yang kau idamkan, tapi
adakah kau mampu untuk memberikan segala keriangan pada dirinya?
Adakah kau mampu setiap saat untuk melahirkan ketawa pada dirinya?
Adakah kau mampu membuat dia bahagia hanya dengan memperdengarkan
dendangan suara kau? Dan yang paling penting adakah kau mampu untuk
memenuhi, mengisi, menghadiahkan segala keinginannya agar dia terasa
seperti bidadari di dunia ini?
Penuhi
segala keinginannya adalah sesuatu yang amat aku ingini dan setiap
orang yang mengingininya, pabila melihatkan pada tahap di mana aku
berada sekarang terasa seperti tak tercapai langit yang tinggi diatas
sana.
Untuk
kau memiliki sesuatu yang bernilai kerahan usaha yang sangat tinggi
dari segala aspek amat diperlukan, perkataan mustahil hanya lah untuk
orang yang tidak berjuang dan hanya menyerah kepada takdir
semata-mata. Hidup ini berliku jalannya, setiap insan punyai watak
dan idealogi yang tersendiri, berjaya atau tidak terpulang pada diri
sendiri, Adakah dengan sedikit dugaan ini kau akan mudah untuk
mengalah?
Aku
seorang yang berfikir sebelum melangkah, dan apabila aku melangkah
aku tidak akan berpatah balik, untuk terkenangkan, memang iya, tapi
hanyalah sekadar renungan bagi aku untuk terus maju kehadapan, soal
perbahasan ini selalu aku kirakan dan perkataan “mengalah” tidak
sesuai digunapakai untuk menjelaskan isu ini, syurgia aku menerangkan
bahawa “tentang aku bukan untuk memiliki tapi tentang aku untuk
memberi”..
Jika
kau tidak memiliki untuk apa kau memberi, tidak kah bodoh tidakan
yang kau lakukan., jika kau tidak memiliki kau akan kehilangan segala
bahagia yang kau ingini segala riang tawa yang kau ada. Lenyap dan
hilang dari pandangan dan dengar rasa kau. Adakah kau rela kehilangan
semuanya..
Aku
memandang perbahasan ini melalui sudut yang berbeza, dan bodoh nya
aku jika menafikan tiada keinginan untuk memiliki, tapi untuk
memiliki aku harus meneliti dan mengenali diri aku sendiri, sebab itu
aku relakan dia berada dihadapan aku agar aku diberi masa bagi
berusaha untuk mengenali diri serta memperbaiki diri dan ekonomi agar
satu hari nanti aku dapat memintas dia dan berada di sisi kanan nya..
dan tentang “tentang aku bukan untuk memiliki tapi tentang aku
untuk memberi” adalah satu kronologi yang berlainan ianya berada
ditengah-tengah keinginan dan kepasrahan, di mana konsep memiliki
berada di tong sampah dan memberi menjadi satu keutamaan. Pernah aku
dengar satu ayat “tidak salah jika kau menjayakan seseorang jika
itu akan memberi satu kemenangan”..
Bukankah
itu mementingkan diri sendiri, kerana kau menyatakan hanya tentang
kau sahaja tanpa mengira perasaan dia tentang kau terhadap kau, tidak
kah kau tahu dengan perbuatan kau akan mendatangkan ketidakselesaan
dan serba salah bagi dia. Jika kau bertentang isu dia saja bagaimana
pula dengan kau?
“Harapan”,
sesungguhnya aku bukan seseorang yang suka mengharap, jika aku ingini
sesuatu aku akan cuba gapai sendiri tanpa mengharap, dapat atau tidak
soal kedua. Dan aku harap dia juga begitu, soal ketidakselesaan dan
serba salah aku pasti dia mengerti, bukan sebab aku mengenali dirinya
tapi sebab daya pemikirannya. Soal aku. Hahaha.. aku lelaki tanpa
hati, kerna hati aku dah lama dimiliki tanpa dipulang, memang aku
juga manusia, punya perasaan tapi aku manusia yang meletakkan
perasaan ditepi meja kerja aku, dan mengantikan tujuan sebagai
sasaran.. Itu lah kisar aku..
Bagaimana
orangnya yang menyebabkan kau mengariskan tentang “tentang aku
bukan untuk memiliki tapi tentang aku untuk memberi”..
Sudut
penilaian seseorang berbeza daripada orang lain, dan aku memandang
daripada sudut yang berbeza, setiap manusia tidak pernah lari
daripada ketidaksempurnaan, begitu juga aku, dia dan semua orang
memiliki kekurangan, tapi melalui ketidaksempurnaan itu yang
menjadikan seseorang itu miliki keistimewaan, dan keistimewaan itu
yang aku dapat lihat dari dia, dan sebab itu jugalah terciptanya
tentang “tentang aku bukan untuk memiliki tapi tentang aku untuk
memberi”..
Bermacam-macam
lagak dan gaya manusia di dunia ini, kau pun salah seorang dari
mereka-mereka. Dan hanya kau saja yang tahu apa yang kau lakukan,
Dunia ini berliku jalannya, dah sebab berliku lah ianya menjadi
cabaran. Aku harap jika jatuh kau bangun la cepat, jika sakit kau
berubat la cepat dan jika kau temui apa yang kau inginkan gapai lah
secepat yang kau dapat sebab dunia berliku ini sangat singkat
waktunya. Tidak terhitung masa yang terbuang tidak terkira memori
yang hilang..
No comments:
Post a Comment