Kuala Lumpur
28.10.2013
Bulan oktober yang kusut.. Beberapa insiden yang berlaku menjadikan aku lebih tabah dan matang.. Malam tadi Manchester City kalah dengan Chelsea tu pn gara-gara kesalahan mudah yang dilakukan oleh defence Manchester City.. Sama macam kekalahan Takara Fc kemarin, disebabkan oleh kesilapan defence jugak.. hahaha..
Berbeza pula jika kita menang tapi terpaksa menanggung aib seperti kita yang tewas, Half pertama selesa mendahului dengan 5 berbalas kosong tapi perlawanan terpaksa diberhentikan kerana gara-gara pertelingkahan dengan pengadil perlawanan, Sehingga aku terpaksa menyaksikan adegan pengadil perlawanan dilempang oleh rakan sepasukan aku..
Terkaku aku tanpa suara, sedih sangat2 melihat kejadian yang berlaku, kegagalan aku sebagai ketua pasukan mengawal rakan membuat aku tertanya tanya "Apa kah tugas aku"...
Terus fikiran aku jauh terbang memikirkan perkara-perkara yang bakal berlaku akibat insiden yang telah berlaku...
"Abu bodoh!!"
"Aku tak nampak satu pun daripada korang bersatu hati"
"Sorang pun tak nak backup aku"
bla, bla, bla lagi lagi dan lagi kata kata makian dan cacian..
Tiada kata yang mampu aku keluarkan untuk membalas tomahan yang dilemparkan, diam aku melihat mulut mulut itu mengeluarkan kata kata yang lahir daripada pemikiran yang tidak aku sendiri fahami..
Argue dengan pengadil perlawanan bukan satu permasalahan tapi menyentuh Pengadil perlawanan satu kesalahan dan melaksanakan hukuman ke atas pengadil tanpa hak adalah satu kesilapan..
Dan yang bakal menanggung akibat atas segala kesalahan perbuatan yang korang lakukan adalah PASUKAN bukan individu.. Rakan sepasukan bukan budak budak umur 5 tahun yang tidak boleh berfikir, Segala percakapan perbuatan dinilai oleh mereka-mereka..
Pasukan ini bukan diuruskan oleh aku seorang tapi diuruskan oleh ahli pasukan bersama, segala taktikal dan percaturan perlawanan diuruskan bersama, segala pendapat yang diterima diambil kira dan dibincangkan bersama, melalui kata sepakat aku di anggap sebagai penentu segala perbincangan.. Segala keputusan yang keluar daripada mulut aku adalah daripada segala perbincangan bersama...
No comments:
Post a Comment