Wednesday, December 4, 2013

DISEMBER RAIN

Kuala Lumpur
4hb Disember 2013


Hujan itu satu rahmat bagi siapa yang mendalami serta mengetahui akan maksudnya...

Hujan yang berlarutan selama lima hari menyaksikan tiga buah negeri dilanda banjir dan hampir 19ribu penduduk terpaksa dipindahkan  di pusat-pusat pemindahan.. Antara negeri yang dilanda banjir adalah Pahang, Terengganu dan Johor, senario ini sebenarnya tidak asing untuk kita lihat kerna saban tahun ianya berlaku di tempat-tempat tersebut.. 

Akan tetapi apa yang menghairankan adalah apakah tiada langkah-langkah daripada kerajaan pusat mahu pun kerajaan negeri dalam mengatasi masalah berikut.. "Mencegah lebih baik daripada berubat" adalah satu peribahasa yang dapat merungkai segala permasalahan tersebut.. Ekoran daripada ketidakcekapan tesebut penduduk terpaksa menanggung kerugian dan ada kehilangan tempat tinggal... 

Kita tidak boleh menghalang hujan daripada turun tapi kita boleh mencegah banjir daripada berlaku..

Harapan serta permintaan semoga di musim basah tahun depan tiada lah lagi hendaknya masalah banjir yang melanda..  

Owh, agak-agak KL kalau hujan lebat boleh dilanda banjir tak?? saja nak tanya...
hullahup... 




No comments: