Sunday, December 1, 2013

PERKAHWINAN

Kuala Lumpur
1hb Disember 2013


Permulaan haribulan di bulan yang terakhir dalam tahun 2013, satu hal yang merugikan jika tidak dihargai, iaitu masa yang terluang dan kesihatan.. Menulis di pagi hari mencari sedikit pencerahan dan mood untuk menulis, lately ni menulis bukan lagi satu keutamaan aku, tengah mencari mood menulis semula.. "Raksasa" rangka-rangka cerita dah siap tapi penulisan belum bermula sebab masa tidak mengizinkan... Aku sekarang membuat apa yang spongebob squarepants buat.. hahahahaha...

Tahniah buat sepupu aku Nur ain binti Hasni kerana selamat bernikah semalam, Walaupun hujan bersama bermula majlis hingga ke akhir tetap tidak menghalang orang datang menghadirkan diri.. Semoga Allah Memberkati kalian dan sentiasa mengurniakan rahmatNya kepada korang berdua.. Sorry sebab tak dapat stay lama kat sana, nanti kalo ade masa terluang kita jumpa-jumpa la.. Semoga di hari yang penuh berkat semalam juga memberi keberkatan kepada makcik aku untuk sembuh dan ingat semula.. seronok kalau dia dapat berjalan dan ingat semula... Sama2 kita doakan.. amin..

Bertubi-tubi soalan berkenaan perkahwinan diajukan kepada aku dan sepupu aku ijam, usia sudah melawati 28 tahun tapi masih belum 30 tahun so relex brother.. Belum sampai seru, hahahha.. jawapan melarikan diri yang mudah tapi penuh soalan masih belum terputus.. huhuhu.. Banyak juga idea yang diberikan tapi pokok pangkal tetap aku yang tentukan.. terima kasih kepada semua yang mengambil berat.. lalala.. huhuhuhu... apa pun gembira dapat berkumpul semua semalam gelak tawa seperti dahulu sampai aku semput lol.. hahahaha...

ok.. cukup setakat ini, banyak cerita lagi tapi nanti bersambung lagi..

 

No comments: