Tuesday, July 22, 2014

MALAM TERAKHIR

Kuala Lumpur
22 July 2014
24 Ramadan


Pantas masa berlalu sehingga sedar tidak sedar sudah hampir berakhir bulan Ramadan, bulan di mana amalan yang dilakukan akan dilipatkali gandakan. Dalam 10 malam terahkir Ramadan ini, pasti ramai yang mencari malam Lailatuqadar dan pasti ramai yang akan menghidupkan malam malam tersebut dengan amalan-amalan sunat bagi meraih pahala berlipatkali ganda.

Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah al-Qadr (ayat 1-5) yang bermaksud:  
 "Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam Lailatulqadar, dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatulqadar? Malam Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan.Pada malam itu, turun Malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"

Dalam ayat di atas, Allah SWT menerangkan bahawa Dia telah menurunkan al-Quran al-Karim pada malam al-Qadar. Ini adalah bukti jelas dan nyata tentang keutamaan, kemuliaan, keberkatan dan keistimewaan malam Lailatulqadar. Malah, jika dihitung dan dikira; seribu bulan adalah bersamaan dengan 83 tahun dan empat bulan, ini bermakna bahawa satu malam ini sahaja adalah lebih baik daripada seluruh umur seseorang. Ia secara jelas menunjukkam bahawa keistimewaan malam tersebut tiada tolok bandingannya lagi.

Malam Lailatulqadar merupakan malam yang sengaja dirahsiakan oleh Allah SWT sebagai satu ujian kepada semua umat Islam dalam mencari rahmat dan kasih sayang Nya. Dan bagi mereka mereka yang benar-benar beriman kepada Allah SWT, maka mereka akan lebih ghairah dan teruja mencari keredhaan dengan memperbanyakkan amalan dalam meraih ganjaran pahala yang berlipat kali ganda daripada Allah SWT di penghujung Ramadhan ini.

Justeru itu, ayuh semua kawan-kawan ku yang beraga Islam marilah kita mencari dan merebut Lailatulqadar.  Kata ini juga bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Carilah malam Lailatulqadar pada 10 malam terakhir" (hadis riwayat al-Bukhari). Dalam salah satu riwayat yang lain, dinyatakan juga bahawa Rasulullah SAW melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib. Baginda tidak akan melalui ayat rahmat kecuali berharap agar Allah memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat azab kecuali memohon perlindungan daripada Allah daripada azab itu.
  
Semoga, dalam menghitung hari-hari terakhir Ramadhan kita semua dapat bermuhasabah diri dan merenung kembali pengisian yang telah kita laksanakan sepanjang tempoh tempoh hari yang telah berlalu pergi ini. Jika, masih terdapat banyak lagi kelemahan dalam mana kita melunaskan puasa kita sebelum ini, maka masih belum terlewat untuk kita memperbaiki kelemahan tersebut agar kita mampu mencapai takwa dalam erti kata yang sebenar-benarnya.


Tuesday, July 15, 2014

TERKINI

Kuala Lumpur 
15 July 2014 
16 Ramadhan


Bumi Palestin terus menerus di cerobohi dengan bedilan-bedilan bom. Tanpa kenal erti kasihan mereka terus melakukan kekejaman. Angka korban terus meningkat dan separuh daripadanya adalah wanita dan kanak-kanak.

"Perangilah mereka, niscaya Allah akan menghancurkan mereka dengan (perantaraan) tangan-tanganmu dan Allah akan menghinakan mereka dan menolong kamu terhadap mereka, serta melegakan hati orang-orang yang beriman.."


 
Terjemahan teks penuh kenyataan Briged Izzuddin Al-Qassam berkenaan khabar angin tentang gencatan senjata di Gaza.

Perang Dedaun Hancur

Berkenaan cubaan penyebaran berita angin bahawa berlaku
gencatan senjata yang dikatakan antara pejuang Palestin dan musuh Zionis, demi untuk mengelakkan kekeliruan kita di Briged Izzuddin al-Qassam ingin menegaskan kepada rakyat dan menekankan yang berikut:

Pertama, tiada sebarang pelawaan atau permintaan secara rasmi mahupun tidak rasmi akan inisiatif gencatan senjata ini.

Kedua, adapun jika benar adanya inisiatif gencatan senjata sebegini, maka sesungguhnya ia adalah satu bentuk ketundukan dan kenaifan, kami di Briged Al-Qassam senolaknya secara umum mahupun khusus. Dan bagi kami ia tidak sama dengan dakwat yang ditulis.

Ketiga, sesungguhnya peperangan kami dengan musuh akan diteruskan dan akan menjadi semakin keras dan kuat, sehingga menebus darah para syuhada yang terkorban di dalam peperangan kali ini yang tidak berdosa dan semua rakyat yang terkorban.

Kami berjanji dengan rakyat kami bahawa darah dan pengorbanan yang dicurah tidak akan hilang sia-sia, dan tidak akan dinafikan haknya oleh sesiapa pun yang berada di dunia ini.



Untuk segala info berkenaan di gaza boleh rujuk di Aman Palestin

Friday, July 11, 2014

INDAH

Kuala Lumpur
11 July 2014
12 Ramadhan


Bulan Ramadhan membawa setiap yang beragama islam melakukan amal melebihi bulan-bulan yang lain. Bersedekah melebihi pada bulan-bulan yang lain. Dan menyatap sayu menyerah diri, semuanya hanya kerana Allah.

Seperti mendengar kata-kata daripada Allah, indah dan syahdu memanggil aku dan menyakini aku. Terus ke jalan yang lurus, yang ini jalan yang telah Dia kurniakan kepada mereka yang terpilih dan bukannya jalan yang Dia murkai dan juga bukan jalan orang-orang yang sesat.


A027
(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -

A028
"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! - 

A029
"Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -  

A030
"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! " 

Surah Al-Fajr - Ayat 27 ~ 30

Sungguh indah akan kata-kata Nya. Menjadi panduan pada semua yang membaca, menjadi pedoman pada mereka yang leka, memperkuatkan iman pada mereka yang percaya dan terus beriman pada Nya.

Ameen..

Thursday, July 10, 2014

SAVEGAZA

Kuala Lumpur
10 July 2014
11 Ramadhan


Dalam keriuhan dan kegembiraan menyambut ramadhan, jangan kita lupa bahawa saudara kita yang berada di gaza. Bertumpah darah bertahan daripada ancaman Israel sehingga kehilangan orang-orang yang mereka sayang. Di sana, di mana hilangnya nilai-nilai kemanusiaan, sifat tamak telah menguasai diri dan memperlihatkan mereka menganiaya orang islam selama bertahun-tahun lamanya. Banyak nyawa telah dikorbankan, ibu-ibu kehilangan anaknya, abang kehilangan adiknya dan anak kehilangan ibubapanya. 

Sampai bilakah kekejaman ini akan terus-terusan. sampai bila darah suci Islam akan terus mengalir membasahi tanah palestine? Sampai Bila?

Pernah ada yang bertanya "mengapa mereka tidak beredar sahaja ke tempat yang lebih selamat.?"

Dan jawapan mereka adalah "Jika kami keluar dari tanah ini (palestine), maka siapa lagi yang akan menjaga MAsjid suci Al-Aqsha, Siapa lagi akan menjaga tanah wakaf umat islam? biarlah kami tetap disi, mewakili kalian ( Seluruh umat Islam di dunia), Saudaraku."

Lihatlah akan pengorbanan yang mereka buat untuk kita, sedarkah kita bahawa mereka sedang mewakili kita untuk melindungi tanah suci palestine, di mana kewajipan kita terhadap mereka saudara-saudara kita semua, di mana kewajiban kita menjada warisan umat?.

Semoga Allah memuliakan mereka semua..

Ayuh bangkit dan sedarlah dari tidur yang lena, di sini kita tidak perlu untuk kita menangkat senjata, sekadar yang mampu kita mengangkat tangan memohon doa pada yang Esa. Sesungguhnya senjata yang paling kuat bagi Umat islam adalah berdoa. Jika yang berkemampuan, berikanlah sedikit rezeki kamo pada mereka-mereka yang menghulurkan bantuan pada saudara kita di sana.

Usah kita pejamkan mata, pekak kan telinga. Ayuh bangkitlah semua bantulah saudara kita yang sedang ditindas dengan memberikan pelbagai sumbangan selagi ada daya termampu kita.. Ayuh bangkitlah..



Wednesday, July 9, 2014

DOA SYAIKH MUHAMMAD AL MOHAISANY

Kuala Lumpur
9hb july 2014
11 Ramadhan

Ini adalah doa daripada Syaikh Muhammad Al Mohaisany imam Masjidil Haram, Makkah.
sejurus beliau selesai berdoa, beliau telah ditangkap.

Sama-sama kita saksikan..
 

ADEUS BRAZIL

Kuala Lumpur
9hb july 2014
11 Ramadhan




ADEUS BRAZIL (Selamat tinggal Brazil.)

Bagai tidak percaya, Pilihan utama kejuaraan piala dunia juga tuan rumah pada edisi piala dunia 2014 kali ini di malukan dan di hina dilaman sendiri selepas tewas dengan jaringan besar 7 berbalas 1. 

Bermain tanpa beberapa tonggak utama pasukan nyata merencatkan bahagian pertahanan dan bahagian serangan. Tetapi inilah yang dikatakan bola sepak, apa-apa boleh terjadi biarpun masa masih perlawanan masih lagi berbaki 1 minit. 

Pagi tadi ternyata corak yang diterapkan oleh Luiz Felipe Scolari iaitu jurulatih brazil tidak berjaya, malah mengundang malapetaka apabila skuad bimbingannya di hina sebegitu rupa.

Tidak terkecuali juga aku, yang nyata gah dengan sokongan terhadap pasukan Brazil bertalu-talu menerima pesanan ringkas daripada pengkritik-pengkritik bebas. 
walau apa pun, aku tetap merasa bangga dengan pasukan brazil kerana tidak menyerah kalah dan tetap berusaha mencari jaringan walaupun hanya memperolehi satu goal sahaja.





Monday, July 7, 2014

RELEVEN ATAU TIDAK

Kuala Lumpur
7hb july 2014
10 Ramadhan


"Satu untuk semua, semua untuk satu"

Satu perkataan yang aku pegang dulu, satu perkataan yang di lihat dari mata seorang lelaki tak peduli keadaan sekeliling. Satu perkataan di mana menjadi satu azimat yang kekal dalam berhubungan. 

Sedang masa berlalu kencang, putaran bumi terasa pantas, hari demi hari berlalu. Pelbagai benda berubah dan semua manusia berubah, juga bila mana kenyataan itu juga turut berubah pasti seseorang manusia akan turut berubah.

Sekarang "perkataan" itu bagai tidak releven. Satu untuk semua, bagaimana satu itu boleh untuk semua jika semua itu tidak sama keinginannya. Kejar mengejar, cakar bercakaran lumrah hidup di dunia. Yang kaya sentiasa kaya yang miskin terus merundum kerana kepincangan sistem pentadbiran. Bukankah seharusnya satu itu dikongsi bersama agar semua mendapat rasa segalanya.

Semua untuk satu. Dari keinginan yang berbeza-beza tetap satu menjadi persamaan, 
"kekayaan" semua mengimpikan untuk menjadi kaya, baik yang miskin atau kaya tetap mencipta angan-angan terus menuju kekayaan. Di mana keinginan di pacu dalam satu aspek yang kuat tetap berkuasa dan yang lemah pasti menjadi mangsa. Juga pasti bila manusia Bertongkatkan nafsu segala rasa simpati dan nilai kemanusiaan hilang sekelip mata, dari Semua untuk satu, jadi semua untuk semua.

Pemikiran membentuk seseorang, dari segi mana semuanya di selaras mengikut pemikiran seseorang, kadang-kadang untuk di ubah seseorang itu, mereka mesti merasa pahit dan sensaranya kehidupan. Baru lahir satu azam dan satu pemikiran. Baik atau buruk bergantung keteguhan imah. ada yang memilih jalan putih menuju ke hadapan, dan ada juga tidak terkecuali memilih jalan hitam tetap menuju ke hadapan. Samanya mereka terus kehadapan..

Tidak terkecuali aku pengajaran atau pelajaran yang terbaik adalah daripada kehidupan. kekuatan menilai atau berfikir lahir dari kehidupan. Menjalani atau menempuhi liku-liku kehidupan dari sudut berbeza dari pemikiran berbeza. kesimpulan tentang kehidupan tidak akan berakhir tapi terus menerus bermula. Berfikir dari luar kotak tentang kehidupan, tentang sekeliling yang hidup dan dunia yang serba pantas. Jadilah aku yang kini aku.. 

JANJI

Kuala Lumpur
7hb July 201
10 Ramadhan 

Janji itu memutar sejuta harapan dan menghunus seribu impian dalam perjalanan menuju hadapan. Sering bertanya harga janji seorang manusia sesama manusia, serapuh daun layu atau sekental badai lautan. 

"Jangan di pegang janji manusia, kerna mereka tidak sempurna."

 Tapi aku juga manusia, hidup di kalangan manusia, pernah mengucap janji pernah memungkiri janji, adakah kata-kata aku nilai tiada kerna aku manusia, sedangkan aku sendiri mahu janji yang diberi ditepati.

"Kejar janji yang pasti, janji dari yang Maha Esa."

Janji itu adalah pasti, juga aku dan semua tidak lari dari apa yang dijanjikan. Jangan persoalkan janji yang ditulis Pencipta segala, kerna dia Maha mengetahui segalanya.

Tapi cerita aku tentang manusia yang mengukir janji dan memungkiri janji. Hidup seorang lebih baik hidup dalam hutan, sendirian tanpa perlu berjanji janji, ini hidup berjuta teman berjuta pemikiran masing-masing saling berkejaran dalam kehidupan. 

Semua tidak pasti pernah berjanji, tapi adakah semua janji yang diberi mereka penuhi tepati. Memang tidak berniat untuk memungkiri, tapi pasti tak pernah berfikir tentang janji yang diberi, hanya ikut sedap rasa kemudian hari sesal sendiri tak terkata. Manusia tetap manusia ciptaan yang sempurna, diberi nafsu sebagai dugaan untuk menuju ke kesempurnaan. Relavenkah alasan "ketidaksempuraaan" itu digunakan, sedangkan akal fikiran yang mengorak arah tujuan. Nasfu menjadi ikutan dan terciptanya janji dari manusia yang di topengkan syaitan.

"Berfikir sejenak lebih baik dari bertindak terus"

Manusia dipacu oleh pemikiran dan disertakan dengan tindakan, jika di tepikan fikiran yang tinggal pasti nafsu yang ditemankan syaitan. Sejenak berfikir mengikut iman dan panduan sebelum ucap kata-kata penuh makna dan janji tanpa sempadan. Tak salah berjanji tapi salah kerna memungkiri. Tak boleh sila jauhi, kalau boleh sila tepati. Janji itu dan ini semudah melangkah kaki, memenuhi kata janji pasti sukar tanpa kaki untuk melangkah.

"Sila janji jika pasti boleh tepati, jangan berjanji jika tahu ia akan menyakiti."

07072014-AbuGarcia-Ramadhan