Kuala Lumpur
16 Sep 2014
Malaysian days..
Assalamualaikum semua.
Selamat menyambut hari malaysia kepada semua penduduk malaysia semoga di hari-hari berikutnya menambahkan ukwah serta satu padu antara kita berbangsa semua hendaknya..
Sebulan berlalu dari akhir penulisan, bukan tiada idea tetapi kesibukkan melanda-landa.. Alhamdulillah kepada Nya atas segala pemberian dan rahmat ke atas semua manusia juga terhadap aku.. Mengingatkan memberi petunjuk tanpa penah jemu membawa aku ke arah yang lebih baik..
Pilihan sentiasa ada walaupun kita di jalan terakhir, gunakan peluang dengan sebaiknya tanpa ada penyelesaian di akhir nanti.. Pada mereka yang merasakan sedang berada di jalan buntu, sejenak pejamkan lah mata anda dan renung kembali apa kemungkinan yang anda terlepas, Insyallah pasti ada jalannya..
Untuk sekian kalinya aku memilih kerja daripada kerjaya, mengambil satu langkah yang nyata bukan kegemaran yang sentiasa aku lakukan. Seperti kata di atas pilihan sentiasa ada, dan ini adalah pilihan yang aku buat.. Tercampak kembali aku ke dunia yang pernah bertahun aku tinggalkan.. Sedar tak sedar sudah hampir sebulan aku disini.. Alhamdulillah aku gembira..
Tidak perlu banyak menggunakan akal fikiran, cuma memerlukan penelitian dan ketepatan masa.. Banyak berkomunikasi dengan pelbagai kerenah orang, kekadang lebih banyak aku ketawa sendiri melihat latah mereka-mereka..
Ada yang pernah berkata mengapa lama tidak melakar tulisan?
sekarang banyak aku titipkan karangan ke laman tweeter, penulisan dari segala sudut pandangan, menulis kala senang atau suram waktu, cakaran yang tidak mahukan sesiapa paham tetapi mahu seseorang buat pedoman tauladan dalam kehidupan...
No comments:
Post a Comment