Monday, December 21, 2015

TAK PEDULI

Kuala Lumpur
21 Dec 2015

Tak peduli

Ada diri yang tersendiri dalam kumpulan manusia yang tak peduli,
Perlahan lahan di biar mati lalu semua pergi teruskan perjalanan teruskan perbualan.

Kemudian hadir satu golongan berpakaian putih suci, mencaci maki si jasad tadi dengan hujah yang mereka sendiri tak pasti tak mengerti.

Si wartawan mula memicit kamera, mencari bahan buat akhbar, usul cerita di reka reka tanpa peduli perasaan keluarga, janji jualan boleh berganda ganda.

Tinggal lah terdampar jasad tadi tak diurus malah di keji sedang mata mata banyak yang memerhati, aku busy aku busy kata mereka.

Memang begini resam manusia, saling mengejar kehidupan dunia, bangsa lagi mulia dari saudara seagama, hingga di laung laung setiap masa.

Tak peduli tak peduli.

Monday, December 14, 2015

AJARKAN ERTI CINTA

Kuala Lumpur
14 Sep 2015

Ajarkan erti cinta.

Tubuh ini hanya sebuah tulang, daging dan darah,..
Tulang yang sama, apapun ras dan sukunya,..
Daging dan darah yang sama,..
Tak ada yang berbeda selain bagaimana mereka mencerna hidup mereka,..
Tak ada yang memilih bagaimana dilahirkan,..
Tak ada yang bisa terjadi dalam kehidupannya,..
Mereka hanya memilih dengan apa yang dilihat apa yang dikerjakan tiap harinya,..

Kemarahan tak akan merubah apapun,..
Kemarahan hanya akan membuat mata kita kian menutup,..
Ketidak perdulian yang berdiri diatas rasa ketidak ingin tahuan,..
Membuat sebuah jurang besar, namun terkadang manusia tak pernah melihat,..
Pun tak mau tahu oleh siapa jurang itu dibuat,..

Cenderung menyalahkan,..
Pun juga takut untuk berjuang,..
Membenci hanya kosong,..
Namun ajarkan mereka cinta agar mereka tahu bagaimana mencintai

Monday, November 23, 2015

JAWAPAN

Kuala Lumpur
3 Nov 2015

Jawapan

Aku percaya akan nama nya jodoh, sebab itu aku masih menanti, malah hingga kini aku masih setia menanti.

Bukan bermaksud menanti itu, aku sekadar berdiam diri. Pernah juga aku mencari. Tapi, seperti kata orang, cinta pertama sukar hendak di lupakan.

Mungkin betul kata mereka. Kerana aku percaya, aku masih terkenang pada kisah lama, masih menanti dan masih mencari dia. Mengharap jodoh itu ada antara aku dan dia.

Jika itu di katakan kolot. Ya, aku mengaku aku memang kolot. Kerana itu cara aku, aku pasti anda juga punya cara anda tersendiri. Bagi aku, sekali bercinta, cinta itu adalah untuk selamanya. Untuk aku bercinta semula, tunjuk kan aku sebab yang nyata untuk aku tinggal kan cinta yang lama, bukan hanya cuma serangkap kata.

Dan semalam.
Ketika malam terus berlalu panjang, hingga mata tidak kenal erti pejam. Saat kenangan lama mula memutarkan cerita cerita silam. Teringat aku pada dia. Sama
seperti ada ketika ketikanya aku terkenangkan dia, saat diri tertanya tanya di mana dia, setelah bertahun cuba mencari tidak pernah jumpa, seperti ghaib begitu sahaja.

Pada masa subuh mula menjelma, saat segala pintu permintaan  terbuka, penuh rasa lelah menanti, aku memohon pada yang Esa, kerana aku percaya "jodoh" ada untuk setiap manusia. Tidak sesekali aku meraguikan Nya.

Selang seketika aku capai handphone dan membeleknya. Isu perkembangan dunia yang isi nya semakin kejam meragut nyawa sesama manusia makin berleluasa. Inilah dunia, akhir zaman kata mereka.

Aku terpandang dalam satu ruangan "people you may know". Pantas jari ku menguis ke kiri seolah mencari cari sesuatu. Kemudian jari aku terhenti di satu gambar.

Jantung aku mula berdegup kencang. Perasaan bercampur baur antara gembira dan berduka mula tiba. Ada selang ketika bibir mengukir senyum bahagia.

Inilah wajah yang bertahun bertandang dalam mimpi mimpi aku, hingga mengganggu lena ku.
Inilah wajah yang membuat aku setia menanti dari dulu hingga kini atau mungkin untuk selamanya.

Tapi..

Di dalam gambar nya bukan hanya dia seorang, malah berempat. Ketiga tiganya lelaki, seorang dewasa, dan dua kanak kanak.

Aku teruskan lagi membaca tentang nya. Hingga mata aku terpaut pada satu petikan.

"Married since October 3, 2009"

Aku terdiam seketika.

Hati mula bertanya tentang maksud "penantian".

Aku merenung terus gambarnya.  Kemudian aku tersenyum gembira, kerana aku melihat dia tersenyum bahagia.

"Cukup dengan melihat dia bahagia, terasa penantian aku cukup bermakna." Jawab aku pada pertanyaan hati.

Aku pejamkan mata.

Ya. Allah. Bertapa besarnya kasih sayang Mu. Bukan hanya Kau memberikan aku jawapan, tapi Kau juga menghentikan aku dari terus melakukan kesilapan.

Terima Kasih Allah.
Kerana Kau tunjukkan aku jalan untuk melangkah terus ke hadapan.

Ya. Allah. Jika itu takdir yang kau tentukan antara aku dan dia. Aku redha ya Allah. Kau berkatilah hubungan mereka hingga ke jannah.

Dan untuk aku. Pasti yang lagi baik menanti. Itu aku pasti.. :-)

Amin...

Saturday, October 17, 2015

HAKIKAT

Kuala Lumpur
17hb Okt 2015

Hakikat.

Kadang-kadang kita harus sedar, walau bagaimana usaha dicurah sekalipun, belum pasti apa yang kita hendak akan kita dapat.

Takdir.

Kejar lah walau berjuta batu jaraknya.
Terbang lah sehingga ke langit tinggi.
Renang lah walau lautan api halangan nya.

Jika ia bukannya di takdirkan milik kau. Tetap ia bukan milik kau.

"Pantang menyerah sebelum kalah."

"Tetap berharap."

Jika sebulan dua, atau setahun dua mungkin mampu kau tunggu. Bagaimana jika sepuluh atau dua puluh tahun. Rela kau tunggu??

Dia gembira kau menanggung derita..

Setia hingga hujung nyawa. Perkataan yang mudah di tulis tapi sukar di terjemahkan.

Walau apa pun. Semuanya tidak mustahil.. Tiada apa yang pasti.  Jika risiko yang kau perkatakan, maka teruskan lah..

Tapi jangan kau menyesal..

"Setiap orang punya jodoh masing2, cepat atau lambat, siapa atau kenapa jangan dipersoalkan.. Percaturan Nya adalah yang terbaik.. Berserah saja lah."

JEANS

Kuala Lumpur
17 Oct 2015

JEANS

Ada seorang lelaki yang sangat menyukai jeans dan membuka sebuah kedai jeans dan menjual pelbagai jenis jeans.

Suatu hari datang seorang pelanggan wanita ke kedainya,  dia mencari jeans yang sepadan mengikut citarasa nya.

Lama dia mencari, akhirnya dia memilih satu, malangnya wanita  tersebut mahu jeans itu diubah suai.

Pemilik tersebut merasa berat hati untuk mengubah suai jeans itu kerana baginya jeans yang asal sudah cukup sempurna.

Tapi memandang kan ia adalah kehendak wanita itu sebagai seorang pelanggan, pemilik dengan berat hati mengubah suai jeans itu mengikut cita rasa wanita berkenaan.

Bila sudah selesai mengubah suai jeans tersebut, pemilik itu menyerahkan jeans kepada wanita itu untuk dicuba.

Wanita itu kemudian nya berkata. "Maaf saya tidak jadi untuk membeli jeans ini"

Pemilik jeans tersebut terkejut dengan kenyataan wanita itu, baginya jeans yang telah diubah suai tidak lagi sama seperti jeans yang asal.

"Kenapa kamo tidak mahu membeli jeans i pemilik jeans itu.

"Saya rasa jeans ini tidak padan dengan saya, saya mahu pilih jeans yang lain."

Pemilik tersebut sedih kerana wanita itu tidak menghargai usahanya. Kenapa setelah selesai pengubahsuaian baru wanita itu mengatakan tidak untuk membelinya.

"Begini lah, saya beri secara percuma sahaja jeans ini. Kamo boleh ambilnya" Kata pemilik jeans kepada wanita itu.

"Kan saya sudah cakap, jeans ini tidak sesuai dengan saya, saya tak mahu!!" Tegas wanita berkenaan.

Dengan nada yang perlahan pemilik tersebut berkata pada  wanita itu. "Begini lah. Jeans ini telah diubahsuai, jadi saya tidak boleh menjualnya pada orang lain kerana ianya bukan lagi seperti yang asal. Kamo ambil lah, jika kamo tidak mahu memakai nya sekalipun, kamo boleh gunakan sebagai alas pemijak kaki."

Pemilik jeans terpaksa merayu pada wanita itu, sekali gus merendahkan dirinya semata mata mahu wanita itu mengambil jeans tersebut.

Melihat akan kesungguhan pemilik jeans itu, wanita itu pun mengambil jeans tersebut dari tangan pemilik itu dan merenung lama pada jeans tersebut.

Jelas kelihatan senyuman mula mekar di wajah pemilik jeans itu apabila wanita berkenaan sudi mengambil jeans nya.

Dia tidak kisah wanita itu hendak memakai atau tidak jeans tersebut, bagi nya cukup lah wanita itu sudah mengambil nya.

"Saya sudah cakap, saya tak nak, saya tak nak lah!!" Jerit wanita itu.

Kemudian di baling nya jeans tersebut ke muka pemilik jeans yang sebenar dan pantas berjalan keluar dari kedai itu.

Sakit sungguh hatinya dengan perbuatan wanita itu. Tak sangka dirinya telah di hina sebegitu rupa.

Salahkah dirinya hanya kerana mahu wanita itu memiliki jeans tersebut, bukan kah jeans itu telah diubah sesuai dengan kehendak wanita itu.

Adakah wanita itu sekadar mahu mempersendakannya? Apakah salah dirinya pada wanita itu hingga dia di hina sebegini rupa?

Bertalu talu soalan bermain dari kotak pemikirannya hingga tidak perasan ada titis air mengalir keluar dari kelopak matanya.

Perlahan lahan dia mencapai jeans yang berada di lantai itu.

"Apa salah kau ni? Kenapa dia tak nak kau? Bukan kah kau dah berubah mengikut kehendak dia? Apa sebenarnya yang dia nak?" Bertanya pemilik tersebut pada jeans nya..

Bila hati mulai mati, nilai kemanusiaan makin hilang. Lidah bertukar menjadi senjata, menikam dalam hingga parah terluka.

Pergi terus ketawa..

Saturday, October 3, 2015

MATA

Kuala Lumpur
3hb Okt 2015

Mata.

Dia sedang leka termenung, dahi nya berkerut seperti memikirkan sesuatu, Di celah jari nya memegang pensil mencucuk-cukur helaian kertas tidak menulis.

Di larikan pandangan mata melihat mereka yang mundar mandir di hadapannya, terus jari nya mula mencoret sesuatu..

Selang ketika dia berdiri dan beredar, meninggalkan helaian itu, kelihatan senyuman di bibirnya.

Setelah hilang jejak nya, aku mencapai helaian kertas itu dan mula membacanya.

"Cukup lah dengan renungan mata kau perlahan lahan aku sedang mati."

Lalu aku faham..

Thursday, October 1, 2015

TERTANGGUH

Kuala Lumpur
1st Oct 2015

A D I

Ada yang tertanya "Bila nak siap karya yang pertama?"

Diam aku, tiada kata...

Rangka cerita lama sudah selesai, tapi mood menulis sentiasa bertukar-tukar, keliru motif utama pembikinan cerita..

"Yang bermanfaat atau yang sia-sia" menjadi mainan minda hingga tertangguh sebuah karya.

Kini mula semula merangka cerita dari rangka yang sedia ada, pengisian di titikberat kan agar boleh menjadi tarikan.

Huu..

Penghujung tahun ini harap selesai apa yang lama telah dirancang..

Amin..

SI TUA

Kuala Lumpur
1st Oct 2015

Selamat Hari tua.

Genap umur aku hari ini.. Pantas masa berjalan, tak sedar banyak perkara telah berlalu berlaku..

Perjuangan perlu diteruskan, kerna waktu tidak menoleh kebelakang, langsung berjalan kehadapan, moga bertemu di penghujung jalan.

Terima kasih pada semua semua yang menghargai. Semoga semua semua kita dirahmati Nya..

Terima Kasih

-abu garcia-

Friday, August 28, 2015

KEMERDEKAAN

Kuala Lumpur
28hb Ogos 2015

KEMERDEKAAN

"Kaki ku di ikat tali,
Tangan ku di gari besi,
Mulut ku turut di kunci,
Dalam ruang kemerdekaan."

Bagaimana mahu melangkah bangga jika rasuah makin berleluasa,
Bagaimana mahu berlari jauh jika mata wang makin jatuh.

Tulisan nurani ku di had kan itu dan ini,
Lakaran perasaan ku harap tidak berseni.

Luahan berani menanti gerigi besi,
Pekikan marhaen di paksa berhenti.

Perjuangan adalah rangka kemerdekaan,
Terciptanya ruang melalui pengorbanan..

#bersih4

Tuesday, June 9, 2015

OH PEMIMPIN KU

Kuala Lumpur
9hb Jun 2015

Mereka berkata tentang menuju ke negara maju, tapi kenapa pemikiran masih ke taraf negara dunia ketiga..

Debat.

"Bukan tradisi"

"Tidak perlu kerana di zaman pemerintahan nya dulu tidak pernah berdebat dengan sesiapa"

Adakah ini pemikiran yang mahu di contohi oleh generasi baru, tidak berani bersemuka ber"debat" tentang pendapat dan pandangan tentang hala tuju dan masa depan??

Lari daripada menjawab sebarang soalan dengan memberi pelbagai alasan sedangkan generasi baru membuak sifat ingin tahu.

Sedang maklumat sepantas cahaya bertaburan, alasan dan pengelakkan bukannya satu tindakan yang bijak dilakukan.

Generasi baru serba maju usah di bodoh-bodohkan dengan kenyataan jawapan budak-budak belasan, kelak diperbodoh dan diketawakan.

Jangan terus-terusan memalukan diri anda sendiri, anda pemimpin peneraju sebuah watan yang lama merdeka dan seharusnya minda juga harus merdeka.

Biar hilang jawatan jangan hilang harga diri di depan generasi baru, kesannya akan kekal hingga akhir hayat.

Oh malaysiaku..

Milik pemimpin berotak beku, sorok tangan selepas membaling batu, tak sedar ramai yang melihat perilaku.

LIHAT GADIS ITU

Kuala Lumpur
9hb Jun 2015

Lihat gadis tu, ada sinar pelangi di mata nya, redup mententeramkan jiwa.

Lihat gadis itu, senyum seindah mawar mekar, buat rusuk mula bergetar.

Lihat gadis itu, sopan tutur kata, terserlah ayu nya, yang memandang pasti terpesona.

Lihat gadis itu, ciptaan terindah dari yang Maha Esa, moga kekal terindah selamanya.

Lihat gadis itu.
Siapakah empunya.
Siapakah namanya.

Lihat gadis itu.

Monday, June 8, 2015

BILA KATA DERHAKA PADA AKAL

Kuala Lumpur
8hb Jun 2015

Pendirian yang di luah khianat jika di tarik balik, muncul rasa tertekan dan goyah bila sekutu menetapkan pendirian..

Kini terhegeh mula mencari alasan untuk tidak hilang kepercayaan, sedangkan sudah parah luka kerna tikaman yang kau lakukan.

Dengan segera meminta perjumpaan di adakan, meminta simpati atau meminta tidak di singkirkan??

Inikah sikap mereka yang mereka mereka agung-agungkan.

8/6/25-9.30am

Sunday, June 7, 2015

SEPAKAT ATAU BERPAKAT

Sejak dari dahulu dia berjalan berseorangan, menentang arus demi menegakkan tujuan penubuhan..

Pantasnya masa berlalu mengubal corak permainan yang sekian lama di mainkan, membuat pengikut mula keliru arah tujuan pertubuhan.

Kini muncul dua tangan bersarung perjanjian mencipta "pakatan" bersama mengharungi arus menentang musuh yang sama.

Dan masa terus berlalu..

Sekarang, setelah "pakatan" tersebut mulai kukuh, musuh pula hampir tersungkur, muncul pula seorang yang ditangannya menggenggam surat tujuan penubuhan.

Dia merasakan masanya telah tiba untuk tujuan penubuhan di laksanakan, tidak perlu berbincang dengan "pakatan" tujuannya murni dan pasti mendapat sokongan.

Sedang musuh hampir tumbang belum lagi ditewaskan, datang dia menghulur tangan memberi bantuan.

Dengan kenyataan inilah tujuan sebenar penubuhan, terus terlupa dia akan perjanjian dengan "pakatan."

Retak meniti belah kata tepat buat perjuangan bersama "pakatan."

Dan "musuh" bergelak-ketawa penuh harapan semula akan kekal sentiasa kerana musnah sebuah "pakatan".

7/6/15-10.30pm

Wednesday, April 8, 2015

JUANG JUANG

Kuala Lumpur
8hb April 2015

Jalan itu harus di buka, bukan tunggu di buka atau terbuka.
Seperti perjuangan, jangan tunggu di tarik lengan baru mahu berlawan.
Terus turun tunjukkan semangat melawan,
Menuntut hak yang kian habis ditelan,
Pada mereka bernafsu syaitan.

Biarlah, sabarlah sudah lama hilang dalam erti kata hidup,
Sekaranglah, ini masa lah untuk bangkit terus wujud,
Ketepi kan perasaan takut akan hukuman,
Kerana itu senjata musuh yang sentiasa diagung- agungkan.

Biar tidak pandai, asal jangan jadi keldai,
Yang disuruh itu dan ini, terus ikut tanpa bantah.

Hidup ini satu perjuangan, menentang nafsu dan ketidakadilan,
Sebelum di tanya mengapa diam dan menjadi hamba suruhan yang tidak melawan.

Bangkitlah, bangunlah..

Terus berjuang..

Monday, April 6, 2015

PULANG

Kuala Lumpur
6hb April 2015

PULANG

Hati nya teringin,
Tapi jiwa nya dingin,
Melontar renung jauh melewati malam,
Melihat bulan yang makin kelam

Bermain main ingatan kelmarin,
Saat harapan indah tiada lain,
Sekujur tubuh berdiri kaku,
Melihat hati nya yang telah beku

Di putar putar cerita lalu,
Berharap esok seperti dahulu,
Sesungguh nya dia tidak tahu,
Dunia ini tak seperti yang kita mahu

Maka tenggelam terus dalam kegelapan malam,
menanti datang seseorang menarik dia pulang,

pulang...

Ke mana??

Monday, March 23, 2015

SI KECIL

Kuala Lumpur
23hb Mac 2015

Si kecil

Pada kaca paparan itu penuh cerita orang bersorakkan,
Si kecil turut sama ikut irama,
Di toleh pada papanya dan berkata
Apa yang mereka buat?

Si papa diam tidak bersuara,
Sepi seribu bahasa buat si kecil penuh tanda tanya..

Papa, kejut si kecil..

"Mereka sedang berjuang," kata papa si kecil itu.

Untuk apa?? Tanya lagi si kecil pada papa nya.

Untuk masa depan anak-anak mereka.. Jawab papa kepada si kecil itu.

"Kenapa papa tidak ikut mereka berjuang untuk saya." Tanya si kecil sambil memandang sungguh pada papa nya..

Tersentak papa nya dari lamunan dan terus memandang si kecil itu.

Tanpa sebarang  jawapan papa memeluk si kecil sambil kelihatan ada titis air mata.

"Maafkan papa kerana tidak pernah peduli dengan apa yang terjadi, sedang mereka berhempas pulas berjuang demi generasi masa hadapan."

Si kecil tersenyum memandang papa nya..

Monday, February 23, 2015

KEDUA.

Kuala Lumpur
23 Feb 2015

Kedua.

Keriangan itu muncul kembali,
Setelah lama purnama sembunyi,
Menerjah masuk ke dalam hati,
Menyembuhkan segala lara luka,

Dan kini, seperti indahnya 7 warna pelangi menyaluti raga,
Di tambah seri dengan alunan indah suara nuri,
Melengkapkan satu petikan sang pujangga yang asyik memuji si puteri.

Dia terus berjanji..

Benarkan kata mereka, jika jodoh itu ada, pasti tidak ke mana..

Tuesday, January 27, 2015

LELAKI BERHATI BATU

Kuala Lumpur
27 Jan 2015

LELAKI BERHATI BATU

Dulu ada seseorang teresak-esak sambil menyatakan rindunya pada ku.

Kini aku pula yang merindui memori yang lalu..

Setelah sekian lama berlalu memori itu, tersedak aku tertanya, adakah itu aturan-aturan cinta, sakit sangatkah kau hingga menangis melepaskan kata rindu..

Mungkin aku lelaki berhati batu, tidak mengerti maksud ketika itu, hingga melihat kau sendirian menangis menahan rindu, sedang aku terhibur dengan dunia ku sendiri.

Dan hari ini, setelah lamanya cerita itu berlalu, berharap aku untuk seperti dulu, harap ada seseorang menangis hanya untuk ku..

Tapi layakkah aku..

Untuk perolehi peluang lagi seperti masa lalu..

Lelaki berhati batu, yang mendambarkan kata rindu, seikhlas hati..

Thursday, January 15, 2015

CUKUP

AKU DAN DIA

CUKUP (26)

Cukup.. jangan kau terus menipu

Cukup.. jangan kau terus membelit

Cukup.. jangan kau terus buat muka sekupang

Cukup.. jangan kau terus merayu

Cukup.. jangan kau terus menganggu

Cukup sudah sakit yang kau cipta

Cukup sudah siksa yang kau reka

Cukup sudah derita yang aku tanggung

Sudah cukup segalanya berakhir disini..

JAHANAM

AKU DAN DIA

JAHANAM (25)

Ke langit ku pandang membuang khayalan,

Ke bumi ku pijak mencampak kenyataan,

Ditengah belantara aku berdiri sakit tak terkata,

Jiwa hancur hati mati pergi jahanam cinta,

Janji setia hanya tinggal sisa dusta tersia,

Perlaku kau cermin segala khianat tipu dusta,

Cinta mu nyah berambus ke hujung alam,

Sayang mu boleh pergi neraka jahanam..

HIPOKRIT

AKU DAN DIA

Hipokrit (21)

Bersama kau aku diam,
pemalu,
malu,
sepi,

Suka aku tak suka jadi pendiam siapa tahu,

Aku hantam segala yang aku suka minat ingin tahu,

Berborak, mencarut, berbual benda yang aku suka,

Adakah kau suka apa yang aku suka minat tidak,

Dulu kita ceria gembira happy lompat sana sini,

Sekarang rupa kita terpamir lihat nampak terbongkar,

Hilang satu senyuman..

“Aku kau umpama minyak, dan seharusnya kau aku jadi pencetus

TARUHAN CINTA

AKU DAN DIA

Taruhan cinta (17)

Hidup ini satu pengorbanan,
dan pengorbanan ini tak perlukan balasan,
ianya hadir dari hati untuk siapa yang dekat dihati..

Hidup ini satu perjuangan,
dan perjuangan ini bukan untuk diri sendiri, tetapi untuk siapa yang ingin dilindungi..

Kau dan aku dalam satu medan peperangan.
Peperangan dengan diri sendiri untuk maju atau gagal.
Peperangan yang menguji cinta kita berdua.
Peperangan dalam menjaga laku mengerti dunia.

Salah aku kau betulkan salah kau aku tegurkan,
Kita umpama tali yang bersimpul ditarik sana tertarik sini,
Tapi kita tetap bersama jika tidak terputus aliran nya,

Aku cinta kau dan aku pasti kau cinta aku,
Kita saling bercinta dan ujian kita tetap ada di depan mata,
Teguhkan diri kau aku kita tetap bersama berjaya,
Kenangkan semula janji dan matlamat kita berdua,

Pasti aku kau akan saling merindu mesra berkata manja,
Leka aku kau kejutkan lena kau aku bangunkan,
Bersama kita akan selalu sentiasa berdua.

Berdua bersama..

Friday, January 2, 2015

JALAN SYURGA NERAKA

AKU DAN DIA

Jalan syurga neraka (16)

Bertahun bersama keluarga, dari kecil besar kini,
Demi meneruskan perjuangan aku kejauhan,

Banyak yang aku belajar tempuhi dan terima,
Kehidupan bersama kawan kawan mengajar sesuatu,

Kebebasan tanpa halangan tidak membataskan,
Hanya nasihat sebagai bekalan masa demi masa,

Bermacam ragam gaya cara bila berkawan,
Cakap jalan pakai makan semua di kata jaga,

Pengaruh baik buruk hanya iman membataskan,
Jatuh bangun bersama gembira sentiasa selalu,

Barang kau barang aku wang aku kau bangsat,
Siang jaga malam jaga hancur amanah semua,

Belajar ke tidak belajar kau harus belajar pasti,
Hawa adam nafsu sentiasa bersama haram halal apa,

Aku salah kau tegur kau salah aku tegur sentiasa,
Tiba ujian kau gagal aku gagal kita semua bersama,

Dulu kecil kini besar baru kenal erti kehidupan,
Baik buruk aku tentukan bukan kau tunjuk jalan,

Aku adalah aku kau adalah kau….

Shah alam syurga kita semua… flyaway my friend

KENAL-KENAL

AKU DAN DIA

Kenal-kenal (15)

Assalamualaikum semua, saya si polan~
Apa nama kau?
kau duduk mana?
Saya si polan awak nama apa?
Jauh kau merantau, tak takut ke?
Haa tempat aku tu, area mana kau duduk?
Hai awek asal mana, bleh berkenalan?
Selamat berkenalan, aku si polan?
Ambo dari kelate, mu dari mano?
Anak orang kaya ni, asal mana bro?
Kau sekolah mana dulu?
Aku si polan, duduk kat tempurung, korang asal mana?
Kau sebilik dengan sapa?
Kau amik “kos” apa ha, aku ……
Hoi kau “bak” rokok sebatang!!

…… mencarut semua………