Thursday, December 30, 2010

Aduhai penyokong indonesia!!

Terciptalah sejarah dan berakhir la penantian selama 14tahun buat pasukan bola sepak Malaysia dengan memenangi piala Suzuki 2010 kali ini.. Dengan kemenangan ini terbukti juga lah yang Malaysia bukan nya sebarangan lawan, walaupun tewas pada aksi kumpulan bertemu dengan indonesia itu tidak membuktikan Malaysia akan mengulangi kesilapan yang sama, ini ternyata apabila Malaysia membuktikan nya pada malam tadi, walaupun kalah 2-1 ia cukup memadai untuk Malaysia membawa pulang piala yang diidamkan indonesia itu ke Malaysia, sekali gus merobek, mengoyak-ngoyak, memijak-mijak hati serta perasaan penyokong2 indonesia yang rendah mental nya itu.. Walaupun kemenangan Malaysia itu telah menerima banyak komen2 yang tak berasas, tetapi itu hanya membuatkan kita mengetahui betapa lemah nya pemikiran segelintir penyokong2 indonesia yang rata2 nya tidak dapat menerima kekalahan pasukan mereka.. Seperti yang kita tahu, media masa Indonesia sendiri tidak berani mengeluarkan kenyataan mengenai “Laser” yang konon nya menyebabkan kekalahan skuad garuda itu di bukit jalil tempoh hari, ini kerana semasa indonesia menumpas Malaysia di laman mereka sendiri, terang2 menunjukkan penyokong mereka yang mengajar cara pengunaan “laser”. Walaupun kalah, Dengan pemikiran yang terbuka pemain2 malaysia menerima kekalahan itu, dan tiada pun penyokong2 malaysia yang mempertikaikan dan memperbesarkan hal kekalahan itu, Tapi hal ini berbeza dengan penyokong2 indonesia, Mungkin mengikut pendapat mereka Indonesia tidak layak dikalahkan oleh Malaysia, tapi kenyataan nya Malaysia telah pun memenangi perlawanan ini.. Kepada penyokong2 indonesia terima la kekalahan ini, jangan la banyak persoalan lagi, kalau indonesia tu bagus sangat, mereka akan buktikan di padang pada malam tadi. Sepakan penalti yang dihadiahkan oleh pengadil pun tak boleh disempurnakan, macam mana nak jaringkan gol dengan banyak, setakat mengharapkan gol ehsan dari pihak lawan pun takkan dapat membantu Indonesia memenangi perlawanan, lagi mahu mengatakan yang pasukan Indonesia itu bagus!!.. Malaysia Cuma menghantar budak2 sahaja sudah cukup untuk mengalahkan pasukan Indonesia yang terdiri dari beberapa pemain2 import yang berpengalaman.. Apa lagi yang nak dipertikaikan oleh penyokong2 indonesia ini ye. Mengaku je la pasukan Malaysia adalah pasukan yang terbaik, susah sangat ke?? Hahahaha.. Fikir2 kan la wahai penyokong skuad garuda yang korang semua memang dah tiada apa yang perlu dipersoalkan lagi Cuma terima hakikat yang sebenarnya. Tak perlu la merusuh, memberontak, memecahkan harta benda kerajaan indonesia, membuat huru hara dan macam2 la perkara yang mengakibatkan kerugian pada Negara sendiri, kelak kamu semua juga dalam kerugian.. Cuba la berfikir bagaimana mahu membantu membangunkan ekonomi Negara sendiri dari sibuk untuk menjatuhkan, memalukan, menghina, mencaci Negara orang lain.. Cermin la diri sendiri dulu sebelum menghakimi orang lain.. dah la. Kalau nak bercakap tentang keburukan penyokong2 indonesia nie smpai bila2 pon tak abis.. okey la geng, minta diri dulu.
“Aduhai penyokong indonesia, lu fikir la sendiri”

Kelakuan penyokong indonesia



Tabik Malaysia




MALAYSIA JUARA

Masih kedengaran lagi riuh rendah, gila-gila, gelak tawa, tangisan kegembiraan di dataran putrajaya malam tadi, dengan angaran hampir 5ribu orang membanjiri dataran berkenaan semata-mata mahu memberi sokongan kepada skuad harimau muda Malaysia.. Walaupun hujan renyai2 dan angin sepoi2 bahasa, ia tetap tidak dapat mematahkan semangat penyokong2 untuk terus menonton perlawanan tersebut.. Keadaan bertukar menjadi riuh apabila perlawanan dimulakan, kelihatan kesemua mereka bersemangat untuk melihat pemain2 malaysia menjaringkan gol. Seawal minit pasukan Indonesia telah mendapat sepakan penalty yang membuatkan rata2 semua penyokong2 malaysia tidak dapat duduk dengan tenang, setelah penjaga gol Malaysia (khairul fahmi) berjaya menyelamatkan gawang malaysia, semua penyokong2 di dataran putrajaya mula bersorak dengan riang nya seolah2 malaysia telah mendapat gol. Tidak dapat dibayangkan bagaimana seronoknya perasaan ini, kedengaran bunyi mercun makin memeriahkan lagi suasana malam itu.. Apabila wisel tamat separuh masa pertama dibunyikan membuat hati bertambah lega kerana keputusan kini masih lagi memihak kepada Malaysia.. Tetapi debaran masih belum berakhir kerana masih ada 45minit lagi untuk skuad Malaysia mengharungi perlawanan ini. Apabila separuh masa bermula. Skuad Malaysia kelihatan seperti banyak bertahan dari asakan pihak lawan, tapi pada satu ketika Malaysia mendapat peluang untuk membuat serangan balas, dan itu tidak disia-siakan oleh pemain2 malaysia dan hasil nya safie Sali berjaya menjaringkan gol yang tersangat hebat, untuk Malaysia mendahului dengan 1-0, serentak itu keadaan di dataran putrajaya menjadi teramat riuh dan kecoh dengan sorakan serta nanyian dari penyokong2 malaysia.. Kini penyokong Malaysia sudah dapat menarik nafas lega, dan mereka berkeyakinan bahawa piala kali ini akan dibawa ke tanah air yang tercinta ini.. Pada minit ke 73, gawang pasukan Malaysia tersentak dengan gol dari pasukan indonesia, membuat suasana menjadi sunyi sementara, tapi selang beberapa saat keadaan menjadi biasa semula, ini kerana Indonesia perlu mendapatkan sekurangnya 5 gol bagi mereka memenangi perlawanan ini dan sesungguhnya masa tidak menyebelahi mereka, minit ke 85, sekali lagi gawang gol dibolosi, tapi penyokong2 di dataran ini tidak ambil peduli kerana mereka tidak sabar menunggu masa yang hampir tamat, dan pada masa memasuki minit ke 90, semua orang sudah berdiri sambil melompat kegembiraan menunggu wisel penghabisan dibunyikan, kedengaran nyanyian dari mereka dan aku juga tidak terlepas untuk menyanyi bersama2 mereka, sambil mengibar-ngibarkan bendera Malaysia aku melompat-lompat kegembiraan, pabila wisel penamat dibunyikan semua penyokong2 menjerit kegembiraan sama juga aku yang tidak melepasi peluang untuk menghayati saat bersejarah tersebut.. Hampir kesemua kumpulan yang meraikan kegembiraan mereka aku join sama mnyebabkan aku kesakitan kaki dan tangan akibat terlampau aktif sangat, huhuhu.. memang indah sangat pada malam tadi.. syukur kepada Allah kerana memberi kesempatan untuk merasai keindahan malam ini, bersyukur juga untuk semangat yang tidak berputus asa ini dan juga memberi kemenangan yang amat bermakna rakyat Malaysia.. Alhamdulillah..

Tuesday, December 28, 2010

Apa itu sahabat??

Disaat Kegembiraan apabila malaysia berjaya mengalahkan indonesia muncul pula 1 pertanyaan dan persoalan.. Bukan mengenai bola sepak tetapi mengenai perhubungan, mengenai persahabatan...
Hubungan yang dulu nya sangat indah, dipenuhi dengan gelak dan tawa, tiada rahsia, tiada duka, hanya gembira. Tapi setelah terjadi nya satu kesilapan, satu pengakuan dan satu ketidakpastian, hubungan yang dulunya secantik warna pelangi kini mula pudar, luntur dan
penuh dengan pertanyaan dan rahsia..
Adakah satu kesalahan, satu kesilapan boleh memudarkan serta melunturkan keindahan warna pelangi..
Apa itu kawan dan sahabat, apa maksud nya persahabatan.. adakah iya nya hanya muncul bila kegembiraan ada, tetapi pergi bila kesedihan menjelma, begitu ke maksudnya
persahabatan atau pun perlu nya saling menjaga hati dan perasaan baru lah dikatakan persahabatan.. Bagaimana mahu menilai kekuatan, kesetiaan serta kesetiakawan dalam satu perhubungan persahabatan, adakah perlu saling memendam perasaan, memendam ketidakpuasan hati..
Betul ke persahabatan itu memerlukan pengorbanan, betul ke persahabatan itu memerlukan kita saling memendam, jika mahu bersahabat kita perlu menyakitkan diri sendiri itu ke ertinya sebuah persahabatan..
Bagaimana terjadi nya gelak tawa, kegembiraan dalam persahabatan, adakah perlu mementingkan diri itu akan menghasilkan kegembiraan dalam perhubungan, mungkin juga dengan saling menjaga hati kawan2 akan menjadikan persahabatan itu kukuh, bukan ke itu akan mengalakkan lagi berlakunya kesilapan "Mungkin"...

Tapi "Selagi kita bernama manusia kita tidak akan lari dari melakukan kesilapan"
Takkan kita mahu sentiasa melakukan kesilapan, atau kita harus belajar dari kesilapan,
tapi jika tidak diberi peluang bagaimana untuk melangkah untuk kehadapan..

MALAYSIA KU YANG TERHEBAT...

Akhirnya.. syukur kepada Allah kerana rahmat Mu, kerana Keizinan dari Mu, malaysia telah mencatatkan kemenangan yang cemerlang di bukit jalil malam semalam, sekali gus menjawab segala persoalan yang terbuku dikotak pemikiran penyokong malaysia..
Perasaan lega yang teramat sangat kerana malaysia telah mempamirkan corak permainan yang
memberangsangkan, walaupun minit2 separuh masa pertama pemainan agak hambar, dan hampir2 meragut, menarik2, mencerut dan bermacam2 "ber" lagi, dan ia nya telah dibalas pada separuh masa kedua dengan permainan yang menarik dari skuad harimau muda malaysia dengan meledakkan 3 gol, sekali gus membuat penyokong2 malaysia tidak
lena tidur, terigau2 kerana teringat saat2 indah itu.. Terima kasih pada pemain2 malaysia kerana mempamirkan semangat
yang menakjubkan, serta permainan yang boleh dibanggakan..
Walaupun sebenar nya perasaan ketidaktentuan ini belum berakhir, tetap ia cukup untuk memberi kenangan yang
terindah kepada penyokong2 malaysia.. MALAYSIA BOLEH!!!
Pada 29hb ini, skuad malaysia akan bertandang ke stadium keramat indonesia, di situ la penentu segalanya..
Sekali lagi Hati berdebar2, bermacam2 persoalan bertandang, bermacam teka teki yang belum terjawab.
walaupun berbekal dengan kelebihan 3 gol, itu tidak menjamin kemenangan lagi sebenarnya kerana
"segala nya mustahil dalam sukan bola sepak"..
Oleh itu bersama2 la kita berdoa berserta sokongan yang padu kita berikan
pada skuad malaysia agar mereka berjaya dengan jaya nya di indonesia nanti.. amin~~...

Saturday, December 25, 2010

Hidup bagaikan pentas opera...

Terasa bersalah pulak selepas ape yang dah terjadi.. nak diam kan nanti ade yang terluka, nak dituturkan nanti ade yang terasa.. sana kawan sini kawan, hurm tanya "perut" nak makan jerk, tanya "hati" plak serba salah rasanya.. Harap2 ade la jalan penyelesaian nya kan.. Selagi kita nie hidup selagi tu la dugaan tak kan berhenti2 mendekati kita.. "Allah nak kita ingat kat dye selalu", macam tu la kata2 nya.. huhuhu.. Ape pun "K.A.M.I" semua nie mendoakan yang terbaik buat kam00.. Harap2 dye "Jadi kan ini Pengalaman terbaru" dalam menempuh suka duka kehidupan nie, hidup masih panjang lagi so kuat kan hati, kuat kan emosi, kam00 pasti boleh.. Harap2 "malaysia" pon boleh menang jgak malam esok.. huhuhu.. owk la, xmo ngarut2 pagi2 nie..
daa all~~

Tuesday, December 21, 2010

Malaysia vs Indonesia

Menjelang 26hb bertempat di stadium bukit jalil perlawanan akhir piala Suzuki antara Malaysia bertemu Indonesia.. kita mengharapkan agar skuad kendalian raja gopal boleh mendapatkan sedikit bekalan gol di laman sendiri untuk selesa di stadium bukarno Indonesia nanti. Berdepan dengan misi membalas dendam atas kekalahan pada aksi kumpulan tempoh hari, saya berharap agar skuad harimau kita ini dapat memperlihatkan semangat serta skill yang tinggi pada perlawanan akhir di bukit jalil mahu pun di Indonesia nanti. Saya dengan yakin jika Malaysia dapat mengekalkan corak permainan yang seperti di tunjukkan pada aksi perlawanan menentang vietnam di bukit jalil tempoh hari dengan kemenangan 2-0, skuad kendalian raja gopal ini pasti dengan mudah dapat mengalahkan pasukan Indonesia.. Sebagai rakyat Malaysia, saya berbangga atas percapaian skuad bola sepak Malaysia, dan saya akan memberikan sepenuh sokongan pada mereka, diiring doa serta harapan seluruh rakyat satu Malaysia, kami berharap mereka dapat memberikan aksi yang terbaik serta semangat juang yang tinggi.. maju lah skuad bola sepak Malaysia, ayuh tunjukkan pada mereka siapa kita!!!!!!!..

Sunday, December 19, 2010

Malaysia paling terbaik..

waaaaa.. lega nya bila malaysia telah menempah tiket ke final suzuki cup setelah seri dengan vietnam.. walaupun corak permainan Malaysia tidak memberangsangkan pada malam tadi, tapi aku tetap gembira kerana pertahanan Malaysia tetap kukuh dah tidak dibolosi. Itu sudah memadai buat peminat2 melihat malaysia memasuki ke peringkat akhir setelah penantian selama 14tahun.. aku harap Raja gopal serta anak2 buah nya dapat memberikan persembahaan yang lebih baik pada final nanti. Tidak kira siapa lawan kita yang penting kita tetap bersemangat dan tidak berputus asa, selagi itu lah warga2 malaysia akan menyokong skuad harimau kita.. Lawan tetap lawan..

MALAYSIA TUMPAH NYA DARAH KU...