Disaat Kegembiraan apabila malaysia berjaya mengalahkan indonesia muncul pula 1 pertanyaan dan persoalan.. Bukan mengenai bola sepak tetapi mengenai perhubungan, mengenai persahabatan...
Hubungan yang dulu nya sangat indah, dipenuhi dengan gelak dan tawa, tiada rahsia, tiada duka, hanya gembira. Tapi setelah terjadi nya satu kesilapan, satu pengakuan dan satu ketidakpastian, hubungan yang dulunya secantik warna pelangi kini mula pudar, luntur dan
penuh dengan pertanyaan dan rahsia..
Adakah satu kesalahan, satu kesilapan boleh memudarkan serta melunturkan keindahan warna pelangi..
Apa itu kawan dan sahabat, apa maksud nya persahabatan.. adakah iya nya hanya muncul bila kegembiraan ada, tetapi pergi bila kesedihan menjelma, begitu ke maksudnya
persahabatan atau pun perlu nya saling menjaga hati dan perasaan baru lah dikatakan persahabatan.. Bagaimana mahu menilai kekuatan, kesetiaan serta kesetiakawan dalam satu perhubungan persahabatan, adakah perlu saling memendam perasaan, memendam ketidakpuasan hati..
Betul ke persahabatan itu memerlukan pengorbanan, betul ke persahabatan itu memerlukan kita saling memendam, jika mahu bersahabat kita perlu menyakitkan diri sendiri itu ke ertinya sebuah persahabatan..
Bagaimana terjadi nya gelak tawa, kegembiraan dalam persahabatan, adakah perlu mementingkan diri itu akan menghasilkan kegembiraan dalam perhubungan, mungkin juga dengan saling menjaga hati kawan2 akan menjadikan persahabatan itu kukuh, bukan ke itu akan mengalakkan lagi berlakunya kesilapan "Mungkin"...
Tapi "Selagi kita bernama manusia kita tidak akan lari dari melakukan kesilapan"
Takkan kita mahu sentiasa melakukan kesilapan, atau kita harus belajar dari kesilapan,
tapi jika tidak diberi peluang bagaimana untuk melangkah untuk kehadapan..
No comments:
Post a Comment