Follow your dream. Take one step at a time and don't settle for less, Just continue to climb. Follow your dream.... If you stumble, don't stop and lose sight of your goal Press to the top. For only on top can we see the whole view, Can we see what we've done and what we can do; Can we then have the vision to seek something new, Follow your dream.
Thursday, December 30, 2010
MALAYSIA JUARA
Masih kedengaran lagi riuh rendah, gila-gila, gelak tawa, tangisan kegembiraan di dataran putrajaya malam tadi, dengan angaran hampir 5ribu orang membanjiri dataran berkenaan semata-mata mahu memberi sokongan kepada skuad harimau muda Malaysia.. Walaupun hujan renyai2 dan angin sepoi2 bahasa, ia tetap tidak dapat mematahkan semangat penyokong2 untuk terus menonton perlawanan tersebut.. Keadaan bertukar menjadi riuh apabila perlawanan dimulakan, kelihatan kesemua mereka bersemangat untuk melihat pemain2 malaysia menjaringkan gol. Seawal minit pasukan Indonesia telah mendapat sepakan penalty yang membuatkan rata2 semua penyokong2 malaysia tidak dapat duduk dengan tenang, setelah penjaga gol Malaysia (khairul fahmi) berjaya menyelamatkan gawang malaysia, semua penyokong2 di dataran putrajaya mula bersorak dengan riang nya seolah2 malaysia telah mendapat gol. Tidak dapat dibayangkan bagaimana seronoknya perasaan ini, kedengaran bunyi mercun makin memeriahkan lagi suasana malam itu.. Apabila wisel tamat separuh masa pertama dibunyikan membuat hati bertambah lega kerana keputusan kini masih lagi memihak kepada Malaysia.. Tetapi debaran masih belum berakhir kerana masih ada 45minit lagi untuk skuad Malaysia mengharungi perlawanan ini. Apabila separuh masa bermula. Skuad Malaysia kelihatan seperti banyak bertahan dari asakan pihak lawan, tapi pada satu ketika Malaysia mendapat peluang untuk membuat serangan balas, dan itu tidak disia-siakan oleh pemain2 malaysia dan hasil nya safie Sali berjaya menjaringkan gol yang tersangat hebat, untuk Malaysia mendahului dengan 1-0, serentak itu keadaan di dataran putrajaya menjadi teramat riuh dan kecoh dengan sorakan serta nanyian dari penyokong2 malaysia.. Kini penyokong Malaysia sudah dapat menarik nafas lega, dan mereka berkeyakinan bahawa piala kali ini akan dibawa ke tanah air yang tercinta ini.. Pada minit ke 73, gawang pasukan Malaysia tersentak dengan gol dari pasukan indonesia, membuat suasana menjadi sunyi sementara, tapi selang beberapa saat keadaan menjadi biasa semula, ini kerana Indonesia perlu mendapatkan sekurangnya 5 gol bagi mereka memenangi perlawanan ini dan sesungguhnya masa tidak menyebelahi mereka, minit ke 85, sekali lagi gawang gol dibolosi, tapi penyokong2 di dataran ini tidak ambil peduli kerana mereka tidak sabar menunggu masa yang hampir tamat, dan pada masa memasuki minit ke 90, semua orang sudah berdiri sambil melompat kegembiraan menunggu wisel penghabisan dibunyikan, kedengaran nyanyian dari mereka dan aku juga tidak terlepas untuk menyanyi bersama2 mereka, sambil mengibar-ngibarkan bendera Malaysia aku melompat-lompat kegembiraan, pabila wisel penamat dibunyikan semua penyokong2 menjerit kegembiraan sama juga aku yang tidak melepasi peluang untuk menghayati saat bersejarah tersebut.. Hampir kesemua kumpulan yang meraikan kegembiraan mereka aku join sama mnyebabkan aku kesakitan kaki dan tangan akibat terlampau aktif sangat, huhuhu.. memang indah sangat pada malam tadi.. syukur kepada Allah kerana memberi kesempatan untuk merasai keindahan malam ini, bersyukur juga untuk semangat yang tidak berputus asa ini dan juga memberi kemenangan yang amat bermakna rakyat Malaysia.. Alhamdulillah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment