Akhirnya.. syukur kepada Allah kerana rahmat Mu, kerana Keizinan dari Mu, malaysia telah mencatatkan kemenangan yang cemerlang di bukit jalil malam semalam, sekali gus menjawab segala persoalan yang terbuku dikotak pemikiran penyokong malaysia..
Perasaan lega yang teramat sangat kerana malaysia telah mempamirkan corak permainan yang
memberangsangkan, walaupun minit2 separuh masa pertama pemainan agak hambar, dan hampir2 meragut, menarik2, mencerut dan bermacam2 "ber" lagi, dan ia nya telah dibalas pada separuh masa kedua dengan permainan yang menarik dari skuad harimau muda malaysia dengan meledakkan 3 gol, sekali gus membuat penyokong2 malaysia tidak
lena tidur, terigau2 kerana teringat saat2 indah itu.. Terima kasih pada pemain2 malaysia kerana mempamirkan semangat
yang menakjubkan, serta permainan yang boleh dibanggakan..
Walaupun sebenar nya perasaan ketidaktentuan ini belum berakhir, tetap ia cukup untuk memberi kenangan yang
terindah kepada penyokong2 malaysia.. MALAYSIA BOLEH!!!
Pada 29hb ini, skuad malaysia akan bertandang ke stadium keramat indonesia, di situ la penentu segalanya..
Sekali lagi Hati berdebar2, bermacam2 persoalan bertandang, bermacam teka teki yang belum terjawab.
walaupun berbekal dengan kelebihan 3 gol, itu tidak menjamin kemenangan lagi sebenarnya kerana
"segala nya mustahil dalam sukan bola sepak"..
Oleh itu bersama2 la kita berdoa berserta sokongan yang padu kita berikan
pada skuad malaysia agar mereka berjaya dengan jaya nya di indonesia nanti.. amin~~...
No comments:
Post a Comment