Thursday, November 8, 2012

LAMBAT-LAMBAT

8 Nov 2012
0830 ~ 1630
Kuala Lumpur 




Cuaca di pagi hari ini tidak aku peduli, kerna aku lewat bangun dan tergesa-gesa bersiap-siap, tanpa memanaskan engine kereta kupandu laju meluru laju untuk pejabat, rasa-rasanya semua yang melintas aku langgar, huhuhu.. 

 Hari ini aku lihat mood bos baik, muka ada senyum, hati ade bunga-bunga, menang KTM (kuda,toto,magnum) kot, tak pun duit jatuh dari langit.. apa pun hari ni tetap ceria, harap keadaan tetap seperti ini sampai aku balik nanti.. 
 Lagi berita baik tentunya buat penyokong-penyokong obama, yang sedia dimaklumkan obama telah dipilih oleh rakyat sebagai pemimpin untuk sepengal lagi.. 

Berita baik juga bagi keluarga ahmad, mahkamah telah membebaskannya dah pertuduhan akan dibicarakan pada 28hb nov nanti, untuk pengatahuan ramai, ahmad akan dibicarakan atas dua tuduhan dan kedua-duanya dibawak akta hasutan.. 


Bermula dari pertengahan tahun sampai la ke akhir tahun ini berebut-rebut member-member aku nak mendirikan masjid, ada yang tak sabar-sabar sampai tarikh perkahwinan pun bertindih-tindih dengan kawan-kawan lain.. apa pun harap korang semua happy dan rumah tangga korang berkekalan.. huhuhu. 


Disebalik kegembiraan ini, terselit pula episod duka, niat yang suci untuk menyatukan satu pasangan membawa ke malapetaka terhadap diri sendiri.. Tetapi tak semestinya sesuatu yang buruk itu akan sentiasa buruk, pilihan sentiasa ada ditangan kita, aku tahu impian mu mahu seperti orang-orang yang lain, tapi apa kan daya itu yang sudah tertulis, bersyukur lah kau masih lagi diberikan beberapa pilihan.. fikir betul2 dan buat rancangan mengikut keadaan semasa, kawan-kawan sentiasa ada jika kau memerlukan pertolongan.. insyallah.. diatas segala kejadian, pasti ada hikmahnya, bnyak-bnyakkan bersabar kawan, Allah menyayangi orang-orang yang bersabar.. Disebalik segala kesusahan ini pasti ada kebaikan pada masa yang akan datang.. Meminta lah pada Nya, kerana Dia yang lebih mengatahui segala rahsia dalam segala rahsia... Doaku hanya yang terbaik untukmu sahabat, moga-moga dipermudahkan segala-galanya...

"kadang-kadang apa yang paling kita nak itu lah yang kita tidak akan dapat ~"Aryon"..

Wednesday, November 7, 2012

AKU SEORANG PELAKON

07 Nov 2012
0830 ~ 1630
Kuala Lumpur




Pagi Rabu yang ceria, kelihatan sang mentari dengan angkuhnya menyinari tanah yang bertuah ini meskipun sudah beberapa ketika
tugasnya terhenti disebabkan oleh sahabatnya iaitu awan.. 


Seperti juga aku, walaubagaimana indah sekalipun mimpi yang aku alami,
tetap perlu aku sedar dari tidur yang lena kerna tugas aku masih belum selesai, skrip telah ku hafal, penghayatan watak masih samar-samar, lakonan aku di pentas dunia ini masih belum berakhir, panduan telah diberi dan soalan telah dibocorkan, aku cuma perlu kuat dan fokus agar aku masih mampu terus berdiri dan melangkah  jika aku tersungkur. Aku seorang pelakon, insan yang kekadang alpa dengan kemasyukkan duniawi, tetapi aku tetap pada pegangan ku, lakonanku hanya dikau yang layak menilai, hadiah serta ganjaran bukan hajatan, hanya mencari redha dan restu Mu, agar aku berjaya pentas sementara dan berjaya di pentas kekal abadi..
 

Dan sama juga seperti hari-hari yang lain, aku mulakan hari dengan langkah yang penuh dengan keyakinan, sebelum ke tempat mencari sesuap nasi, kedai k.k menjadi persinggahan utama,  semuanya demi mencari secebis pengetahuan dan maklumat terkini.. Terpampang di ruang-ruang koran kisah persaingan dua penjuru diantara perdana menteri amerika syarikat Obama dan lawannya romney, .. Juga dapat kita saksi bagaimana sistem demokrasi itu betul-betul digunakan di amerika syarikat, berbeda dengan apa yang berlaku di malaysia..
 

Di amerika ucapan dan penerangan tentang agenda-agenda serta matlamat pemimpin kedua-dua yang bertanding terpampang di kaca-kaca television seluruh amerika,
media masa atau cetak mereka tidak terikat pada apa-apa undang-undang, rakyat amerika juga bebas mengutarakan pendapat mereka.. Berbeda pula dengan situasi
yang berlaku di malaysia, para pemimpinnya menyatakan negara ini mengamalkan sistem demokasi, tetapi sebaliknya pula yang berlaku, media-media di negara ini
dikalung dengan akta cetak dan hasutan, tidakkah itu akan membantutkan serta menakut-nakutkan para penulis untuk melakarkan kebenaran.. Di kaca-kaca televison pula
asyik menyiarkan ucapan serta kata nikmat hanya daripada pihak kerajaan sahaja, tetapi tidak ada sebarang ucapan daripada parti pembangkang..  Dimana demokrasi yang dilaungkan oleh pihak-pihak kerajaan??.. sendiri kita renung-renungkan.. 




Jam 3.30 petang cuaca terus terik walaupun ada sedikit kemunculan mendung tak bertuan..
hari ini teruk aku dimarahi, rasa nak lempang-lempang je boss tu, sendiri silap taknak ngaku, siap salahkan orang lain.. Pak kantor, lain kali jangan marah2, contohi anak anda yang berbudi bahasa, lagi pekerja senang nak berkomunikasi, kalau marah2, siapa pun takde mood nak buat kerja..  pekerja gembira boss pasti dapat untung, kalau pekerja marah pasti syarikat pelingkup, jahanam + semua yang tidak elok.. (marah ni)...

Tuesday, November 6, 2012

MENTARI MENYEMBUNYIKAN DIRI

6 Nov 2012
08.30 ~ 16.30
Kuala Lumpur








Keadaan cuaca masih lagi seperti semalam lembap dan mendung, 
juga kelihatan sang mentari diseliputi gebuan awan tersipu-sipu menampakkan sinarnya..
 

Seperti juga diriku ini, bermula dengan lesu dan tidak bermaya, setelah perkena kopi secawan baru cergas minda dan mata, nampak semua kerja-kerja yang perlu disiapkan.. huhu 

Kebiasaannya sebelum aku melangkah kaki ke pintu office, aku singgah sebentar d kedai mini kk, arahan dilarang membaca tidak aku endahkan, dengan muka yang bongkak dan angkuh, aku capai kepingan akhabar, dibelek-belek depan dan belakang sekadar melihat tajuk2 cerita dan menagih secebis pengetahuan.. terpaku aku seketika pabila melihat "majlis pernikahan bertukar majlis kesyukuran" sebagai permulaan cerita, sempat juga beberapa rangkap perkataan aku baca sebelum keasyikan aku diragut oleh pandangan sinis mat bangla yang berkerja di kedai itu, renungan matanya seperti mengharap aku berambus jika tidak mahu membeli, dengan berat hati dan gulana gundahnya aku meletakkan kembali akhbar tersebut dan mencapai 2 buku roti untuk bekalan kalau-kalau aku lapar nanti.. 

Dan yang Sebenarnya sudah menjadi kebiasaan aku tidak membeli surat khabar pada hari-hari berkerja, hanya waktu cuti sahaja aku akan membeli itu pun jika bangun awal, bagi aku tiada ketenangan membaca semasa membuat kerja, waktu kerja kita berkerja,
waktu cuti itu hak kita.. 


Bercakap pasal HAK, semalam di tv2 ada menyiarkan ulang tayang filem p.ramlee yang bertajuk "hang tuah", Masih terpahat kata-kata hang tuah (p.ramlee) di akhir
rancangan yang berbunyi "jebat kah yang benar atau aku kah yang benar", Walaupun filem itu telah ditelan dek zaman, tetapi persoalan itu tetap hidup sehingga ke sekarang, walaupun ada ketika kita digemparkan dengan kepalsuan hikayat hang tuah.. tapi yang penting pesanan dalam filem itu, bagaimana raja menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa dan bagaimana keadilan ditegakkan dalam pelbagai cara, perkataan kenapa dan mengapa perluas digunakan untuk merungkai persoalan itu.. 

 




 


"Tangan sultan yang mencincang" bahu sultan yang memikulnya"

"tuah yang tidak menderhaka dikatakan derhaka, kini jebat yang akan derhaka,
jika suatu hari nanti ada yang bertanya mengapa jebat menderhaka,
pasti ada yang menjawab kerana sultan nya yang tidak adil"  ( kata2 hang jebat dalam filem hang tuah ) 

 
Hahaha. sowy, beremosi sikit mungkin sebab si AHMAD ditahan gara-gara menghina sultan johor, hurm.. bukti penghinaan beliau pada sultan tidak nampak sepatah haram pun, macam mana boleh kene tangkap.. hurmm. musykil.. skrang ni maklumat di hujung jari, kebenaran tak boleh nak sorok2.. ingat ini zaman sultan melaka ke?? hurm..  harap2 takde jebat alaf baru muncul..  huhuhu.. ape pun kita teruskan dengan rencana kita.. 


 Jam 14.40 Bandar kajang di sirami hujan lagi, Benarlah tilikan ahli nujum pengkaji cuaca dijangka hujan pada petang sehingga ke hujung minggu ini.  Walaupun hari ini tidak seperti yang aku bayangkan, tetap ada berita yang meriangkan hati ini,
 

Terima kasih di atas segala kenikmatan dan peluang yang akan dberikan ya Allah.. Mohon berkat Mu agar aku tabah dan kuat menghadapi ujian dari Mu..

Monday, November 5, 2012

KEDINGINAN

5hb NOV 2012
08.30 ~ 16.30
Kuala lumpur..


Permulaan pagi dengan suasana yang dingin, hujan menyiram tanah tanpa berhenti-henti sejak berminggu lalu menyebabkan pelbagai aktiviti outdoor terhalang,
setitik air menitis di kulit pun sudah rasa hingga ke tulang.. 

Berkerja pada hari isnin bagai tersedar dari mimpi yang indah, sifat malasnya muncul mencurah-curah seperti empangan yang pecah, tapi apa kan daya, aku kerja untuk hidup.. Sambil menjalankan amanah yang diberi aku terintai-intai diluar jendela mencari sedikit idea dan ketenangan,  dengan telinga disumbat dan didendangkan dengan alunan bunyi-bunyian bercampur baur genre muzik mengharapkan penumpuan terhadap kerja meningkat tapi hasilnya hampeh,  kekadang fikiran jauh merewang dan kadang pelbagai persoalan muncul di fikiran, walau sejauh manapun hilangnya tumpuan aku, tetap amanah yang diberikan dapat aku selesaikan tepat pada masanya..

Semalam aku ada membaca buku tulisan Syed hussien alattas yang berjudul "Setan, syaitan, sultan".. Bagi seseorang yang telah menulis sejak tahun 1960 lagi, penulisannya sangat ringkas dan mudah difahami.. Buku yang berjudul "setan, syaitan sultan" ini mempunyai pengisian tentang pendapat penulis terhadap keadaan semasa, bagi manusia yang bertuhankan melayu wajib membaca buku ini,
kerna ianya memberi pencerahan pada minda serta mempunyai beberapa fakta yang ditidakkan oleh sesetengah pihak yang berkepentingan..

Aku membaca untuk menambah ilmu pengetahuan dan mencari kebenaran, seperti wajibnya seseorang itu mengenali akan Allah dan siapa dirinya agar mengetahui asal kewujudanya.
 
semua orang mempunyai hak untuk memilih dan membuat keputusan, tapi apakah berhak seseorang itu menyembunyikan kebenaran..  walau bagaimana pun kita semua mempunyai pendapat tersendiri, kita tidak berhak menjatuhkan hukum, juga tidak berhak menafikan kebenaran..
jadi faham-faham sahaja la..

Suasana waktu petang memperlihatkan hujan terus-menerus membasahi bumi, di tambah pula dengan suhu penghawa dingin dalam pejabat ini,
makin memberatkan lagi mata ini untuk terpejam.. Sejenak di dalam kelekaan ini, teringat pula keadaan di amerika yang dilanda ribut sandy, mengakibatkan puluhan kematian serta kerugian jutaan ringgit..
tertanya-tanya akan aku pada diri sendiri, adakan ini balasan atas penindasan serta kekejaman yang dilakukan amerika terhadap negara-negara lain,
satu persatu musibah melanda negara itu, apa gunanya berkuasa besar dimata dunia jika bencana alam tidak dapat elakkan, melakukan kerosakan dan kezaliman pada negara-negara lain hanya kerana ketamakkan dan keegoan..
 
Kalau dikehendaki oleh Nya akan sesuatu musibah, tiada sesiapa pun dapat menghalanginya..
 
Bersyukur tersangat-sangat ke hadrat ilahi atas keselesaan dan segala nikmat,
berdoa sebanyak-banyaknya agar dijauhi segala bencana, amin, amin, amin..

Saturday, September 1, 2012

ANAK MUDA JADILAH BERANI

Kuala lumpur....





















 DUNIA INI MILIK MU

anak anak muda beranilah
dunia ini akhirnya milik kamu
anak anak muda gagahlah
dunia ini masa depan kamu
anak anak muda berjuanglah
dunia ini setiasa menunggu kamu

anak anak muda pegang tangan kekasih mu
anak anak muda genggam tangan kawan mu
anak anak muda acungkan tangan kamu
anak anak muda laungkan api perjuangan
anak anak muda dunia ini akhirnya milik kamu

anak anak muda
ketahuilah
muda ini hanya sekali
anak anak muda
ketika muda inilah untuk jadi berani

jika kau telah tua
maka kau akan bijak berdusta
jika kau telah tua
maka kau bijak bersilat lidah
jika kau telah tua
kau bijak berpura-pura
jika kau telah tua
saku kau akan berat dengan hutang janji
jika kau telah tua
kau hanya seorang penyaksi

anak muda jadilah berani
kerana dunia ini akhirnya milik kamu

Monday, June 25, 2012

DEJAVU DI KINABALU


Cheritera mengisahkan kehidupan Nadira selepas pemindahan jantung, tanpa disedari dia juga menerima sebahagian sifat-sifat penderma tersebut. Takdir menemukan Nadira dengan Ammar, teman lelaki kepada penderma jantung tersebut. Pertemuan pertama di KLIA antara Ammar yang baru pulang dari Australia dengan Nadira yang hendak bercuti ke Kundasang, Sabah telah membawa seribu satu kisah
Kaki Nadira tercedera ketika bergegas untuk bertemu dengan kawannya, Yuzra. Nadira telah jatuh di hadapan Ammar. Ammar terpaksa membantu Nadira membeli kasut baru dan membalut kakinya. Ketika bersama dengan Nadira, wujud satu perasaan yang sukar dijelaskan dalam hati Ammar kerana perwatakan Nadira yang mirip kepada arwah tunangnya, Inara

Ammar dan Nadira berada dalam pesawat yang sama menuju ke Kundasang Sabah. Ammar pulang ke Malaysia untuk membantu sahabat baiknya, Zahir, seorang pemilik syarikat perekaan dalaman yang akan mengendalikan sebuah projek di Sabah. Ammar sendiri tidak pasti apakah kepulangannya dengan satu jiwa baru ataupun Inara masih kuat bertakhta di hatinya. Kundasang Sabah seindah kisah cinta Ammar dengan Inara, di situ berseminya cinta mereka dan di situ juga bersemadinya tubuh seorang gadis yang amat dicintainya. Cinta itu terlalu indah buat Ammar dan tidak semudah itu Inara dapat dibuang dari hatinya
Yang pasti pertemuan antara Ammar dan Nadira membawa satu perasaan dejavu yang luar biasa. Ammar tidak pernah mahu mencintai sesiapa walaupun Inara sudah meninggal dunia pada 3 tahun lalu. Bagi Ammar, cinta buat Inara adalah pertama dan terakhir. Ammar dan Nadira bertemu sekali lagi di Kudansang apabila Nadira yang asyik mengambil gambar terjatuh dalam gaung. Mereka berdua gagal naik ke atas kerana hari sudah lewat petang dan terpaksa bermalam di situ

Selepas pulang ke Kuala Lumpur, Nadira dan Ammar berjumpa sekali lagi. Mereka akan bekerjasama atas projek pengubahsuaian Hotel Vila milik keluarga Bazli iaitu tunang kepada Nadira. Nadira dan Ammar selalu berjumpa atas urusan kerja. Mereka cepat mesra kerana mempunyai banyak persamaan dalam perbincangan untuk projek tersebut. Ammar gagal mengawal perasaan dan telah meluahkan isi hatinya kepada Nadira. Kakak Nadira, Uzra yang sangat menyukai Ammar telah mengetahui kaitan arwah tunang Ammar dengan adiknya tetapi dia memilih untuk tidak memberitahu sesiapa



Benarkah cinta Ammar untuk Nadira atau sebenarnya hanya untuk Inara? Apakah kesudahan bagi cinta tiga segi antara Ammar, Nadira dan Bazli? Sama-sama kita saksikan..

Monday, May 21, 2012

BERFIKIR DAN BERFIKIR..










Dah lama aku tak update blog ni, bukan tak ada masa tapi sbb terlalu banyak sangat berfikir.. wkakaka.. Ape pun tahniah untuk penyokong chelsea kerana berjaya memenangi piala champion league, walaupun aku mencurigai pertandingan tersebut, sejarah telah diukir hanya mereka yang mengerahui kebenaran, huhuhu, tapi tahun depan sure piala tu milik manchester city , kepada penyokong manchester united. sorry to say la.. bye-bye manchester united, no cup this season.. wkakaka.. 

Ok.. kita teruskan ke agenda seterusnya.. Korang pun sure dah perasan or nampak sejak bermenjak nie aku makin aktif plak pasal politikus ni, mungkin aku baru dihantuk dan tersedar, iye la dulu aku hanya pak angguk sekarang aku sudah naik pangkat menjadi pemerhati, dalam aku memerhati banyak sangat yang aku dah belajar tentang dunia politikus ni.. 

Ada juga teman-teman berkata "tak payah nak sibuk, biar je diorang uruskan", kadang-kadang aku rasa betul juga kata-kata si polan si polan ni, tapi ada juga yang berkata "takkan kita hanya nak rasa kesenangan daripada titik peluh serta jerit perit orang yang berjuang untuk apa yang ada sekarang ni, dimana tanggungjawab kita", dan sekali lagi aku rasa ada benar juga kata-kata si polan si polan ini.. 

Sebab tu sekarang ini aku terjebak menjadi pemerhati dalam dunia politikus ini, tetapi aku tidak memihak pada mana-mana parti, aku hanya memerhati, jika salah, aku kata salah, jika benar, aku kata benar.. zaman sekarang maklumat senang didapati sesenang memakan kacang.. wkakaka.. tapi, ada juga maklumat yang dicelarukan hanya semata-mata untuk memesongkan permikiran pembaca.. Jadi di situ bermulanya penggunaan akal untuk mentafsir mana yang benar atau palsu.. jadi soal kecelaruan maklumat bukan satu permasalahan, rajin mencari, rajin berfikir dan rajin bertanya, cara yang betul dalam proses mengetahui kebenaran.. 

Sekurang-kurangnya aku tahu apa yang terjadi pada masa kini dan aku tahu apa yang terjadi didepan mata aku, aku tak nak terus melihat tanpa mengerti apa, tapi aku juga tidak mahu menjadi taksub dengan perkara-perkara tersebut, aku sekadar ingin tahu jika ada yang berbicara tentang perkara ini, tidak semudah itu aku akan terhasut atau tertipu.. Dunia ni macam-macam ragam.. dan aku tak nak jadi mangsa dalam pernipuan tersebut.. Jadi aku sekadar ingin tahu... huhuhu.. 


Tuesday, April 24, 2012

4 HARI LAGI..

KUALA LUMPUR 24April..



Waahhh.. cepatnya masa berlalu, tinggal untuk menghitung hari je lagi.. Upss. kawan-kawan jangan salah paham, aku bukan nak berkahwin, tapi nak join perhimpunan bersih, kenapa dan kenapa beriya-iya sangat aku ni, itu korang kene cari sendiri, sbb kalo korang tahu sebab musibabnya sure korang lagi excited dari aku, wkakaka.. Banyak jgak tentangan yang dihadapi kepada bakal pengundi yang kacak serta berwibawa macam aku ni yee.. wkakaka.. apa pun tomahan serta cacian korang, aku terima dengan hati yang penuh dengan prinsip demokrasi ni, dah harap-harap korang pun bergitu yee.. wkakaka.. baru ku tahu erti perjuangan, baru ku rasa erti perngorbanan.. waahh, dah mcm penganti pak samad la pula.. wkakaka.. Pagi esok akan berlangsung perlawan antara chelsea n barcelona.. hope sangat2 chelsea menang, bukan lalang ye, cuma meminati bola sepak, kalo selalu barcelona je menang tak best lor, kan2.. ape pon manchester city tetap cool n hot.. wkakaka.. esok ponteng kerja, pasti2 tido jom 6 pnye.. siap kan kerja awal2, t bos tak bising sangat2.. wkakaka.. kawan2 jgn ikut jejak langkah aku, korang kerja kuat2.. aku akan menyusul nanti.. wkakaka.. 
kepada kawan yang berhati walang, tenang-tenang kan hati n jiwa kamo, u r da best creation, so pasti kamo akan dapat da best partner, untuk mengharungi next part dalam kehidupan seterusnya.. owkey.. huhuhu..

Wednesday, April 18, 2012

TAKKAN DAH ABIS KOT??

KUALA LUMPUR 18April..









Kesana kesini aku mencari, kalau ku tahu awal-awal lagi aku dah cekop masa dorang kata ada banyak lagi.. kini aku tersadung disini.. sian aku. Wkakaka… 
Terpaksa la cari baju nama sendiri.. A.B.U... Tak kisah la ada ke takda ke, yang penting semangat aku takkan luntur walau pun minum cecair peluntur, dan sentiasa membara walaupun tak pegang bara.. wkakaka.. Pada rakan-rakan yang masih lena dibuai mimpi indah, ayuh bangun.. jangan terus tertipu dan ditipu seperti hari-hari yang diwarni oleh penipuan.. wkakaka.. 

Tuesday, April 10, 2012

KERJA BARU.. MATLAMAT PUN BARU..

KUALA LUMPUR 10 April..






Kawan-kawan, Hope korang dapat doakan aku pada 13hb ni, 
Moga-moga aku tenang dan tenteram dalam menghadapi sesi temuduga kali ni.. 


Ha,a jangan lupa juga doakan untuk aku pada 14hb ni dan 28hb nanti, semoga selamat pergi dan selamat kembali.. Wkaka.. mcm nak pergi berperang la pulak.. huhuhu..


Ada yang kata, "buat la apa pun, kau takkan boleh mengubah keputusan".. Peduli apa aku, janji pada 28hb nanti aku akan jadi sebahagian daripada sejarah.. Ada lagi yang kata, "apa yang kau dapat, nothing, dapat penat je".. Ada aku kisah, aku buat semua ni demi masa depan generasi aku, demi masa depan watan aku.. Keamanan takkan datang kalau tidak dicari, Perubahan tidak akan berlaku jika terus duduk menyalak.. 


Yang masih tidur, Jangan terus terlena,
Yang masih rabun, Jangan sampai buta,
Ayuh bangun, Ayuh buka mata,
Jangan hanya melihat apa yang akan berubah
Tapi ubah apa yang patut diubah..
5:15.. liee~

Monday, April 2, 2012

UNTUK KAWAN YANG BERHATI WALANG..




Disini ada satu coretan pendapat aku yang tak seberapa kepada kawan ku yang berhati walang dengan memikirkan tentang ketaatan atau kehandak sebagai satu punca permasalahan.. Hanya ini sahaja yang termampu aku lakukan sebagai kawan mu, semoga ia akan menjadi satu landasan untuk mu dalam membuat sebarang keputusan..

Kadang-kadang aku tertanya-tanya, tersoal-soal kenapa keputusan atau persembahan yang aku tunjukkan tidak mendapat restu dari yang sepatutnya memberi perkenaan tersebut… Adakah keputusan aku yang salah atau keputusan mereka yang betul, adakah persembahan aku yang betul atau cara mereka menilai persembahan aku yang salah?.. Jangan dipersoalkan mereka yang mengikut tuntutan islam sebagai sandaran membuat pilihan, tapi adakah keputusan dan hak aku untuk memilih harus diketepikan? Aku akan bersamanya, bukan sehari dua, tapi bertahun lamanya, jika ditakdirkan semati juga bersamanya, adakah hak aku itu selayak dengan hak mereka yang melahirkan aku di dunia ini..

Kadang-kadang aku tertanya-tanya, apa perbezaan atau kelainan dalam keputusan mereka dan aku?.. BAHAGIA, bukankah itu satu-satunya permintaan mereka yang berhak dah keinginan aku yang berhak..

Jadi apa kesalahannya???...

Cinta tidak boleh dipaksa??.. Ape ayat yang mengarut ni?? Tuiii, tuiii, tuiiii.. wkaka..

Adakah kau berani memberi jaminan bahawa si dia tidak akan tinggalkan kau sampai ke akhir hayat kau?…
Jika tidak..

Salahkah kau berkorban demi orang yang nyata menyayangimu?

Tak semua pilihan mereka bencana tsunami buat kau, mungkin ianya satu permulaan kepada banyak keindahan untuk kau. Tapi tak salah jika kau mencuba dan terus mencuba mempamerkan atau mempersembahkan pilihan kau, Mungkin satu hari nanti pintu hati mereka terbuka dengan pameran kau.. Tapi jangan kau lupa untuk terus meminta pada yang Esa kerana Dia lebih mengetahui mana yang terbaik untuk kau..

Allah memberi kau dugaan yang hebat ini kerana Allah sayangkan kau, Dan percayalah, selepas ini kebahagiaan akan bersama kau selamanya.. Kan Allah dah berjanji, Kesudahan yang baik hanya untuk orang-orang yang bersabar.. Bukan abu yang berjanji, tapi Allah..

Nota:
Kata orang, yang tua lebih awal menikmati asam garam kehidupan..
Kata abu, zaman makin berubah, asam garam kehidupan pun berbeza..
Kata orang, yang tua hanya mahukan yang terbaik dalam kehidupan warisnya..
Kata abu, Zaman kini, semua mahukan yang terbaik untuk diri sendiri..
Kata abu lagi, dulu dan kini banyak berbeza tapi banyak juga yang serupa.. Walau apa pun perbezaan dan persamaannya, ianya tetap sementara..

Nota lagi: Aku takde p.h.d dalam hal-hal perkahwinan ni, dan aku rasa aku tak layak nak berhujah pasal-pasal ni, Tapi peduli apa aku, yang aku tahu aku tetap nak kongsi sesuatu, terpulang nak dengar atau tidak...
 
Walau dengan pilihan kita atau bukan pilihan kita sekali pun, tetap kita sendiri yang mencorak atau mewarnai gerbang perkahwinan itu sendiri, tiada siapa boleh menjamin apa yang akan berlaku selepas 4 or 5 tahun berkawin kecuali kita sendiri yang berusaha mengekalkannya.. Jadi jangan la dikusutkan, dipeningkan atau diserabutkan kepala otak tu, siapa atau siapa pun biar masa tentukan, kita ikut rentak kita dan mereka, jika sampai detiknya pasti takkan kemana jua..

Saturday, March 24, 2012

sibuk2 sibuk2 sibuk...

Kawan Ku... Sorry sbb lama tak berinteraksi kan blog nie, sibuk, sibuk, sibuk sgt2.. huhuhuh.. nie pun tgh sibuk... t aku take a msg g ekk.. daa..

Tuesday, March 13, 2012

Forrest Gump..



Kawan Ku...
Malam ahad lepas, aku ade menonton sebuah filem epic-comedy yang ditayangkan sekitar tahun 1994, cerita ini dipetik dari novel tulisan Winston Groom dan diarahkan oleh Robert zemeckis serta dibintangi oleh Tom Hanks, Robin Wright dan Gary Sinise.. Filem ini berkisarkan bagaimana seorang pemuda yang mempunyai IQ rendah telah mengharungi liku-liku kehidupan, dan terdapat pelbagai peristiwa- peristiwa yang tidak diduga.. Filem ini telah memperolehi kutipan sebanyak usd 677juta seluruh dunia dan telah memenangi Anugerah Akademi untuk Best picture, Pengarah, Pelakon, Layar, Penyuntingan dan Kesan Visual dan mendapat pelbagai anugerah dan percalonan lain, termasuk Anugerah Golden Globe, Anugerah pilihan Rakyat Dan Anugerah Artist muda..
kalau korang ade masa tengok-tengok la cerita yang hebat ni, pasti korang pun bersemangat macam aku jgak.. huhuhu..


Monday, January 30, 2012

Sakit Hati...

Kawan Ku...

Dah lama aku tak rasa sakit macam nie.. huhuhu.. untuk pertama kali nya aku serius dalam sesuatu hubungan, ingat kan panas sentiasa, tak sangka plak tsunami yang datang.. hahahaha.. aku dah salah kira2, so kene terima la segala kemungkinan yang dtg.. lain kali kalo tak nak kene pangkah kene fokus betol2 Abu.. huhuhu..

Dari kekecewaan lalu, aku ingatkan kau tahu nilai kasih sayang, sbb tu aku sanggup tarik kau keluar dari masa lampau, tapi tak sangka plak kau tenggelamkan aku supaya kau dapat bebaskan diri kau.. Dan sekarang kau gah pula berkata2 tentang cinta.. Bgi seseorang yg tidak tahu erti kasih sayang layak ke kau berpidato ttg cinta??... hahahaha... “cinta tak boleh dipaksa”.. Dulu kau yang mengagung2 kan cinta, sampai kau tidur berbantalkan air mata, makan ber”ulam”kan hati kecewa, konon yang pertama adalah yang terakhir. Kini, ke kiri dan ke kanan kau mencari cinta, puas kau kopek disini disana kau buang, tidak salah untuk mencari yang sempurna, tapi jangan pula kau campakkan cermin tanpa melihatnya… hidup ni sementara sahaja, tiada apa yang kekal selamanya..

Friday, January 13, 2012

Dulu dan kini...

Dulu diri mu di puja mereka di setiap penjuru kota dan desa,

Kini diri mu di hina di caci oleh mereka selagi adanya masa,

Dulu sahabat-sahabat mu di kanan kiri berkata setia bersatu,

Kini kau ditikam depan dan belakang oleh sahabatmu satu persatu,

Dulu kau di fitnah oleh cerita dongeng ciptaan mereka yang tamak dan busuk hati,

Kini dengan hikayat kanak-kanak, mereka-mereka ingin kau di pasung dan di ikat mati..

Dulu tanpa keadilan kau di humban kedalam neraka ciptaan musuh-musuh mu,

Kini setiap langkah dan bayang mu, menjadi mimpi ngeri buat musuh mu,

Dulu ketika kau dijatuhkan mereka gembira dan ketawa sesama sendiri,

Kini keadilan milik kau dan mereka menangis berguling-guling kerana kebodohan cerita sendiri..



Sunday, January 8, 2012

Cintaku...

Cintaku...

Kata orang cinta bisa membahagiakan, kata orang juga cinta bisa membinasakan. Walau apa pun kata orang2, cinta itu tetap dambaan mereka, demi sebuah cinta bermacam2 cara sanggup dilakukan.. Tapi ada juga diantaranya tidak percaya atau sudah lelah pada cinta, hilang rasa kerana sakitnya, hilang percaya kerana diperdaya..

Kata orang, setiap yang datang akan pergi, adakah setiap cinta yang datang itu akan pergi dan yang pergi itu akan kembali atau hanya bertukar ganti.. mana nilainya harga cinta yang diagungkan oleh orang2 itu sebenarnya, jika ia mudah datang dan pergi...

Tapi peduli apa kata orang2, mereka hanya berkata, tapi aku yang merasa, jika banyak sakitnya demi sekelumit bahagia, rela aku pilih bahagia, bukan untuk siapa2 tapi untuk aku kerana aku inginkannya.. Di perjalanan berliku ini, ku hulurkan tangan pada cinta, jika benar ia untuk ku, sambutlah dengan ceria, jika tidak, lepaskan lah tangan ku.. cinta ku hanya sekali, jika sekali itu hanya untuk ku biarlah ia pergi hingga akhir riwayat ku.

Cintaku, cintaku, cintaku….