Wednesday, December 31, 2014

ILMU

AKU DAN DIA

Ilmu (14)

Antara kita aku manusia kau manusia
Beda hanyalah amalan dan ilmu kita
Hidup di dunia banyak perlunya
Yang penting hanya ilmu limu dan ilmu.

Hak kau sama hak aku sama serupa
Tak berjaya musnah kau dan aku jika tiada ilmu
Bisu kau pekak aku buta kita jika tiada ilmu
Ada duit hilang duit buat duit semua sebab ilmu.

Kerja kau kerja aku semua perlukan ilmu
Miskin kaya ilmu tetap untuk semua
Cari cari cari dan terus mencari
Usaha gigih kental ujian mendapatkan ilmu.

Jatuh kau bangkit aku demi mencari ilmu
Tahankan hak kau dengan ilmu
Suarakan hak kau dangan ilmu
Perjuangan hingga mati menuntut ilmu pasti
Terhumban aku di unisel mencari ilmu.

Demi masa depan yang penuh gemilang
Demi masa depan yang terus terbilang

MARAH

AKU DAN DIA

Marah (13)

Kau ni cilaka betul la, lambat gile,
Tahu tak berapa lama aku tunggu kau, pukimak betul.!!

Kau ingat kau sapa nak aku tunggu-tunggu,
Banyak lagi kerja lain aku nak buat tahu tak.!!!
Buat sakit kaki aku je kalau aku tendang kau,
Sampai patang tangan aku kalau aku tumbuk kau.!!

Nasib baik kau je pilihan yang aku ada
Apa pasal lambat sangat hah!! cepat la!!
Betul la aku pecah kan juga kau ni bangsat!!

Jangan sampai aku terbalik-balik kan kau
Aku cabut semua yang ada kat badan kau nanti..

Cepat la, lambatnya kau ni, KTM ( komuter )

Huh!! Sakit hati aku…

BERDUA DI GERABAK CINTA

AKU DAN DIA

Berdua di gerabak cinta (12)

Diam ku bukan sekadarnya, penuh berisi,
Malu aku untuk ingin kau mendekati aku,
Dalam sepi tanpa bicara sunyi romantis,

Kau tahu aku kau cinta mekar berdua,
Cukup sahaja berdua berdua sentiasa,
Hanya pandangan tiada kata bicara dimainkan,
Rindu rindu kau terpahat di gerabak ini,

Harap kekal selama indah saling berdua,
Walau berhimpit sesak kita tetap berdua,
Menempuh segala semua hanya kita berdua,

Sukar senang lalui tanpa mengeluh keluh,
Selagi Kau di sisi segala resah susah hilang ghaib,
Aku cinta aku hanya kau cinta aku,

Kekal selama cerita indah kita berdua berminggu,
Kenangan Kekal selama bermain di hati,
Kajang shah alam berdua menanti datang pergi,

Landasan ini menjadi saksi perjalanan cinta ini.

Sunday, December 28, 2014

CINTA AKU DIA

AKU DAN DIA

Cinta aku dia (11)

Kau ada, aku pun ada,
Kau tiada hilang nama kita,
Gembira kau aku menangis,
Terharu kau lagi la aku terharu,
Menangis kau aku terdiam sunyi,
Menjerit kau aku menyanyi berpuisi,
Tidur kau mandi aku tidak basah,
Cinta gadis ku sudah aku temui aku miliki,

“aku cintakan kau, puteri ku”

Miliki cinta dia aku cinta aku dan dia,

Aku mati senyum gembira melompat langit tinggi,

Biru langit merah hati aku hijau cinta aku miliki..

Sempurna semua sudah aku ingini.. “DIA“

Terima Kasih Allah.

JANGAN KAU DIAM

AKU DAN DIA

Jangan kau diam (10)

Hoii kau ni bodoh la
Aku tumbuk kau boleh
Babi la kau ni macam anjing
Sial la kau, pergi mati la
Haram jadah kau ni
Muka macam tenuk
Eee, busuk la kau
Cilaka kau ni, bangsat kau
Heiii pergi mati la kau haram

Cakap la apa pun, buat lah apa pun aku terima,

Tapi jangan kau pernah diam dan sepi,

Nanti aku sunyi sepi mati sendiri takut.

ADA AKU UNTUK KAU

AKU DAN DIA

Ada aku untuk kau (09)

Katakan segalanya, luahkan segalanya,

Ada aku tempat bertanya bercerita bergembira,

Sakit kau katakan bingung kau nyatakan,

Marah kau lemparkan maki kau ucapkan,

Amuk lah semua arah, aku teman aku temankan,

Bersuka, bernyanyi, melompat berguling semua,

Ada aku di depan belakang segala arah,

Lari lari dan lari jatuh bangkit dan terus berlari,

Lakukan segalanya hanya untuk gembira,

Pecah hempas pukul hentak pijak selagi terdaya,

Campak humban lempar tendang masalah keluar,

Jangan takut bimbang kuatir resah gelisah,

Ada aku untuk kau tempat sedut segala musibah,

Buatlah semua selagi suka marah lagi ada daya,

Tapi satu harapan aku, air mata kau jangan pernah tumpah..

LUAHAN YANG TERTINGGAL

AKU DAN DIA

Luahan yang tertinggal (08)

Hati ku gundah gelisah marah terharu,

Mata ku meliar kiri kanan depan hilang,

Diri ku kusut melusut hamis dan terbang,

Kau di hadapan ku dan aku memerhati,

Kau yang aku cari di perjalanan ku tinggal,

Ingin miliki mu tapi hati gusar takut pengecut mati,

Adakah aku hanya dapat memerhatikan kau lari,

dengar kau tapi tidak dapat memiliki kau apa,

Lawan aku lawan jika kau dalam ancaman,

Rela aku rela jika aku sebagai ganti nyawa,

Tapi kenapa aku bingung keliru bodoh atau kecut,

Keinginan ku dibelenggu dengan pemikiran, cilaka nya

Harapan menjadi angan jika bodoh berterusan bangang,

Cinta hanya cinta hanya cinta tanpa kata hanya cinta,

Aku lembap takut hilang mati tapi hanya kau gadis aku..

Wednesday, December 24, 2014

BODOH

AKU DAN DIA

Bodoh (07)

Ahh.. Cilaka la kau, lembap la kau, bangang la kau.

Apa yang kau takut kan sangat ni haa
Cakap sajalah yang kau suka pada dia
Bukan susah sangat pun.

“aku suka kat kau” lembapp….

Tapi aku ni sapa, dia suka ke kat aku
Argg..

Pergi mati semua tu, pedulikan semua tu
Yang pentingnya kau, perasaan kau, keinginan kau

CINTA kau..

Ahhh.. biar la, lantak la apa nak jadi, aku tengokkan la dulu.

Bodoh la kau, Lembap nak mampus..

KENAPA KAU

AKU DAN DIA

Kenapa kau  (06)

Kenapa kau tunjuk aku benda yang tidak senonoh,

Kenapa kau ucapkan pada aku perkara yang tidak baik,

Kenapa kau ganggu aku setiap hari,

Kenapa kau buang pada aku benda yang kau sayang,

Kenapa kau kejutkan aku yang dah lama lena,

Kenapa kau, kenapa kau, kenapa kau
Kenapa kau ajar aku erti CINTA..

Tuesday, December 23, 2014

GADIS KU

AKU DAN DIA

GADIS KU (05)

Detik pertama  terlihat diri kau
Sungguh aku bagai tak percaya
Tersangatlah indah ciptaan tuhan.

Ketika kau melangkah hampiri aku
Berdegup kencang bergetar jiwa
Laksana bidadari turun dari kayangan.

Semasa kau bertutur suara
Terdiam aku tidak terkata
Indah merdu menusuk kalbu.

Penuh perhatian aku tumpukan
Tinggi pujian aku karangkan
Setiap tutur aku simpulkan
Bagai tak percaya kau yang aku mimpikan

Si gadis ku..

Monday, December 22, 2014

KERJA

AKU DAN DIA

Kerja. (04)

Pagi-pagi dah kene bangkit,

Mak datok punya la sejuk,

Perlu tidak lewat dan tepat datangnya,

Pandang kiri aku nampak kau,

Pandang kanan pun nampak kau,

Benda sama setiap hari aku lakukan,

Cukup masa aku rehat,

Cukup waktu aku pulang,

Dan malam tidur ku tak lena,

Teringat esok hari benda yang sama aku lakukan,

Kepala rungsing hati besut badan kusut,

Oh kerja, aku dah jadi gila..

KEJUTAN 2002

AKU DAN DIA

Kejutan 2002. (03)

Countdown time!!!

5
4
3
2
1

Happy New Year!!!

Selamat tahun baru semua, yeahh…

Tut, tut..

“Ello.”

“Awak, selamat tahun baru,”

“Apa hajat awak di tahun ni?”

“Hurm. Saya harap awak akan sentiasa bersama saya.”

Aku terdiam….

Sunday, December 21, 2014

SEHINGGA AKHIR HAYAT

AKU DAN DIA

SEHINGGA KE AKHIR HAYAT. (02)

“Hei Perempuan, Pulangkan balik apa yang kau dah curi.!!”

“Hoi lelaki, Apa yang dah aku curi.?”

“Hei Perempuan, Kau dah curi hati aku la. Pulangkan Cepat!!”

“Hoi Lelaki, Hati aku yang dah kau curi, Kenapa tak kau pulangkan.?”

Si lelaki terdiam kaku..

“Hoi Lelaki, Hati aku dah kau curi dan kau simpan, kenapa aku tidak   boleh curi dan simpan hati kau.!!”

“Hei Perempuan, aku kuatir kau tidak mampu untuk menjaga hati aku sebagaimana aku menjaga hati kau.”

“Hoi Lelaki, Kau hanya perlu percaya pada aku.!!"

“Hei Perempuan, sekiranya suatu hari nanti kau lari bersama hati aku, Bagaimana.?”

“Hoi Lelaki, aku tidak akan lari, sebab hati aku pada kau dan hati kau pada aku. Bagaimana pula jika kau yang lari.?”

“Hei Perempuan, saat aku meletakkan hati kau pada diri ku, saat itulah aku telah berjanji hanya kau yang akan bertahta di hati aku sehingga ke akhir hayat aku..”

“Hoi Lelaki, saat kau mencuri hati aku, Saat itu aku telah berjanji hanya kau lelaki yang akan aku jadikan putera hidup ku. Dan aku hanya milik kau sehingga ke akhir hayat kau..”

Dan mereka saling berjanji..

Thursday, December 18, 2014

PERMULAAN

AKU DAN DIA.

PERMULAAN. (01)

Hi,-

Asl plezz-

Area mana tu.-

Bla, bla, bla mencarut lagi dan lagi,
mIRC ( internet relay chat ) ciptaan Khaled Mardam-bey, satu gerbang  yang melontar aku untuk mencari beribu dan berjuta-juta kawan di alam maya. Juga diantara penghubung perkongsian minat serta kerenah pelbagai remaja serta dewasa.

Pada usia di sekolah menengah, Ketika jiwa sedang memberontak dan sifat ingin berkenalan membuak-buak, mIRC menjadi satu tempat untuk mencari kawan, pasangan, teman seFly away, dan tidak terkecuali sebagai flatfom melepaskan tekanan serta kemarahan..
Begitu juga aku tidak terkecuali diantara jutaan mereka-mereka yang terjebak dalam wabak chating tersebut.. Hampir setiap hari selepas pulang dari sekolah aku berchating, mencari kenalan-kenalan baru,

TizzyCrazy

Seorang perempuan melalui tulisannya ku simpulkan sebagai seorang yang sedikit gila-gila, keras kepala, degil, dan seorang yang misteri.. berikutan misteri itulah yang membuat aku ingin lebih mengenali beliau. Kami berhubung selama hampir setahun di dalam chating, sebagai seorang sahabat dan kawan, Pelbagai cerita masalah dan kerenah kami suarakan di ruangan tersebut.

Ketika memasuki tahun yang kedua, hubungan menjadi rapat akrab kerana di kesiangan kami berchating  pabila malam menjelma kami lanjutkan ketalian suara pula.

Di dalam kegilaan ini dengan tidak pernah bersua muka, muncul satu perasaan yang tidak tersangka-sangka, dan perasaan itu tidak dapat dirungkai oleh kami berdua sehinggalah..

AKHIR TAHUN 2001

CERITA KU

Kuala Lumpur
18 Dec 2014

Tersimpan satu karya yang lama terpendam, kini untuk tatapan ramai aku persembahkan.

Aku dan dia..

Karangan pendek kisah kasih aku dan dia semasa alam pembelajaran tentang kehidupan, tentang perasaan, tentang kesakitan..

Cinta..

Semua pasti pernah alaminya, bahagia juga derita di coretkan dalam ceritera ini, tentang aku dan dua berbeza dua dunia di satukan dalam alam maya..

Di realiti..

Aku persembahkan.. Semoga bahagia membaca..

Monday, November 17, 2014

DEMI APA

Kuala Lumpur
17hb Nov 2014

Manusia makin gila,
Dibunuhnya ayah budak itu,
Maknya pula di bakar hidup hidup,
Abangnya di sembelih seperti binatang,
Kakaknya di ratah bagai makanan,
Adiknya di tembak kepala, dan dia..

Fikirnya, apa dia nilai nyawa.
Sewenang itu di bunuh sahaja.
Adakah mereka tidak punya keluarga,
Tidak punya saudara saudara,
Hingga hilang pertimbangan membunuh menyiksa menyamai haiwan mengalahkan syaitan..

Itu dia. Manusia, darah sama warna. Tapi hati lain semuanya. Demi apa..

Harta,
Kuasa,
Pangkat,
Nama,

Agaknya, mereka lupa mereka juga manusia..

HUJAN NOVEMBER

Kuala Lumpur
17hb Nov 2014

Kelihatan kanak kanak itu leka bergurau senda, di sirami rintikan hujan November yang sentiasa menjelma, gembira di wajah mereka semua.

Di satu sudut, gadis tu terusap-usap mata nya, basah juga disirami air hujan, terdengar esakkan perlahan, yang pastinya hujan itu menyelindungi tangisan.

Langit bagai mengerti akan hatinya yang pecah, di turunkan hujan bagi menyejukkan bara nya, mendongak lelaki itu ke langit dan berkata, "Kenapa".

Hujan November bagai menggila, di banjirkan kawasan yang leka, di tenggelamkan sudut penuh dusta, kesilapan mereka di hukum terus tanpa kata.

Sandiwara sentiasa berterusan,
Hujan makin lebat.
Kisah terus hebat,
November bulan rahmat,
Buat mereka yang menghargai nikmat..

Hujan November.

Thursday, October 23, 2014

HILANG

Kuala Lumpur
23 Okt 2014

"Aku hilang handphone." 

Hilang segala nama,
Hilang segala cerita,

Bukan harga jadi ukuran,
Tapi kenangan jadi kiraan,
Hati aku ada di dalam,

Adakah ini petunjuk dari Nya,
untuk aku teruskan cerita,
Lupakan dia yang bersarang,
dalam handphone jadi luahan,

Andai ini sudah takdirnya,
melangkah kedepan aku rela,
Selamat tinggal wahai kenangan,
walau berat aku lepaskan,

Hidup ini perlu diteruskan,
Patahkan tumbuh hilang pasti berganti,
Cekalkan hati kuatkan semangat,
Menempuh hidup di kemudian hari,

Bagai anak hilang aku mencari,
Tak lena tidur termimpi-mimpi,
Di mana dia hati ku,
Di mana dia hati ku..


Sunday, October 5, 2014

KORBAN

Kuala Lumpur
05 Okt 2014
10 Zulhijjah



Selamat menyambut ibadah korban kepada seluruh umat islam di dunia, Bersama-sama kita nikmati makna sebalik korban itu.

Inilah hari di mana hari untuk memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.  

Ini juga hari  untuk menunjukkan keikhlasan seseorang melakukan pengorbanan kerana Allah dan terus menerus mendekatkkan diri kepada Nya. 

Ibadah ini juga telah menjadi amalan tradisi para Nabi sejak Adam dan Nabi Muhammad s.a.w dan sebagai umat islam haruslah kita turut menyambut Hari Raya Korban ini selaras dengan tuntutan Rasulullah s.a.w..

Dalam satu riwayat daripada Aisyah, disebutkan bahawa Nabi S.a.w bersabda yang bermaksud "Tidaklah keturunan Adam melakukan sesuatu perbuatan pada hari nahr yang lebih dicintai Allah selain mengalirkan darah (menyembelih haiwan korban). Haiwan sembelihan itu akan datang pada hari kiamat membawa tanduknya, kukunya, dan bulunya. Sesungguhnya darah haiwan sembelihan itu sampai kepada Allah lebih dahulu daripada sampai ke tanah. Maka sucikanlah diri kamu dengannya." (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tamizi).

Bagi mana yang berkemampuan adalah berkewajipan melaksanakan ibadah ini kerana Baginda Rasulullah S.a.w sendiri pernah bersabda "Barang siapa yang mempunyai keluasan rezeki, lalu tidak berkorban, maka janganlah mendekati tempat solat kami. (Riwayat Ibnu Majah).

Begitulah Ibadah korban ini merupakan antara salah satu ibadah yang menunjukkan keikhlasan dan kesanggupan kita dalam mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Semoga kita semua tergolong dalam kalian mereka-mereka yang beriman dan beramal soleh.. 

Amin..




Sunday, September 28, 2014

MATA BERKACA

Kuala Lumpur
28 Sep 2014

Mata Berkaca

Langit malam seperti mengerti akan perasaan aku

yang hanyut menghilang tidak melihatkan sinar cahaya bintang,
Angin juga tidak ingin lihat aku menderita

kerna tidak disampaikan padanya kata rindu ku,

Bulan bercahaya pudar seolah menggambarkan hati ku yang makin  layu,
Pada alam ku harapkan agar dapat menceritakan

perasaan aku padanya yang terlalu lama beradu,

Harap dia tahu dalam hatiku terukir namanya

seperti coretan ombak pada pasir pantai sentiasa ada tidak pernah hilang,
Tapi masa seperti cemburu di cepatkan berlalu pergi ingatan

aku padanya sehingga tiada khabar berita atau cerita,

Aku seperti  kanak-kanak hilang di rimba,

meraba-raba mencari arah jalan keluar 
sedangkan terpampang tanda arah tidak di endah, 
Untuk sekian kalinya jiwa ini meronta melepaskan kata 
memaksa diri untuk meneruskan hidup tanpa dia,

Teruskan kehidupan wahai kamo, 

mungkin sudah takdir kita untuk tidak berdua,
pada yang Esa aku meminta jagalah dia lindungilah dia 
kerna aku tiada daya.
 

Moga berjumpa lagi mata berkaca..

#Sahabatdirisendiri
abugarcia@Sirfaerdlie

Saturday, September 27, 2014

RUMAH ITU BAHAGIA MU

Kuala Lumpur
27 Sep 2014

RUMAH ITU BAHAGIA MU

Di pelusuk itu si kecil sedang enak berkejaran gembira

keriangan bermain bersama-sama beradiknya,
Si ibu pula keliaran matanya mencari kelibat Si Janggut 

yang sejak dari tadi tidak kelihatan mula runsing,

Sunyi sepi menghiasi meja yang dihuni oleh mereka-mereka 

seperti hilangnya seri pada muka pengantin yang gembira,
Bahagia Si janggut ada di mana tiada siapa yang mengerti

 setelah melihat perilaku nya yang tersirat dan tersembunyi,

Luahan demi luahan menghuni muka buku yang rasanya mampu 

membuat bahagia di hatinya gembira di wajahnya.
Tanggungjawab menjadi rantai yang mengunci dirinya 

atau isi rumahnya tapi di wajah Si janggut senyum sentiasa,

Panggilan dan persoalan pasti sering diajukan oleh si kecil 

yang makin tahu dan mengerti hilang mana Si Janggut,
Hambar satu kenikmatan berpunya jika masa sentiasa dihabiskan

untuk gembira seketika terlupa pada milik selamanya,

Mereka-mereka tidak tahu apa yang berlaku di rumah sana

Si janggut bijak menyembunyi kata-kata seorang bapa.
Muka buku menjadi satu cerita jika digabung semua kata-kata 

yang di tekan dari seorang yang diberikan gelaran oleh si kecil gembira,

Moga di suatu hari nanti akan ada cahaya gembira buat mereka-mereka semua

dalam karangan cerita ini yang mana bahagia mereka ada tapi tidak mereka dihargai..
 

Rumah itu syurga dunia pada mereka yang menghargainya..

#sahabatdirisendiri
abugarcia@Sirfaerdlie

KATA KATA SANG PUTAR

Kuala Lumpur
27 Sep 2014

KATA KATA SANG PUTAR

Masyarakat yang sentiasa berkejaran mencari kekayaan terlupa 

akan dia sang putar bebas bersenjata merbahaya,
Si bijak turut menjadi mangsa sang putar yang pandai bermain kata 

di beri gelaran professor ketawa sentiasa,

Langkah strategi nya buat yang berkuasa bagai hilang bisa 

bila berhadapan dengan sang putar tersengih gembira,
Tangisan mereka-mereka menjadi permaidani buat sang putar

 untuk berlari-lari dan menari-nari tanpa mengenal masa,

Maruah diri bagai hilang tersembunyi dengan permainan wajah yang simpati

bagai suami yang hilang bini,
Emosi dan tekanan menjadi bahan gelakan bila berhadapan sang putar 

yang penuh nafsu tanpa henti-henti datang menganggu,

Melangkah bergaya Sang putar dengan mata meliar mencari mangsa 

yang bertuhankan nafsu bebas dari penjara,
Rakan-rakan semua sudah diperdaya dengan kata dusta 

sang putar yang penuh senyuman palsu di muka,

Masa depan tidak di peduli janji langit sentiasa berdiri 

kaki boleh berlari mata boleh mencari hati takkan mati,
Pemikirannya sentiasa di jadi bahan uji kaji oleh mereka yang telah hilang harga diri

di tangan sang putar yang bijak melontar janji,

Ugutan dan paksaan menjadi satu cara berguna untuknya 

tetapi di akhir kali mereka-mereka juga yang menangis berduka,
Semoga bergembira sang putar menganiaya yang leka di luar sana, 

hidup lah sentiasa selamanya dengan derita mereka-mereka,

Jika nanti ada yang datang untuk mencabut nyawa, 

demi menjalankan tanggungjawabnya boleh kau cuba segala senjata kata yang kau ada.
 

Moga bahagia sang putar.

#sahabatdirisendiri
abugarcia@Sirfaerdlie

MENGAPAI LANGIT YANG TINGGI

Kuala Lumpur
27 Sep 2014
 
MENGAPAI LANGIT YANG TINGGI

Dengan perlahan Si Bongkok menghayun kaki

berlalu pergi sambil ditemani hancurnya hati,
Sedang lelah mencuba mengapai keinginan itu 

walau sedar diri tidak mampu untuk memiliki di gagahi jua keringat diri,
 

Dari belakang si puteri sedang lunak meneliti keindahan diri sendiri
tanpa pernah menoleh seketika untuk memerhati,
Langit bagai mengerti akan derita si bongkok dan di kirimnya titis air sebagai ganti sakitnya hati,
 

Di paksakan diri untuk memenuhi keinginan Si Puteri 
kerna itu permintaan hati sedang tahu si bongkok tak kan mampu berdiri,
Hanya inginkan satu senyuman dari Si Puteri menjadi azimat buat diri bagi menempuhi rintangan ini,
 

Berdekah ketawa Si Puteri melihat telatah Si Bongkok cuba berdiri 
tanpa mengetahui derita yang dihadapi.
Dengan semangat yang kuat terketar

Si Bongkok perlahan berdiri seinci demi seinci,
 

Resah Si Puteri mula menghantui melihat permintaan diri hampir pasti di penuhi Si bongkok yang tak sedar diri,
 

Terbaring Si Bongkok di kawanan duri sebelum berjaya berdiri 
menoleh ke belakang Si Puteri melarikan diri setelah menolak jatuh dirinya,

Hancur berkecai impian hati tak terasa sakit nya diri, bertanya kembali apakah yang harus dibuatnya lagi untuk sekadar melihat senyuman indah Si puteri idaman hati.


#Sahabatdirisendiri
abugarcia@Sirfaerdlie 

Tuesday, September 16, 2014

"NAMA ITU"

Kuala Lumpur
16 Sep 2014

Nama itu yang memenuhi kenangan indah lalu,
nama itu menjadi bualan hati sesama diri, 
dan nama itu tersegam indah kekal dalam hati diri ini..

Di kikis di corek dan di robek robek nama itu, namun tetap kekal tersenyum damai di situ,
Pernah di ganti dengan nama yang segar dan baru tapi segera datang penghalang dengan racun dan amaran dalam genggaman.

Boleh kah nama itu segera di singkir atau di buang bagai memadam kotoran di lantai, 
perlukah diri di bedah semata- mata nama itu ingin di hindar,
selama mana diri ini akan kekal hidup tanpa bahagia dengan di rantai dan digari dengan "nama itu".

Hidup lah dengan nama itu.
dan mati lah dengan nama itu.
tapi jangan pernah menggantikan nama itu dengan yang lain, walau bertahun lamanya tetap akan kekal nama itu..




SANGKUT

Kuala Lumpur 16 Sep 2014

Karya tersangkut..

Beberapa hasil penulisan tidak dapat diteruskan walaupun lakaran babak telah siap sempurna dihasilkan, penghiasan penambahan seperti kehilangan seri tak punya hati..

Ada yang kata teruskan hingga habis biar hasilnya nanti dapat di nilai oleh pembaca..

Bagi aku pula, mengapa teruskan jika ianya satu karya yang hanya akan di tukar menjadi contengan arang ke muka sendiri.. Akan aku lengkapkan  satu hari nanti biar lambat asalkan berbaloi dan puas hati penulis serta pembaca..

Bagaimana jika kau selesaikan tugas kau iaitu penuhi hati kau yang kosong dengan isinya.. mungkin itu akan membuat kau berjaya menulis semula..

"Mungkin" sahaja kata ku..

Walau apa pun pendapat dan cadangan, di akhir cerita tetap aku sebagai hero nya..
Kekadang tertanya sendirian, yang tersangkut itu karya ku atau diri ku??...

"Harap diam semua.." 
 

KERJA KERJAYA

Kuala Lumpur
16 Sep 2014

Malaysian days..

Assalamualaikum semua.
Selamat menyambut hari malaysia kepada semua penduduk malaysia semoga di hari-hari berikutnya menambahkan ukwah serta satu padu antara kita berbangsa semua hendaknya..

Sebulan berlalu dari akhir penulisan, bukan tiada idea tetapi kesibukkan melanda-landa.. Alhamdulillah kepada Nya atas segala pemberian dan rahmat ke atas semua manusia juga terhadap aku.. Mengingatkan memberi petunjuk tanpa penah jemu membawa aku ke arah yang lebih baik..

Pilihan sentiasa ada walaupun kita di jalan terakhir, gunakan peluang dengan sebaiknya tanpa ada penyelesaian di akhir nanti.. Pada mereka yang merasakan sedang berada di jalan buntu, sejenak pejamkan lah mata anda dan renung kembali apa kemungkinan yang anda terlepas, Insyallah pasti ada jalannya..

Untuk sekian kalinya aku memilih kerja daripada kerjaya, mengambil satu langkah yang nyata bukan kegemaran yang sentiasa aku lakukan. Seperti kata di atas pilihan sentiasa ada, dan ini adalah pilihan yang aku buat.. Tercampak kembali aku ke dunia yang pernah bertahun aku tinggalkan..  Sedar tak sedar sudah hampir sebulan aku disini.. Alhamdulillah aku gembira..

Tidak perlu banyak menggunakan akal fikiran, cuma memerlukan penelitian dan ketepatan masa.. Banyak berkomunikasi dengan pelbagai kerenah orang, kekadang lebih banyak aku ketawa sendiri melihat latah mereka-mereka..

Ada yang pernah berkata mengapa lama tidak melakar tulisan?

sekarang banyak aku titipkan karangan ke laman tweeter, penulisan dari segala sudut pandangan, menulis kala senang atau suram waktu, cakaran yang tidak mahukan sesiapa paham tetapi mahu seseorang buat pedoman tauladan dalam kehidupan...




 

Tuesday, August 5, 2014

BULAN KEMENANGAN KEMERDEKAAN

Kuala Lumpur
05 Ogos 2014



Selamat Hari Raya kepada semua aku ucapkan. Salam kosong-kosong, segala salah dan silap harap di maafkan, jika terasa hati dengan segala penulisan amatur aku ni harap2 dapat di lupakan.. Dalam kemeriahan bulan syawal ini diselangseli kan dengan sambutan kemerdekaan yang bakal kunjung tiba nanti menambahkan lagi kegembiraan buat kita semua..

Walau dalam kegembiraan dan keriangan ini syawal kemerdekaan kali ini, jangan pernah kita lupa akan sedetik perkara yang telah berlaku, pembunuhan besar-besaran terhadap rakyat gaza dan pengeboman terhadap persawat Mas MH17..

Minggu yang lalu, beribu orang membanjiri dataran merdeka bagi menunjukkan solidariti mereka terhadap apa yang berlaku di Gaza, Slogan kata Boikot berkumandang di pelusuk penjuru perhimpunan. Melihatkan saudara seagama diratah kejam manakan tahan hati untuk tidak melawan, tapi apalah daya kami negara tiada kuasa untuk menghentikan pembunuhan tersebut dari terus-terusan dilakukan.

Desakan dan boikot hanyalah satu cara yang dapat dilakukan oleh negara-negara yang ingin membantu dalam memberhentikan pembunuhan tersebut.. Kemarahan semakin memuncak di seluruh dunia. Kuasa besar turut membantu menyalurkan senjata bagi terus terusan membunuh rakyat gaza, alasan demi alasan bodoh di berikan untuk mengeburi mata dan menghalalkan pembunuhan tersebut.

Alasan pengganas di putar berulang-ulang kali. Kumpulan bangsa-bangsa bersatu bagai di butakan mata mereka tidak mampu berbuat apa-apa. Cilakanya mereka-mereka yang bersama-sama membantu proses pembunuhan ini. Juga mereka-mereka yang diam tanpa berbuat apa-apa sambil melihat saudara sendiri berlumuran darah bersepai-sepai di jalanan tanah keramat..

 Ayuh semua. Dalam kegembiran menyambut syawal, jadikan lah ianya waktu gembira kita membantu mendesak dan memboikot barangan negara yang membantu dalam pembunuhan saudara-saudara kita. Walau tidak mampu semua, sekurang-kurang adakan lah kerana kelak nanti kita akan dipersoalkan jua..



 

Tuesday, July 22, 2014

MALAM TERAKHIR

Kuala Lumpur
22 July 2014
24 Ramadan


Pantas masa berlalu sehingga sedar tidak sedar sudah hampir berakhir bulan Ramadan, bulan di mana amalan yang dilakukan akan dilipatkali gandakan. Dalam 10 malam terahkir Ramadan ini, pasti ramai yang mencari malam Lailatuqadar dan pasti ramai yang akan menghidupkan malam malam tersebut dengan amalan-amalan sunat bagi meraih pahala berlipatkali ganda.

Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah al-Qadr (ayat 1-5) yang bermaksud:  
 "Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam Lailatulqadar, dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatulqadar? Malam Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan.Pada malam itu, turun Malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"

Dalam ayat di atas, Allah SWT menerangkan bahawa Dia telah menurunkan al-Quran al-Karim pada malam al-Qadar. Ini adalah bukti jelas dan nyata tentang keutamaan, kemuliaan, keberkatan dan keistimewaan malam Lailatulqadar. Malah, jika dihitung dan dikira; seribu bulan adalah bersamaan dengan 83 tahun dan empat bulan, ini bermakna bahawa satu malam ini sahaja adalah lebih baik daripada seluruh umur seseorang. Ia secara jelas menunjukkam bahawa keistimewaan malam tersebut tiada tolok bandingannya lagi.

Malam Lailatulqadar merupakan malam yang sengaja dirahsiakan oleh Allah SWT sebagai satu ujian kepada semua umat Islam dalam mencari rahmat dan kasih sayang Nya. Dan bagi mereka mereka yang benar-benar beriman kepada Allah SWT, maka mereka akan lebih ghairah dan teruja mencari keredhaan dengan memperbanyakkan amalan dalam meraih ganjaran pahala yang berlipat kali ganda daripada Allah SWT di penghujung Ramadhan ini.

Justeru itu, ayuh semua kawan-kawan ku yang beraga Islam marilah kita mencari dan merebut Lailatulqadar.  Kata ini juga bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Carilah malam Lailatulqadar pada 10 malam terakhir" (hadis riwayat al-Bukhari). Dalam salah satu riwayat yang lain, dinyatakan juga bahawa Rasulullah SAW melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib. Baginda tidak akan melalui ayat rahmat kecuali berharap agar Allah memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat azab kecuali memohon perlindungan daripada Allah daripada azab itu.
  
Semoga, dalam menghitung hari-hari terakhir Ramadhan kita semua dapat bermuhasabah diri dan merenung kembali pengisian yang telah kita laksanakan sepanjang tempoh tempoh hari yang telah berlalu pergi ini. Jika, masih terdapat banyak lagi kelemahan dalam mana kita melunaskan puasa kita sebelum ini, maka masih belum terlewat untuk kita memperbaiki kelemahan tersebut agar kita mampu mencapai takwa dalam erti kata yang sebenar-benarnya.


Tuesday, July 15, 2014

TERKINI

Kuala Lumpur 
15 July 2014 
16 Ramadhan


Bumi Palestin terus menerus di cerobohi dengan bedilan-bedilan bom. Tanpa kenal erti kasihan mereka terus melakukan kekejaman. Angka korban terus meningkat dan separuh daripadanya adalah wanita dan kanak-kanak.

"Perangilah mereka, niscaya Allah akan menghancurkan mereka dengan (perantaraan) tangan-tanganmu dan Allah akan menghinakan mereka dan menolong kamu terhadap mereka, serta melegakan hati orang-orang yang beriman.."


 
Terjemahan teks penuh kenyataan Briged Izzuddin Al-Qassam berkenaan khabar angin tentang gencatan senjata di Gaza.

Perang Dedaun Hancur

Berkenaan cubaan penyebaran berita angin bahawa berlaku
gencatan senjata yang dikatakan antara pejuang Palestin dan musuh Zionis, demi untuk mengelakkan kekeliruan kita di Briged Izzuddin al-Qassam ingin menegaskan kepada rakyat dan menekankan yang berikut:

Pertama, tiada sebarang pelawaan atau permintaan secara rasmi mahupun tidak rasmi akan inisiatif gencatan senjata ini.

Kedua, adapun jika benar adanya inisiatif gencatan senjata sebegini, maka sesungguhnya ia adalah satu bentuk ketundukan dan kenaifan, kami di Briged Al-Qassam senolaknya secara umum mahupun khusus. Dan bagi kami ia tidak sama dengan dakwat yang ditulis.

Ketiga, sesungguhnya peperangan kami dengan musuh akan diteruskan dan akan menjadi semakin keras dan kuat, sehingga menebus darah para syuhada yang terkorban di dalam peperangan kali ini yang tidak berdosa dan semua rakyat yang terkorban.

Kami berjanji dengan rakyat kami bahawa darah dan pengorbanan yang dicurah tidak akan hilang sia-sia, dan tidak akan dinafikan haknya oleh sesiapa pun yang berada di dunia ini.



Untuk segala info berkenaan di gaza boleh rujuk di Aman Palestin

Friday, July 11, 2014

INDAH

Kuala Lumpur
11 July 2014
12 Ramadhan


Bulan Ramadhan membawa setiap yang beragama islam melakukan amal melebihi bulan-bulan yang lain. Bersedekah melebihi pada bulan-bulan yang lain. Dan menyatap sayu menyerah diri, semuanya hanya kerana Allah.

Seperti mendengar kata-kata daripada Allah, indah dan syahdu memanggil aku dan menyakini aku. Terus ke jalan yang lurus, yang ini jalan yang telah Dia kurniakan kepada mereka yang terpilih dan bukannya jalan yang Dia murkai dan juga bukan jalan orang-orang yang sesat.


A027
(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -

A028
"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! - 

A029
"Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -  

A030
"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! " 

Surah Al-Fajr - Ayat 27 ~ 30

Sungguh indah akan kata-kata Nya. Menjadi panduan pada semua yang membaca, menjadi pedoman pada mereka yang leka, memperkuatkan iman pada mereka yang percaya dan terus beriman pada Nya.

Ameen..

Thursday, July 10, 2014

SAVEGAZA

Kuala Lumpur
10 July 2014
11 Ramadhan


Dalam keriuhan dan kegembiraan menyambut ramadhan, jangan kita lupa bahawa saudara kita yang berada di gaza. Bertumpah darah bertahan daripada ancaman Israel sehingga kehilangan orang-orang yang mereka sayang. Di sana, di mana hilangnya nilai-nilai kemanusiaan, sifat tamak telah menguasai diri dan memperlihatkan mereka menganiaya orang islam selama bertahun-tahun lamanya. Banyak nyawa telah dikorbankan, ibu-ibu kehilangan anaknya, abang kehilangan adiknya dan anak kehilangan ibubapanya. 

Sampai bilakah kekejaman ini akan terus-terusan. sampai bila darah suci Islam akan terus mengalir membasahi tanah palestine? Sampai Bila?

Pernah ada yang bertanya "mengapa mereka tidak beredar sahaja ke tempat yang lebih selamat.?"

Dan jawapan mereka adalah "Jika kami keluar dari tanah ini (palestine), maka siapa lagi yang akan menjaga MAsjid suci Al-Aqsha, Siapa lagi akan menjaga tanah wakaf umat islam? biarlah kami tetap disi, mewakili kalian ( Seluruh umat Islam di dunia), Saudaraku."

Lihatlah akan pengorbanan yang mereka buat untuk kita, sedarkah kita bahawa mereka sedang mewakili kita untuk melindungi tanah suci palestine, di mana kewajipan kita terhadap mereka saudara-saudara kita semua, di mana kewajiban kita menjada warisan umat?.

Semoga Allah memuliakan mereka semua..

Ayuh bangkit dan sedarlah dari tidur yang lena, di sini kita tidak perlu untuk kita menangkat senjata, sekadar yang mampu kita mengangkat tangan memohon doa pada yang Esa. Sesungguhnya senjata yang paling kuat bagi Umat islam adalah berdoa. Jika yang berkemampuan, berikanlah sedikit rezeki kamo pada mereka-mereka yang menghulurkan bantuan pada saudara kita di sana.

Usah kita pejamkan mata, pekak kan telinga. Ayuh bangkitlah semua bantulah saudara kita yang sedang ditindas dengan memberikan pelbagai sumbangan selagi ada daya termampu kita.. Ayuh bangkitlah..



Wednesday, July 9, 2014

DOA SYAIKH MUHAMMAD AL MOHAISANY

Kuala Lumpur
9hb july 2014
11 Ramadhan

Ini adalah doa daripada Syaikh Muhammad Al Mohaisany imam Masjidil Haram, Makkah.
sejurus beliau selesai berdoa, beliau telah ditangkap.

Sama-sama kita saksikan..
 

ADEUS BRAZIL

Kuala Lumpur
9hb july 2014
11 Ramadhan




ADEUS BRAZIL (Selamat tinggal Brazil.)

Bagai tidak percaya, Pilihan utama kejuaraan piala dunia juga tuan rumah pada edisi piala dunia 2014 kali ini di malukan dan di hina dilaman sendiri selepas tewas dengan jaringan besar 7 berbalas 1. 

Bermain tanpa beberapa tonggak utama pasukan nyata merencatkan bahagian pertahanan dan bahagian serangan. Tetapi inilah yang dikatakan bola sepak, apa-apa boleh terjadi biarpun masa masih perlawanan masih lagi berbaki 1 minit. 

Pagi tadi ternyata corak yang diterapkan oleh Luiz Felipe Scolari iaitu jurulatih brazil tidak berjaya, malah mengundang malapetaka apabila skuad bimbingannya di hina sebegitu rupa.

Tidak terkecuali juga aku, yang nyata gah dengan sokongan terhadap pasukan Brazil bertalu-talu menerima pesanan ringkas daripada pengkritik-pengkritik bebas. 
walau apa pun, aku tetap merasa bangga dengan pasukan brazil kerana tidak menyerah kalah dan tetap berusaha mencari jaringan walaupun hanya memperolehi satu goal sahaja.





Monday, July 7, 2014

RELEVEN ATAU TIDAK

Kuala Lumpur
7hb july 2014
10 Ramadhan


"Satu untuk semua, semua untuk satu"

Satu perkataan yang aku pegang dulu, satu perkataan yang di lihat dari mata seorang lelaki tak peduli keadaan sekeliling. Satu perkataan di mana menjadi satu azimat yang kekal dalam berhubungan. 

Sedang masa berlalu kencang, putaran bumi terasa pantas, hari demi hari berlalu. Pelbagai benda berubah dan semua manusia berubah, juga bila mana kenyataan itu juga turut berubah pasti seseorang manusia akan turut berubah.

Sekarang "perkataan" itu bagai tidak releven. Satu untuk semua, bagaimana satu itu boleh untuk semua jika semua itu tidak sama keinginannya. Kejar mengejar, cakar bercakaran lumrah hidup di dunia. Yang kaya sentiasa kaya yang miskin terus merundum kerana kepincangan sistem pentadbiran. Bukankah seharusnya satu itu dikongsi bersama agar semua mendapat rasa segalanya.

Semua untuk satu. Dari keinginan yang berbeza-beza tetap satu menjadi persamaan, 
"kekayaan" semua mengimpikan untuk menjadi kaya, baik yang miskin atau kaya tetap mencipta angan-angan terus menuju kekayaan. Di mana keinginan di pacu dalam satu aspek yang kuat tetap berkuasa dan yang lemah pasti menjadi mangsa. Juga pasti bila manusia Bertongkatkan nafsu segala rasa simpati dan nilai kemanusiaan hilang sekelip mata, dari Semua untuk satu, jadi semua untuk semua.

Pemikiran membentuk seseorang, dari segi mana semuanya di selaras mengikut pemikiran seseorang, kadang-kadang untuk di ubah seseorang itu, mereka mesti merasa pahit dan sensaranya kehidupan. Baru lahir satu azam dan satu pemikiran. Baik atau buruk bergantung keteguhan imah. ada yang memilih jalan putih menuju ke hadapan, dan ada juga tidak terkecuali memilih jalan hitam tetap menuju ke hadapan. Samanya mereka terus kehadapan..

Tidak terkecuali aku pengajaran atau pelajaran yang terbaik adalah daripada kehidupan. kekuatan menilai atau berfikir lahir dari kehidupan. Menjalani atau menempuhi liku-liku kehidupan dari sudut berbeza dari pemikiran berbeza. kesimpulan tentang kehidupan tidak akan berakhir tapi terus menerus bermula. Berfikir dari luar kotak tentang kehidupan, tentang sekeliling yang hidup dan dunia yang serba pantas. Jadilah aku yang kini aku.. 

JANJI

Kuala Lumpur
7hb July 201
10 Ramadhan 

Janji itu memutar sejuta harapan dan menghunus seribu impian dalam perjalanan menuju hadapan. Sering bertanya harga janji seorang manusia sesama manusia, serapuh daun layu atau sekental badai lautan. 

"Jangan di pegang janji manusia, kerna mereka tidak sempurna."

 Tapi aku juga manusia, hidup di kalangan manusia, pernah mengucap janji pernah memungkiri janji, adakah kata-kata aku nilai tiada kerna aku manusia, sedangkan aku sendiri mahu janji yang diberi ditepati.

"Kejar janji yang pasti, janji dari yang Maha Esa."

Janji itu adalah pasti, juga aku dan semua tidak lari dari apa yang dijanjikan. Jangan persoalkan janji yang ditulis Pencipta segala, kerna dia Maha mengetahui segalanya.

Tapi cerita aku tentang manusia yang mengukir janji dan memungkiri janji. Hidup seorang lebih baik hidup dalam hutan, sendirian tanpa perlu berjanji janji, ini hidup berjuta teman berjuta pemikiran masing-masing saling berkejaran dalam kehidupan. 

Semua tidak pasti pernah berjanji, tapi adakah semua janji yang diberi mereka penuhi tepati. Memang tidak berniat untuk memungkiri, tapi pasti tak pernah berfikir tentang janji yang diberi, hanya ikut sedap rasa kemudian hari sesal sendiri tak terkata. Manusia tetap manusia ciptaan yang sempurna, diberi nafsu sebagai dugaan untuk menuju ke kesempurnaan. Relavenkah alasan "ketidaksempuraaan" itu digunakan, sedangkan akal fikiran yang mengorak arah tujuan. Nasfu menjadi ikutan dan terciptanya janji dari manusia yang di topengkan syaitan.

"Berfikir sejenak lebih baik dari bertindak terus"

Manusia dipacu oleh pemikiran dan disertakan dengan tindakan, jika di tepikan fikiran yang tinggal pasti nafsu yang ditemankan syaitan. Sejenak berfikir mengikut iman dan panduan sebelum ucap kata-kata penuh makna dan janji tanpa sempadan. Tak salah berjanji tapi salah kerna memungkiri. Tak boleh sila jauhi, kalau boleh sila tepati. Janji itu dan ini semudah melangkah kaki, memenuhi kata janji pasti sukar tanpa kaki untuk melangkah.

"Sila janji jika pasti boleh tepati, jangan berjanji jika tahu ia akan menyakiti."

07072014-AbuGarcia-Ramadhan

Monday, June 30, 2014

KEPADA MU.

Kuala Lumpur 
30 jun 2014
2nd Ramadhan


Walau sejuta harapan dan impian,
Tetap kepada Mu mohon berserah,
Walau bertahun tahun jauh berlari,
Kepada Mu aku pergi tetap kembali,

Biar sebesar aku berkuasa merintah,
Tetap di hadapan Mu aku bersujud,
Biar kuat aku mengarah arah,
Tetap aku tunduk berserah,

Tiada daya aku di hadapan Mu,
Tiada kuasa aku melainkan Mu,
Tiada apa apa yang aku miliki,
Semuannya hanya milik Mu,

Kepada Mu tuhan aku memohon,
Ampunkan segala dosa dosa ku,
dan kepada Mu tuhan aku meminta,
Agar kau menerima aku di sisi Mu..

30062014-AbuGarcia-Ramadhan